بسم الله الرحمن الرحيم


الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه

Tulisan ini bukanlah sumber pemberita, bukan jua sumber pengkritik, tapi hanya sekadar sedikit informasi yang insyaAllah shahih dan bermanfa'at. 'Ala kulli hal, jika terdapat sebarang kesalahan informasi harap dapat maklum kepada saya. Jazakallah. Kepada Allah jua kita kembali


Moga Allah memberkati segala huruf yang ada dalam blog ini.

Amin~

Labels

analogi (5) artikel (9) cerita (12) dakwah (18) IIUM (3) iklan (9) isu (9) majlis ilmu (6) misc (6) muhasabah (14) puisi (1) ulama (7) video (3)

Monday, April 25, 2011

Kalam Habib Munzir Al-Musawa di Madras An-Nur

 Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Guru kita yang kita cintai dan kita muliakan Al fadhillatul Sayyid ad daie illallah alHabib Ali Zainal Abidin Al-Hamid, semoga dalam keberkahan Allah. Hadirin hadirat dan para habaib yang hadhir di siang hari ini di majlis ta’lim annur.

Limpahan puji ke hadirat Allah swt Yang Maha Luhur, Yang Maha Membuka limpahan Rahsia kemuliaan, Yang Maha Membuka Rahsia Cahaya Kehidupan, Yang Maha Menciptakan cahaya dari tiada, cahaya yang menembus bukan hanya cahaya termuliakan tetapi cahaya jiwa, cahaya ucapan, cahaya pendengaran, cahaya doa, cahaya munajat, cahaya sujud, cahaya doa, cahaya memohon kepada Allah, cahaya nama Allah, cahaya keluhuran Allah, cahaya kemuliaan Allah, cahaya kewibawaan Allah dan kesemua itu telah dirangkum lebih agung dan lebih banyak dari seluruh makhluk yang ada di alam semesta dan semua kemuliaan itu telah Allah padukan satu persatu untuk menerangi jiwa umat Nabi Muhammad saw. dan hamba-hambanya yang beriman hingga jiwa mereka menjadi cahaya hingga Rasul saw berdoa;


عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا كَانَ فِي دُعَاءِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَللّهُمَّ اجْعَلْ فِيْ قَلْبِيْ نُوْرًا وَفِيْ بَصَرِيْ نُوْرًا وَفِي سَمْعِيْ نُوْرًا وَعَنْ يَمِيْنِيْ نُوْرًا وَعَنْ يَسَارِيْ نُوْرًا وَفَوْقِيْ نُوْرًا وَتَحْتِيْ نُوْرًا وَأَمَامِيْ نُوْرًا وَخَلْفِيْ نُوْرًا وَاجْعَلْنِيْ نُوْرًا

( صحيح البخاري )

" Dari Ibn Abbas ra berkata : Diantara Doa Nabi saw : "Wahai Allah jadikanlah pada hatiku cahaya, dan pada penglihatanku cahaya, dan pada pendengaranku cahaya, dan dikananku cahaya, dan dikiriku cahaya, dan diatasku cahaya, dan dibawahku cahaya, dan didepanku cahaya, dan dibelakangku cahaya, dan jadikan untukku cahaya". ( Shahih Al Bukhari )

Sebagaimana diriwayatkan dalam Shahihul Bukhari.

Saturday, April 9, 2011

Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama'


Alhamdulillah, buku Persoalan Khilafiyyah Dan Penjelasan Ulama (PKDPU) telah terbit setelah lebih kurang 2 tahun Ustazuna Muhadir bin Haji Joll Hafizhahullah menghabiskan masanya untuk mengarang kitab tersebut, dengan sukacitanya saya sebagai salah seorang anak murid beliau amat mengagumi usaha sumbangan beliau untuk masyarakat. Sepertimana yang kita ketahui bahawa pada akhir zaman ini banyak sekali berlaku fitnah, adapun fitnah tersebut merangkumi banyak bidang, termasuklah bidang keilmuan feqah serta tauhid sendiri yang sebenarnya telah lama selesai diperbahaskan oleh ulama-ulama dahulu. Akan tetapi disebabkan sesetengah sifat manusia yang jahil yang terserlah kejahilannya, dan sombong yang tidak kena tempat, maka berlakulah fitnah yang sangat hebat pada zaman sekarang ini sepertimana ramai orang mempertikaikan ulama-ulama dahulu dan amalan-amalan terdahulu. 

Oleh itu, kitab PKDPU adalah jawapan yang jelas kepada segala kekeliruan orang-orang awam malah boleh dijadikan rujukan para asatizah sekalian. Antara salah satu keistimewaan kitab ini adalah berkenaan rujukan sumber yang menjadi isi keilmuan yang tercatat dalam kitab tersebut. Hampir kesemua catatan yang dikarang oleh beliau adalah bersumberkan kitab-kitab yang terkenal dan dipercayai kebenarannya. Harga RM150 mungkin mahal pada pandangan zahir tetapi pada haqiqatnya jika dilihat aqal dan mata hati, RM150 adalah harga yang sangat tidak adil untuk kitab sebegini disebabkan keilmuan yang terkandung dalam kitab tersebut memang tidak dapat dibayar dengan hanya RM150. Sesungguhnya ilmu itu hak milik Allah dan ianya bukanlah mudah diperoleh melainkan dengan ikhtiar kita untuk mecari ilmu tersebut. Wallahua'lam

untuk tempahan, boleh ke klik di sini

Thursday, March 3, 2011

Rahmat Sekalian Alam

Seluruh kepujian kepada Allah ( سبحانه وتعالى ) empunya sekalian alam, Selawat dan salam ke atas penghulu segala al-anbia, sayyidul wujud, Muhammad ( صلى الله عليه وسلم ) serta ke atas para ahlul bait, dan sahabat-sahabat baginda R.A.


Amma Ba’d


Telah kita ketahui bahawa nikmat kurniaan Allah yang dikurniakan secara langsung dan tidak langsung untuk kita adalah sangat banyak, malah adalah sesuatu yang mustahil untuk kita menghitungnya. Demikian kerana nikmat Allah bukan sahaja berada pada pandangan zahir, segala benda yang tersirat juga adalah nikmat Allah termasuklah pandangan yang terzahir pada mata, pendengaran yang boleh digunapakai pada telinga, pemikiran yang boleh berfungsi pada akal, perasaan yang boleh dirasai pada hati, roh kehidupan disebalik jasad kehidupan serta banyak lagi. Bahkan masa, tempat, kekuatan, islam, hidayah, keinginan, kesedapan dan kesusahan juga adalah nikmat daripada Allah ( سبحانه وتعالى ) Sungguh, banyak sekali nikmat yang dikurniakan Allah ini. Benarlah, kita tidak akan dapat menghitungnya kerana terlalu banyak.


Berdasar firman Allah S.W.T :


“Dan jika kamu menghitung ni’mat Allah, niscaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh, Allah benar-benar Maha Pengampun, Maha Penyayang” Surah An-Nahl : 18


Para ulama muhaqqiqin mentafsirkan bahawa “ni’mat” yang dimaksudkan oleh Allah itu adalah Muhammad ( صلى الله عليه وسلم ) Benar, baginda adalah ni’mat yang paling besar, paling agung, tidak ternilai berbanding dengan segala jenis ni’mat di dunia ini. Maka ni’mat mana lagi yang lebih kita syukuri jika bukan ni’mat yang paling agung ini.

Friday, December 17, 2010

Sejauh mana terhasilnya ilmu kita?

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Aku bersaksi tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah. Selawat ke atas Muhammad ( صلى الله عليه وسلم ).


Amma ba'd

Adalah menjadi kewajipan bagi kita manusia untuk menuntut ilmu, mahupun ilmu fardhu 'ain atau fardhu kifayah. Bahkan ulama juga telah bersepakat bahawa menuntut ilmu itu sendiri adalah fardhu 'ain. Sehinggakan ayat yang pertama diturunkan kepada baginda ( صلى الله عليه وسلم ) adalah tentang ilmu, iaitu "إقرأ". Sesungguhnya Rasulullah ( صلى الله عليه وسلم ) diutuskan oleh Allah untuk menyebarkan risalah, yakni agama Islam, agama mengenal Allah. Bagaimana mungkin baginda ( صلى الله عليه وسلم ) boleh menyebarkan risalahnya tanpa ilmu dan persiapan? Demikian pentingnya ilmu, terutamanya bagi para pendakwah yang ingin meluaskan ajaran islam, mahupun para pewaris perjuangan nabi kita ( صلى الله عليه وسلم ) untuk menegakkan agama islam dimuka bumi ini. Ilmu adalah sebagai asas seseorang untuk memberi kefahaman, namun jikalau asas itu tidak kuat, dibimbangi kefahaman yang diberikan itu terpesong. Seterusnya kefahaman itu terus disebarkan kepada orang lain dan terus disebar-sebarkan. Akibatnya sangat dahsyat jika orang yang jahil atau tidak berilmu menyebarkan kefahaman mereka yang mereka sangkakan betul. Ini adalah satu fitnah yang sangat hebat. Moga Allah melindungi. Namun ini tidaklah bermakna kurangnya ilmu seseorang itu tidak boleh menyebarkan ilmunya, seperti mana sabda Rasulullah

"بلّغوا عنى ولو اية
"Sampaikanlah daripada ku walau satu ayat"

Sunday, November 14, 2010

Berkat Muhammad ( صلى الله عليه وسلم )

(by ~MohamedEissa.deviantart.com )


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Aku bersaksi tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah. Selawat ke atas Muhammad ( صلى الله عليه وسلم ).


Amma ba'd


Moga tulisan ini mendapat barakah Allah. Muhammad ( صلى الله عليه وسلم ) itu semulia-mulia makhluk, lebih mulia daripada Nabi Adam ( عليه السلام ) lebih mulia daripada malaikat, lebih mulia daripada syurga, lebih mulia daripada segala ciptaan Allah yang wujud, bahkan lebih mulia daripada Al Quran sendiri (adapun perkara ini menjadi khilaf ulama sebenarnya). Jadi tidak hairanlah jika seseorang itu dikatakan bakhil kerana tidak ingin berselawat ke atas nabi Muhammad ( صلى الله عليه وسلم ). Allah ( سبحانه وتعالى ) pernah berfirman bahawa :

bÎ) ©!$# ¼çmtGx6Í´¯»n=tBur tbq=|Áムn?tã ÄcÓÉ<¨Z9$# 4 $pkšr'¯»tƒ šúïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#q=|¹ Ïmøn=tã (#qßJÏk=yur $¸JŠÎ=ó¡n@  

“Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat kepada Nabi (Muhammad s.a.w); Wahai orang-orang Yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”

Thursday, September 30, 2010

JADUAL MAJLIS HAUL IMAM HADDAD 2010 DI SELURUH MALAYSIA (semua dijemput hadir)


Pemberitahuan - Majlis-majlis Haul Imam Al-Haddad

Siri Majlis-Majlis Haul Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad sedang di selaraskan di beberapa bandar di sekitar Malaysia selain dari di Lembah Kelang mulai 09 Oktober 2010 hingga 24 Oktober 2010.  Tamu terulung dari golongan ulama' antarabangsa terdiri dari Al-Allaamah Al-Habib Zein bin Ibrahim bin Semait dari Madinah, Al-Allaamah Al-Habib Umar bin Muhammad bin Hafidz dari Yaman dan Al-Habib Abdullah Attas Al-Habshi dari Makkah.  Selain mereka, beberapa lagi ulama' dari Malaysia dan rantau ini akan sampaikan kata-kata hikmah, sebahagiannya dari kalam Imam Al-Haddad berkaitan dengan tajuk tema tahun ini iaitu 'YAKIN' dengan selingan ghasidah dan nasyid masyhur dari ratusan syaír nukilan Al-Imam.







Tarikh
Zon Utara (Kumpulan A)
Zon Timur (Kumpulan B)
09 Oktober 2010
Musalla Imam Asy-Syafie, Taman Jali, Kangar, Perlis

12 Oktober 2010
Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang
Masjid Pasir Mas, Pasir Mas, Kelantan
13 Oktober 2010
Masjid Al-Bukhary, Alor Setar, Kedah
Masjid Besar Geliga, Cukai, Kemaman, Terengganu
14 Oktober 2010
Masjid Saiyidina Abu Bakar Assidiq, Bakar Arang, Sg Petani, Kedah
Masjid At-Taqwa, Pekan, Pahang

Zon Sentral
15 Oktober 2010
Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur
16 Oktober 2010
Masjid Negeri Selangor D.E., Shah Alam, Selangor
17 Oktober 2010
Masjid Al-Falah, USJ 9, Selangor

Zon Selatan/Timur (Kumpulan C)
Zon Selatan/Barat (Kumpulan D)
18 Oktober 2010
Masjid Jame', Bandar Maran, Pahang
Masjid Sultan Iskandar, Batu Pahat, Johor
19 Oktober 2010
Masjid Jame’, Bandar Mersing, Johor
Masjid Al-Adzhim, Bandar Melaka, Melaka
20 Oktober 2010
Masjid Jame’ Kampung Melayu Majidi, Johor Baru, Johor
Yayasan Al-Jenderami, Dengkil, Selangor
21 Oktober 2010
Yayasan Assofa, Rembau, Negeri Sembilan
Masjid Layang-Layang, WP Labuan

Zon Malaysia Timur 1 (Kumpulan E)
Zon Malaysia Timur 2 (Kumpulan F)
22 Oktober 2010
Masjid Wan Alwi, Kuching, Sarawak
Masjid At-Taqwa, Miri, Sarawak 
23 Oktober 2010
Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu, Sabah
Masjid Baitul Aman, Kuala Lumpur
24 Oktober 2010
Masjid Habib Abdulrahman, Tawau, Sabah
Madrasah Darul Faqih, Jalan Gelang Cincin, Segamat, Johor

Nota:     Majlis Utama di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah pada 16 Oktober 2010 akan bermula pada jam 5:00 petang tepat.  Selain itu, semua majlis-majlis di seluruh Malaysia bermula pada 5:30 petang tepat.  Diharap hadirin dan hadirat dapat bersama majlis-majlis ini sebelum waktu mula tersebut.  Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.  Diminta Hadirin dan Hadirat mematuhi halal/haram, sunnah/makruh dan adab semasa didalam majlis-majlis ini.
Majlis di Melaka belum dipastikan lagi.
Sila santau semula jadual diatas kerana kemungkinan adanya apa-apa perubahan yang terpaksa dilakukan.
Sebarang pertanyaan boleh di kemukakan ke hak@alhawi.net

sebar2kan

Thursday, September 9, 2010

Adab dan Perkara Sunat Hari Raya

Sempena menyambut kedatangan hari lebaran yang ditunggu-tunggu oleh para muslimin seluruh dunia setelah sebulan berhempas pulas melawan kehendak nafsu dengan tibanya hari untuk bersyukur dan bergembira dengan segala nikmat Allah iaitu hari raya Eidul Fitri. Di sini dicoretkan beberapa adab dan perkara yang disunatkan untuk kita lakukan pada hari raya ini.
1. Membersihkan diri sebelum keluar untuk solat hari raya
Antara dalilnya ialah sebagaimana berikut :
a. Adalah Ibnu Umar mandi pada hari raya sebelum dia keluar
(riwayat imam Malik dengan sanad yang sohih )
b. Telah sabit bahawa para sahabat bersugi dan memakai bauan pada hari raya.
c. Telah sabit juga bahawa Ibnu Umar mandi dan memakai bauan pada hari raya Eidil Fitri.
d. Sebahagian ulama’ menyatakan sunat mencukur bulu dibadan dan memotong kuku kerana ia adalah penyerpurna dalam berhias.
2. Memakai sebaik-baik pakaian
Adalah bagi Rasulullah S.A.W satu jubah yang dipakai pada kedua hari raya.
3. Makan tamar atau seumpamanya sebelum keluar untuk solat hari raya
a. Daripada Anas adalah Rasulullah S.A.W tidak bersarapan pada hari raya eidul fitri sehingga baginda makan tamar dan memakannya secara ganjil pada bilangan.
(riwayat imam Bukhari dan Ahmad)
b. Daripada baridah telah memberitahu bahawa Rasulullah S.A.W tidak keluar pada hari raya eidil fitri sehingga baginda makan dan tidak makan pada hari raya korban sehingga menyembelih binatang korban. ( riwayat imam Ahmad dalam sohih Al-Jami’ )
4. Keluar solat hari raya dimasjid dan seumpamanya
Ummu ‘Athiyyah memberitahu bahawa Rasulullah S.A.W telah memerintahkan kami supaya keluar pada hari raya eidil fitri dan eidil adha termasuk perempuan yang baru baligh, mereka yang datang haidh dan mereka yang sibuk dengan tugas di rumah. Maka bagi mereka yang datang haidh hendaklah tidak turut sama untuk solat dan mereka menyaksikan kebaikan dan jemputan muslimin. ( Riwayat imam Bukhari dan Muslim)
Setengan ulama’ mewajibkan para muslimin untuk keluar ke temapt solat hari raya.
5. Melaungkan takbir pada hari raya
Daripada Ibnu Umar berkata bahawa Nabi S.A.W bertakbir pada hari raya eidil fitri bermula ketika baginda keluar dari rumah sehinggalah sampai di temapt solat hari raya.
( Riwayat Baihaqi dan al-hakim dalam sohih al-Jami’ )
6. Melalui jalan yang berlainan ketika pergi dan pulang dari tempat solat hari raya
Adalah Rasulullah S.A.W apabila keluar pada hari raya pada satu jalan, baginda pulang pada jalan yang lain. ( Riwayat imam Bukhari dalam sohih al-Jami’ )
7.Mengucapkan tahniah dan ucapan selamat hari raya kepada para muslimin
Adalah para sahabat apabila bertemu pada hari raya, mereka akan mengatakan kepada mereka yang ditemui dengan kalimah yang bermaksud : Semoga Allah menerima segala amalan kami dan kamu.
( Telah berkata telah diriwayat oleh al-Muhamili dan selainnya dengan sanad yang sohih dalam Tamam al-Minnah )
Semoga kita dapat sama-sama menghidupkan amaln sunat yang pernah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W sendiri dan para sahabat. Hidupkan hari raya dengan perkara yang bermanfaat dan jangan kotorkannya dengan pelbagai aktiviti yang berbentuk maksiat. Hari raya kemenangan dalam melawan nafsu dan jangan biarkan nafsu yang mengalahkan kita pula pada hari raya.
sumber : epondok

Sahabah