بسم الله الرحمن الرحيم


الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه

Tulisan ini bukanlah sumber pemberita, bukan jua sumber pengkritik, tapi hanya sekadar sedikit informasi yang insyaAllah shahih dan bermanfa'at. 'Ala kulli hal, jika terdapat sebarang kesalahan informasi harap dapat maklum kepada saya. Jazakallah. Kepada Allah jua kita kembali


Moga Allah memberkati segala huruf yang ada dalam blog ini.

Amin~

Labels

analogi (5) artikel (9) cerita (12) dakwah (18) IIUM (3) iklan (9) isu (9) majlis ilmu (6) misc (6) muhasabah (14) puisi (1) ulama (7) video (3)

Wednesday, June 17, 2009

Konsert Antara Dunia


Tema :
Menyemarak Kebangkitan, Meneraju Ummah

Tarikh & Masa :
1 Ogos 2009 (Sabtu) ; 7.00 - 11.00 malam

Tempat :
Stadium Malawati, Shah Alam

Anjuran :
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia &
Rabbani Productions (M) Sdn Bhd


Dengan Kerjasama :
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan &
Majlis Bandaraya Shah Alam


untuk maklumat lanjut sila ke http://gamisconcert.blogspot.com/

Qudwah kepada Remaja Islam


Alangkah besarnya peranan remaja dalam Islam, jika kita mengkaji sejarah Islam. Kebanyakan gerakan perubahan yang berlaku dalam sejarah umat, sebahagian besarnya melalui peranan remaja, ianya berlaku bukan secara spontan, bahkan ia merupakan sunnah dan peristiwa yang berulang-ulang.
Marilah kita sama sama merujuk kepada sejarah Islam..
Ketika wahyu diturunkan kepada Rasulullah saw…
Siapakah yang menjadi sasaran wahyu…?
Siapakah yang menanggung bebanan risalah Islam..?
Siapakah yang memikul tanggung jawab risalah Islam dengan amanah…?
Siapakah yang menjadi sandaran Rasulullah saw dalam merubah sistem hidup di Mekah…bahkan dalam perubahan sistem hidup umat manusia keseluruhannya… bukan pada zaman Rasulullah saw sahaja malah sehingga hari kiamat…?

Siapakah golongan digelar ‘as-sabiqun’ dalam sejarah Islam..? Siapakah generasi terbaik di kalangan umat manusia? Rasulullah saw menyifatkan dengan sabdanya yang bermaksud; "Sebaik baik manusia adalah yang sezaman denganku, kemudian mereka yang hidup sezaman generasi sahabat dan kemudian mereka yang hidup sezaman dengan generasi tabien” hadis dari Abdullah bin Mas’ud ra diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim.

Siapakah yang berhadapan dengan taghut di Mekah dan di semenangjung tanah Arab..? Siapakah yang menewaskan empayar Parsi dan Rom..?

Siapakah yang berjuang menentang aliran aliran memusuhi Islam dan menyengutukan Allah..?

Wahai Para Remaja!!!

Rujuklah sejarah.. bacalah buku buku sejarah… kamu akan dapati contoh-contoh dan qudwah kepada para remaja….

Siapakah Zubair bin al A’wam ra?

Beliau digelar hawari Rasulullah saw dan Farisul Islam. Berapa umur beliau ketika memeluk Islam? Beliau berumur 15 tahun ketika memeluk Islam.. sebaya dengan usia remaja tingkatan 3!!!

Adakah pelajar pelajar tingkatan 3 sekarang berfikir, bermimpi, bercita-cita dan berusaha seperti Zubair bin al A’wam?

Siapakah Talhah bin Ubaidullah ra?

Di antara anggota asasi dalam Jamaah Islam yang baru lahir di kota Mekah, sebagai seorang tokoh da'ie, seorang pahalawan yang mahir, gagah dan ke hadapan dan seorang dermawan fi sabililLah, sehinggakan Rasulullah saw memberi kurniaan ‘Talhah Al Khair’. Beliau hanya berusia 16 tahun ketika ia memeluk Islam.

Adakah kamu kenal Saad bin Abi Waqas ra?

Seorang sahabat yang besar….orang yang pertama darahnya mengalir kerana Islam, doanya mustajab. Satu-satunya sahabat yang Rasulullah saw tebus dengan kedua ibubapanya, ketika mana Rasulullah saw berkata kepada Saad bin Abi Waqas dalam peperangan Uhud "irmi Saad fida’ka abi wa ummi" yang bermaksud "Wahai Saad panah! Ganti kamu bapaku dan ibuku" yang diriwayatkan oleh Imam at Tarmizi

Beliau berusia 17tahun ketika memeluk Islam.

Adakah kamu kenal al Arqam bin Abi Arqam al Makhzumi ra?

Seorang sahabat yang menjadi sebutan semua umat Islam, kerana dia sanggup menjadikan rumahnya sebagai markaz dakwah selama 3 tahun. Dia dari kabilah bani Makhzumi, kabilah yang bersaing dengan bani Hasyim untuk memegang panji panglima perang. Rumahnya dijadikan markaz gerakan dakwah Islam yang dipimpin oleh Rasulullah saw dari bani Hasyim, apa akan berlaku kepadanya jika ia diketahui oleh pembesar-pembesar kabilah atau diketahui oleh kaum kerabatnya. Tentulah dia dituduh sebagai pengkhianat kerana bersubahat dengan kabilah seterunya. Jangan kita lupa bahawa 'Fir’aun umat', Abu Jahl dari kabilah bani Makhzumi adalah merupakan musuh nombor 1 dakwah Islam pimpinan Rasulullah saw. Semua halangan dan cabaran ini dapat diatasi oleh al Arqam bin Abi Arqam dan beliau sanggup mengambil segala risiko, dan sanggup berkorban demi kerana Islam. Dia hanya baru berusia 16 tahun.

Cuba bayangkan apakah remaja yang seusia dengannya fikirkan, apa yang dimimpikan, mungkin mahu menjadi juara Akademi Fantasia, Gangstarz, One In a Milion dan sebagainya.

Kita ketika membaca kisah pahlawan-pahlawan seperti Zubair bin al A’wam ra, Talhah bin Ubaidullah ra, Saad bin Abi Waqas ra, al Arqam bin Abi Arqam al Makhzumi ra dan ramai lagi seolah-olah kita membicarakan kisah pahlawan-pahlawan agung. Memang mereka semua pahlawan-pahlawan yang agung dalam usia remaja. Mereka mempunyai kedudukan yang tinggi dalam sejarah umat Islam dari segi aspek pengetahuan, kesungguhan, keimanan, akhlak dan amal. Sepatutnya remaja hari ini bangga menjadi mereka sebagai qudwah, ikutan dan impian, lebih lebih lagi mereka adalah sahabat-sahabat kepada junjungan besar Rasulullah saw yang merupakan generasi terbaik bagi umat Islam.




artikel oleh,
Ustaz Mohamad b. Ismail
Sekretariat Pembangunan Belia
ISMA Pusat

:)

Sunday, June 14, 2009

Al-Fatihah buat Sang Murabbi


13 Jun 2009, 12.30 tengahari, seluruh dunia telah dikejutkan dengan pemergian seorang tokoh perjuangan Islam iaitu Dr Fathi Yakan.

Siapa tak kenal beliau dengan hasil karyanya terutamanya " Apa Erti Saya Memeluk Islam?". Karya yang telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa sebagai rujukan umat Islam di seluruh dunia.

Beliau dilahirkan pada tahun 1933 dan meninggal dunia pada 2009 ketika berumur 76 tahun.

Pemergiannya disebabkan sakit kuat yang dialaminya.

Semoga Allah s.,w.t. menempatkan beliau bersama-sama barisan para syuhada'. Ameen.

Sumber:
http://www.ikhwan-jor.com/
http://www.islamonline.net/livedialogue/english/Guestcv.asp?hGuestID=im7Rak

Friday, June 12, 2009

Permainan

Permainan, itu lah dunia. A'uzubillahiminassyaitanirrajim...





'Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?' (Al-Anaam:32)





Dunia ini hanyalah permainan sebagaimana firman Allah Ta'ala dalam surah al-an'am tadi... Melihat kepada firman Allah tersebut, ana teringat kembali baru sahaja beberapa jam yang lalu, ana sangat-sangat lagha dengan permainan laptop, satu game yang dinamakan Pro Evolution Soccer 2009 (PES)... Ana bermain bukan hanya sekali, tetapi terlalu mengambil masa yang lama sehinggakan ana telah membazirkan masa-masa terluang dengan hanya bermain PES.





Tak sangka... secara tak sedarnya, dunia telah bawak ana melupakan ana terhadap akhirat, sedangkan ana sudah tahu bahawa dunia ini hanyalah tempat persinggahan...





Astaghfirullah... Astaghfirullah... Astaghfirullah...






Ya Allah, ampunilah daku,


Ya Allah, selamatkanlah daku daripada hanyutan dunia,


Ya Allah, jauhkanlah daku daripada godaan,


godaan nafsu, godaan syaitan, yakni musuh ku yang nyata sepertimana Kau telah firmankan...




Ya rabbal'alamin, janganlah Kau biarkan aku dipengaruhi oleh penipuan yang keji, malah Kau biarkanlah aku mempengaruhi yang telah dipengaruhi oleh penipuan, yakni keasyikan dunia yang indah pada mata manusia... Sesungguhnya dunia itu tidak lain hanyalah permainan dan gurau senda...




Ya Allah Ya tuhanku, Aku memohon taufik dan hidayat Mu supaya aku diberi kekuatan untuk melawan godaan, pengaruh, dan penipuan oleh dunia, nafsu, dan syaitan ar-rajim... Sesungguhnya aku lemah, dan aku tak terdaya berbuat apa-apa melainkan dengan kekuasaan Mu Ya Allah...




Ya Allah, Rabbul'alamin, janganlah kau pesongkan hatiku setelah aku diberi petunjuk oleh Mu Ya Allah... thabatkan aku dalam perjuangan menentang nafsu ini Ya Allah...




Allahummaghfirlii... Ya Allah, ampunilah daku...

Monday, June 8, 2009

Apakah bezanya UIA dengan Universiti lain?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ana :)

Tentang topik kat atas ne, ana pernah mengajukan soalan ni kepada bbrp junior ana yang baru sahaja masuk UIA ketika Ta'aruf Week sedang berlangsung. "Apakah bezanya UIA dengan Universiti lain?"

Ketika Ta'aruf Week, ana telah dipilih oleh Allah SWT untuk dijadikan sub komitee di bawah biro Special Task, dan memang benar pilihan Allah Ta'ala adalah yang terbaik, walaupun kadang-kadang dalam diri ana merasakan pilihan ini bukan kehendak hati yang terbaik... Tp amat penting bagi ana meyakini firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah,

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah : 216)

Seperti juga kata-kata yang kita selalu dengari, disebalik sesuatu mesti ada hikmahnya...

Sepanjang ana menjadi sub komitee Special Task, antara tugas ana ialah mengendalikan group dynamic bersama-sama dengan student baru... dengan kata lain ana jadi Fasilitator,

boleh dikatakan hampir setiap group yang ana handle, ana mengajukan soalan tersebut(soalan yeng tertera di topik)

berkenaan jawapannya pula?? Ada yang menjawab,

1. sebab UIA ada English Placement Test(EPT), Arabic Placement Test(APT), dan lain2 test la...
2. sebab UIA ada foreigner, berbilang-bilang warna kulit dan kaum
3. sebab UIA adalah Universiti Islam yang surroundingnya dikatakan 'islamik'
4. dan lain2 lagi la...

tentang jawapan no.3 yang ana sedikit berminat nak fokus, bleh jugak dikatakan ramai memilih UIA disebabkan surroundingnya 'islamik'... Bagus, niatnya ikhlas masuk UIA :) ana sangat kagum dengan orang yang sebegini, kerana tak semua yang berniat masuk UIA untuk memilih surrounding islamik, malah ada yang masuk UIA kerana terpilih sahaja... akan tetapi, salah bagi ana untuk menyalahkan orang yang masuk UIA kerana terpilih, memang dah kehendak dia macam itu, dan memang jenis yang bermatlamatkan kos, bukannya bermatlamatkan Universiti... Ini sesuatu yang perlu dipuji sebenarnya...

berbalik kepada jawapan no.3, ana kurang sedap untuk menerima jawapan no.3 tuh...bukan kerana UIA tidak islamik, bukan juga kerana UIA sangat islamik, tetapi...
ana lebih selesa dengan jawapan = perbezaan UIA dengan Universiti lain hanya lah perkataan 'Islam', jadi... bagi ana UIA dengan Universiti lain tiada bezanya...
jadi bagaimana pula dengan keadaan nya? adakah islamik atau tidak?

berkenaan dengan keadaan nya, bergantung kepada individu masing-masing samada individu tersebut berusaha untuk mempengaruhi universiti dengan islam atau pun dipengaruhi dengan sosialisma... jadi di sini lah bermulanya tanggungjawab bagi setiap individu untuk mempengaruhi islam di dalam universiti ini... Aduh, disebabkan ana tak seberapa sihat jadi setakat ni je kot noktah bagi posting kali ni, Allahua'lam...

Sahabah