بسم الله الرحمن الرحيم


الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه

Tulisan ini bukanlah sumber pemberita, bukan jua sumber pengkritik, tapi hanya sekadar sedikit informasi yang insyaAllah shahih dan bermanfa'at. 'Ala kulli hal, jika terdapat sebarang kesalahan informasi harap dapat maklum kepada saya. Jazakallah. Kepada Allah jua kita kembali


Moga Allah memberkati segala huruf yang ada dalam blog ini.

Amin~

Labels

analogi (5) artikel (9) cerita (12) dakwah (18) IIUM (3) iklan (9) isu (9) majlis ilmu (6) misc (6) muhasabah (14) puisi (1) ulama (7) video (3)

Sunday, September 27, 2009

Tetamu bernama Syawal

Ahlan Wasahlan ya Syawal, wailalliqa' Ramadhan.

Alhamdulillah kerana Allah ta'ala telah memberi nikmat kehidupan kepada diri saya sendiri selepas dua nikmat terbesar disisi Allah iaitu iman dan islam. Sesungguhnya tanpa nikmat iman dan islam, diri ini tidak akan mampu berada di hadapan laptop untuk menulis blog yang sudah sekian lama ditinggalkan. Allah ta'ala juga telah memberi saya nikmat untuk menikmati keberkatan ibu segala bulan, Ramadhan AlMubarak sepertimana yang kita tahu terdapat banyak ganjaran yang 'special' buat umat Muhammad S.A.W antaranya,
pahala fardhu digandakan 70x,
pahala sunat menjadi fardhu,
syaitan diikat,
terdapat nuzul Quran,
terdapatnya malam lailatul qadr,
dan lain2...
dan saya memohon ke hadrat ilahi supaya diri ini dapat bertemu lagi dengan Ramadhan.

Sedar tak sedar, sebenarnya kita telah habis fasa Ramadhan, dan kini telah tiba Syawal menjemput kita untuk meneruskan pengabdian kita kepada Allah yang menjadi tujuan hidup manusia dan jin dimuka bumi ini.

Firman Allah “Azza wa jalla’:

“Kecuali puasa, kerana sesungguhnya puasa itu untukKu. Maka Akulah yang akan melimpah-ruahkan ganjarannya, dia rela meninggalkan keinginan syahwatnya dan makan minumnya semata-mata keranaKu. Bagi orang yang berpuasa itu dua kegembiraan:
Kegembiraan di kala berbuka dan berhari raya serta kegembiraan di kala bertemu dengan Tuhannya. Bau mulut orang berpuasa itu adalah lebih harum di sisi ALLAH daripada keharuman bau kasturi.”
(Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)




*************************************************************************************


Ingat kembali lebih sebulan yang lalu, kita telah didatangi oleh dua orang tetamu, di hadapan kita bernama Nur Ramadhan dan di belakangnya bernama Nur Syawal. Nur Ramadhan sangat hampir kepada kita dengan keadaan yang tua dan kurus keringnya manakala di belakang yang masih jauh berbatu2 tetapi masih segar pada penglihatan kita seorang bernama Nur Syawal itu, seorang yang segar dan kuat.
Sedarkah kita wahai saudara/i sekalian, tetamu dihadapan kita iaitu Nur Ramadhan telah diendahkan dan kita hanya memandang seorang lagi tetamu yang jauh. Patutkah kita?
Kalau mengikut adabnya sudah tentu kita perlu memuliakan tetamu yang dekat dengan kita, bukan kerana Nur Ramadhan lebih mulia tetapi kerana dia lebih dekat dengan kita. Tidakkah begitu?
Tetapi pada hakikatnya saudara fikirkanlah sendiri apa yang anda telah buat terhadap tetamu kita yang dihadapan itu. Kalau betul, betullah tindakan kita. Kalau salah, kesal lah...



Sekarang kita telah meninggalkan Nur Ramadhan, dan tiba masa kita melayan dan memuliakan tetamu seterusnya, Nur Syawal. Ingatkah saudara/i sekalian, pada masa kita menyambut tetamu yang tua tadi, kita menyambutnya dengan memperbanyakkan amal-amal ibadat kita bersamanya, termasuklah berlapar bersama, bertadarus bersama, bersolat fardhu bersama, bersolat sunat bersama, dan kita bangun malam... Dan kini bersama tetamu yang muda kita bersuka ria dengannya, kita telah lupa segala amal-amal yang kita buat bersama situa tadi.
Kita menyanyi mendendangkan lagu hampir tiap-tiap masa kita bersamanya tapi kita tidak lagi bertilawah.
Kita makan kuih-muih, dan lain sehingga kenyang yang melampau tapi kita tidak lagi berlapar.
Kita sibuk menziarahi tapi kita tidak lagi menziarahi masjid dan bersolat bersama.
Kita tidur kekenyangan tapi kita tidak lagi bangun malam.
Kita ziarah rumah kekasih dan ajak dating tapi kita tidak lagi dating dengan tuhan kita...

Sedarkah kita wahai saudara/i sekalian, begitukah kita menyambut tetamu bernama Syawal? Sangat jauh layanan kita terhadapnya berbanding tetamu sebelumnya. Seharusnya kita perlu melayan tetamu baru kita dangan layanan yang lebih kurang serupa, jikalau tidak mampu. Beramallah dengan amalan yang sedikit tetapi pastikan berterusan. Daripada Aisyah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda,

"Tingkatkanlah amalanmu dengan baik, atau lebih dekatlah kepada kebaikan, dan bergembiralah, kerana amalan seseorang itu tidak dapat memasukkannya ke dalam syurga. Para sahabat bertanya, "Adakah amalanmu juga begitu, wahai Rasulullah"? Jawab Rasulullah SAW: "Amalanku juga begitu. Tetapi Allah melimpahiku dengan rahmat-Nya. Ketahuilah, sesungguhnya amalan yang paling disukai oleh Allah SWT ialah amalan yang dikerjakan secara berterusan walaupun sedikit". (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Bersama dengan Ramadhan, kita berusaha untuk bangun malam tetapi salahkah kita jika dikala kita bersama dengan Syawal, kita bangun malam. Luangkan masa dengan ikhlas sepertimana hadith. Daripada Abu Umamah r.a Rasulullah SAW bersabda,

"Barang siapa yang melaksanakan qiamullail pada dua malam Eid (Aidil Fitri dan Aidil Adha), dengan penuh keikhlasan kerana Allah SWT, hatinya tidak akan mati pada hari matinya hati-hati manusia." (riwayat Ibn Majah)

Dan ingatlah Rasulullah pernah mengutuk amalan yang tidak istiqamah. Daripada Abdullah bin Amr ibn al-As berkata, Rasulullah SAW bersabda,

"Wahai Abdullah, janganlah engkau seperti si pulan, suatu ketika dahulu dia melakukan solat malam (tetapi sekarang) dia tidak melakukannya lagi." (riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Serta bersama Syawal, marilah kita berpuasa enam hari dimana ianya disunatkan bagi mengembalikan semangat-semangat kita bersama Ramadhan dahulu. Daripada Abu Ayyub Al-Ansari r.a sesungguhnya dia telah dikhabarkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,

"Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringi puasanya dengan enam hari dari bulan Syawal, maka (pahalanya) seolah-olah berpuasa selama setahun." (riwayat Muslim)

Sekarang Syawal sudah beberapa hari bersama kita. Jom kita memuliakan Syawal sepertimana kita menggembirakan Ramadhan. Jadikanlah Ramadhan inspirasi kita untuk bersama-sama dengan Syawal dan juga tetamu-tetamu lain... InsyaAllah.

Akhir kata, maaf kepada semua. zahir dan batin. harap dihalalkan segala yang berpunca daripada diri saya ini. ikhlas ana memohon ampun. selamat menyambut kemenangan 'aidil fitri...

Sahabah