بسم الله الرحمن الرحيم


الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه

Tulisan ini bukanlah sumber pemberita, bukan jua sumber pengkritik, tapi hanya sekadar sedikit informasi yang insyaAllah shahih dan bermanfa'at. 'Ala kulli hal, jika terdapat sebarang kesalahan informasi harap dapat maklum kepada saya. Jazakallah. Kepada Allah jua kita kembali


Moga Allah memberkati segala huruf yang ada dalam blog ini.

Amin~

Labels

analogi (5) artikel (9) cerita (12) dakwah (18) IIUM (3) iklan (9) isu (9) majlis ilmu (6) misc (6) muhasabah (14) puisi (1) ulama (7) video (3)

Wednesday, July 22, 2009

Tuesday, July 14, 2009

11 - 1 = 10 [Tribute]

Assalamualaikum, salam sejahtera... sekarang jam menunjukkan pukul 3.37 am dan pada kebiasaannya ana telah melelapkan mata pada waktu ini. Tetapi tidak pada malam ini kerana ade kerja yang baru sahaja dibereskan tadi, alhamdulillah... fuh..

11-1=10. ape mksudnya ini? huhu...

11 : bilangan asal ahli bilik ana
1 : seorang hamba Allah
10 : bilangan terkini ahli bilik ana

pada post kali ni ana ingin sekali memperkenalkan kt ntum semua tentang sahabat ana yang bernama Nur Mohamad Adli (inilah yang dimaksudkan hamba Allah tadi), dimana beliau dahulunya sebilik dengan ana sejak mula2 belajar kat CFS IIUM neh. tetapi sekarang beliau telah memilih jalan istikharahnya untuk melanjutkan pelajaran di institut perguruan... ana terpaksa akur dengan istikharahnya, walaupun emosi hati tidak akur akan pemergian seorang shbat ana ni.

(Wahai Adli, izinkan ana bercerita sedikit tentang nta kat dalam blog ni yep)

First impression ana tentang seorang hamba Allah ni memang ana dah agak yang dia ni seorang yang bercakap banyak jugak la... Impression ana betul, namun cakap2nya bukan lah cakap yang kosong. malah tiap2 perkataan yang dikeluarkannya wajar diambil sebagai manfaat dan pengajaran.. Dia memang fasih bercakap tanpa segan silunya ber'dakwah fardhiyah' secara tak langsung. Setiap kata-katanya memang berhikmah dimana dia cuba untuk tidak menyinggung perasaan seseorang. Dia jugak antara orang yang terawal yang bangun subuh pagi.

Dalam bilik kami, Adli jugak adalah salah seorang penceramah atau pemberi tazkirah yang paling mantap. Memang tidak dapat dinafikan lagi, dia ni memang seorang yang berjiwa alim, serta abid. Dia ni jugak selalu memesan kat kami semua termasuk dirinya sendiri supaya bermuhasabah... Tentang pengabdiannya memang hebat dan rasanya ana tak perlu nak diceritakan, sebab ana khuatir penceritaan ana ni lebih membawa kepada keburukan daripada kebaikan.. Ana tidak berniat hendak memuji sebenarnya, tetapi sekadar tulisan daripada hati yang terkenang dekat seorang insan ni..
Itulah sedikit tentang sahabat ana yang telah seminggu meninggalkan kami sebilik...
Jikalau hendak diceritakan memang agak memerlukan masa yang lama, ana rasa cukup setakat ini sahaja penceritaan tentang sahabt ana ni..

Memang kami sedih dan memang pemergian Adli ni memberi kehilangan besar kepada kami sebilik... Namun apa pun sudah tentu ana doakan yang terbaik buat Adli, moga istiqamah dalam perjuangan... Akhir kata, maaf kerana penulisan hati ana ni tidak mantap dan maaf andai tidak dapat memberi 'feeling'... huhu

Mari kita melihat kepada mafhum hadis – suatu ketika Rasulullah sedang duduk bersama sahabatnya lalu rasulullah bersabda “Aku rindukan saudaraku” maka sahabat pun pelik dan bertanya bukankah kami saudaramu? Rasulullah menjawab “Tidak. Kamu adalah sahabatku,saudaraku adalah mereka yang datang selepasku, mereka beriman kepadaku tetapi mereka tidak pernah melihat aku sebelum ini.”

p/s : sedikit santapan mata :-


shahrul, helmi, adli, kufaiz, hafiiz. ada apa dengan budak baju ungu tu?


apai memakan garfu pada annual grand dinner ABC110 (majlis perpisahan)

Hafiiz, luqman, izwan dan adli nak bersantai jap...

helmi, masih ok?

bukan senang nak bergambar camni dengan timer tawhurm~

Friday, July 10, 2009

ABC 110?

ape maksud ABC ni? ada apa dengan 110?
adekah ianya brmaksud air batu campur berharga rm1.10? :) haha.

bagi yang bukan pelajar UIA sudah pasti mereka tak pasti ada apa dengan ABC neh...

cerita yang sebenarnya adalah - ABC bermaksud Abu Bakr College. yakni salah satu mahallah@asrama yang terdapat di CFS IIUM PJ.
-110 pulak adalah no bilik ana bersama ikhwah2 laen :)

ape y spesel sgt ttg ABC 110?

aaa... tentu ramai orang y persoal tentang apa yang bess sgt tentang ABC 110 neh. Penghuni bilik ni asalnya terdiri daripada 10 orang pada shortsem 3 (08/09). lepas tuh ditambah sorang penghuni baru menjadikan 11 orang pada sem 1 (09/10). lpas tu xlame pulak.. kembali menjadi 10 orang kerana pemergian sorang akh ke institut perguruan...
Jadi, apa yang ana dapat konklusikan kat sini seperti bil ahli bilik ni ade kaitan dengan no bilik ni.. mula2 10, kemudian 11, pastu 10... (no bilik 110)
perasan ape2 x? hee.. ni la spesel yang pertama...

spesel yang ke 2.. bilik ABC 110 ni adalah bilik yang terletak kat depan masjid. maka, apabila menjelang waktu subuh tu. bergegar lah bilik ni dengan laungan azan daripada bilal di masjid... "AS-SOLATU KHAIRUN MINA NNAUM!"

spesel yang ke 3... bilik kami paling dekat dengan tandas, tangga dan watercooler. hehehe

yang kurang spesel pulak... bilik kami sedikit kecil kalau nk bandingkan dengan bilik2 lain..

last but not least,

“Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur, maka faedah syukur itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidak menjadi hal kepada Allah) kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah.” (Surah al-An’am, ayat 40)





Thursday, July 2, 2009

Usrah > Keluarga Bahagia

Apa itu usrah?

Bagaimana jawapannya jika soalan ini ditujukan kepada pemuda2 yang telah terbiasa dengan aktiviti usrah pada zaman sekolah,

dapat ana menganggarkan jawapannya adalah sebagai - "satu bulatan atau halaqah ilmu yang membincangkan sesuatu topik atau isu"

dan jika bagi pemuda yang belum pernah menyertai usrah, sudah tentu jawapannya lebih kurang berbunyi - "binaan keluarga secara tak langsung" (berdasarkan apa yang pemuda tu faham tentang perkataan 'usrah' sebagai 'keluarga' lalu ia menafsirkannya sebegitu rupa)

um,... kedua-dua jawapannya betul kerana jawapannya berdasarkan pengalaman dan kefahaman yang ada :)

daripada bicara hati ana tentang 'apa itu usrah?'
ana juga akan menjawab sedimikian rupa. Tetapi ana telah dapat mengkonklusikan disini bahawa kedua2 jawapan tersebut jika digabungkan, akan terhasil satu term "ukhwah islamiyyah". Secara tak langsung bagi ana, ini lah usrah. Dan inilah antara aspek dan juga objektif usrah.
Ukhwah yang terhasil daripada 'Keluarga' dan islamiyyah daripada 'halaqah ilmu'.
Dan usrah bukan nya semata-mata keluarga dan bukan juga semata-mata halaqah ilmu...
Boleh ditafsirkan usrah juga dengan bahasa yang lagi indah, iaitu - "satu ikatan kekeluargaan yang diikat oleh ikatan aqidah untuk mengalami sesuatu pembentukan praktikal" (maksud diambil dan diolah daripada sebuah buku karangan Ya'qub Muhammad Hussin)

Konsep usrah sering disalah erti oleh sesetengah orang dengan menganggap bahawa usrah adalah satu halaqah ilmu, sesi kaunseling, sesi berbincang, satu bulatan dan lain-lain. Pada hakikatnya, usrah adalah salah satu metodi dakwah. Usrah juga merangkumi semua anggapan2 luar... Dimana usrah adalah sesuatu majlis yang tak rasmi, fleksibel dan ianya tak rigid yang hanya perlu dilaksanakan dengan bulatan atau halaqah. Usrah sangat berbeza dengan tazkirah atau ceramah dimana aspek2nya sangat luas dimana tujuan usrah adalah supaya anggota-anggota usrah dapat berbincang sambil diketuai oleh naqib(ah) dan menerapkan ilmu yang dapat kedalam kefahaman. Dalam erti kata lain, supaya ahli-ahli usrah faham dengan ilmu, kemudian mereka dapat mengamalkan apa yang mereka faham. Kemudian sampaikan apa yang mereka faham kepada orang lain secara langsung atau tak langsung.

Tentang perlaksanaan usrah yang dikatakan fleksibel, usrah juga boleh diolah dalam bentuk sebuah permainan, lawatan atau aktiviti2 lain. Dan sudah tentu aktiviti tersebut mempunyai pengisian supaya ianya bermanfaat dan menarik.

Imam Hassan Al Banna pernah berkata dalam risalahnya,

يحرص الإسلام على تكوين الأسر من أهله يوجههم إلى المثل العليا ويقوى روابطهم ويرفع أخوتهم من مستوى الكلام والنظريات إلى مستوى الأفعال والعماليات فاحرص يا أخى أن تكون لبنة صالحة فى هذا البناء ( الإسلام)

Maksud : Islam mementingkan kepada pembentukan usrah membawa kepada contoh yang baik, memperkuatkan keterikatan sesama muslim dan meningkatkan ukhuwah daripada tingkatan teori kepada praktikal. Maka Jagalah dirimu ! Wahai saudaraku agar engkau terdiri daripada salah satu batu binaan yang baik daripada binaan yang didirikan iaitu binaan Islam.


Usrah sangat ditekankan oleh As-Syahid supaya ikatan ukhwah islamiyyah bukan hanya sekadar teori, tetapi ianya perlu dipraktikkan. InsyaAllah dengan aktiviti usrah yang fleksibel akan mengkuatkan lagi ikatan ukhwah yang terbina dengan bertunjangkan binaan islam dalam hati masing-masing.

Berkenaan asal-usul usrah, usrah berasal daripada Rasulullah SAW yang mula menyebarkan dakwahnya di bumi Mekah. Rumah salah seorang sahabat yang bernama Arqam bin Abi Arqam digunakan untuk membuat sebarang pertemuan secara sulit dengan kaum muslimin dengan tujuan memberitahu dan membawa wahyu Allah SWT. Namun, setelah Allah SWT memerintahkan supaya Nabi SAW berdakwah secara terang-terangan, kaedah membuat pertemuan secara sulit sudah tidak lagi digunakan kecuali pada ketika yang tertentu.

Namun, secara khususnya aktiviti usrah seperti yang diamalkan oleh kita sekarang bermula apabila Almarhum Hassan Al-Banna mengasaskan Ikhwanul Muslimin pada tahun 1927 di Mesir beberapa tahun selepas kejatuhan dinasti khilafah Islamiyyah yang terakhir pada di Turki. Beliau mula membina tanzimya yang tersendiri dengan matlamatnya yang begitu jauh untuk mengembalikan semula khilafah Islamiyyah (Sayang.. beliau syahid sebelum melihat cita-citanya tercapai). Asas yang dibina oleh beliau diteruskan oleh pengikut-pengikutnya ke seluruh dunia dan menjadi satu momentum yang menggerakkan arus kebangkita semula Islam di seluruh pelusuk dunia dengan method dan strategi yang berbeza.

Maka, usrah sebenarnya adalah salah satu sunnah baginda SAW :) Wallahua'lam...

Sahabah