بسم الله الرحمن الرحيم


الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه

Tulisan ini bukanlah sumber pemberita, bukan jua sumber pengkritik, tapi hanya sekadar sedikit informasi yang insyaAllah shahih dan bermanfa'at. 'Ala kulli hal, jika terdapat sebarang kesalahan informasi harap dapat maklum kepada saya. Jazakallah. Kepada Allah jua kita kembali


Moga Allah memberkati segala huruf yang ada dalam blog ini.

Amin~

Labels

analogi (5) artikel (9) cerita (12) dakwah (18) IIUM (3) iklan (9) isu (9) majlis ilmu (6) misc (6) muhasabah (14) puisi (1) ulama (7) video (3)

Saturday, May 30, 2009

Ta'aruf Week (TAWE) 2009 CFSIIUM


Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat ilahi yang maha esa...
setelah satu menjak, dua menjak, tiga menjak, bermenjak-menjak ni...
Ta'aruf Week di Centre For Foundation Studies International Islamic University Malaysia (CFSIIUM) telah diadakan di Kampus Petaling Jaya telah berlangsung dengan 'semi-jaya' nya 23hb Mei, 2009 sehingga 29hb Mei, 2009... Alhamdulillah sekali lagi ke hadrat ilahi yang tidak terhingga...

Tatkala firman Allah SWT,

"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhan kamu memberitahu kepada kamu, sekiranya kita bersyukur Aku akan menambahkan (nikmat-Ku) kepada kamu tetapi sekiranya kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sungguh pedih" (Surah Ibrahim:7)

Walaupun telah banyak rintangan yang telah dihadapi sepanjang tarikh yang telah tertera tadi, akan tetapi rintangan-rintangan tersebut telah berjaya ditembusi. Penembusan ini tidak akan berjaya sekiranya tidak ada pengharapan kepada Allah SWT kerana Allah adalah sebaik-baik perancang dan juga sebaik-baik pelaksana...

Untuk post kali ni ana berasa sedikit malas utk bercerita tentang perjalanan TAWE, tak tahu kenapa. Mungkin sebab ana letih? atau memang malas? atau takde mood? um... Biase lah, lumrah perasaan manusia. Mood manusia memang selalu berubah-ubah. Secara jujurnya ana takde mood nk bercerita tentang ta'aruf week yang baru sahaja hbis berlangsung. Untuk mengetahui perjalanan cerita TAWE... bleh lah bukak blog ikhwah ana (promosi hebat)

So, ape yang nak diceritakan? um, taknak cerita. tapi ana berminat untuk mengkonklusikan sedikit tentang TAWE ni :)

1) Berdasarkan pemerhatian ana spanjang TAWE, new intake students kali ini banyak yang tergolong daripada golongan-golongan yang mempunyai kesedaran tentang kepentingan untuk menegakkan agama islam di muka bumi ini walaupun students DQ tak terlibat untuk 1st intake ni :) hal ini kerana kebiasaannya students DQ yang kelihatan menonjol sedikit berbanding dengan students lain. Mungkin juga disebab kan faktor students DQ yang mempunyai lebih pengalaman setahun hidup kat dunia...

2) Alhamdulillah, Masjid Kolej Islam Malaya di CFSIIUM PJ masih lagi ramai dihuni oleh new intake students walaupun TAWE telah pun berakhir... Pernah sekali titisan air mata keharuan hampir kejatuhan daripada mata kerana kedengaran perkataan 'astaghfirullahal'azim' yang merangkumi beribu-ribu orang students... Memang benarlah hidayah adalah kerja tuhan kita, rabbul 'alamin dan apa yang kita mampu hanya lah usaha, doa, dan tawakkal...

3)Setelah banyak bercerita tentang yang positif, ada jugak beberapa cerita yang sedikit negatifnya... Ana bukan nak memberi komentar atau mengumpat tetapi ana ingin meluahkan rasa tidak yakin terhadap pengurusan CFSIIUM kali ni... Antara sebabnya, Students Male Engineering yang dicatat hanya 500+ orang sahaja telah meningkat menjadi lebih kurang 700+... Hal ini menyebabkan komitee terpaksa berkelam kabut untuk menyelesaikan berbagai-bagai masalah, terutamanya komitee dibawah biro Special Task dan juga biro lain. Sebab yang ke-2 adalah, kami telah diberitahu bahawa program ICT akan digabungkan dengan program Engineering supaya menjadi program 'Engineering and Computer Science'. Akan tetapi, setelah maklumat registration telah diperolehi, terdapat hanya seorang student female ICT yang berdaftar... Kenapakah begini??? Astaghfirullah...
Apa-apa pun, sepertimana yang ana telah bincangkan tadi. Manusia merancang, tetapi Allah lebih merancang dengan sebaik-baiknya... Manusia tidak ada kuasa apa-apa melainkan hanya memohon bantuan Allah Azzawajalla...

4) dan lain-lain :P

sekarang jam telah tepat menunjukkan pukul 1.07 am dan agaknya telah tiba masa untuk ana melelapkan mata... Wallahua'lam

p/s : gambar akan diupload kemudian, insyaAllah...

Thursday, May 28, 2009

Al-Fasad


Salam,

Al-Fasad, ataupun dalam bahasa malaysia iaitu kerosakan

Apakah kerosakan yang dimaksud kan itu?

Perkataan kerosakan ni boleh ditafsirkan macam-macam rupa,
contoh : kerosakan aqidah, kerosakan umat, kerosakan dunia sekarang, kerosakan prestasi pelajaran, sifat manusia yang perosak, dan lain-lain.

Sebagaimana malaikat pernah mengatakan bahawa manusia ni bersifat perosak, tetapi Allah SWT tetap menjadikan manusia sebagai khalifah dimuka bumi. Kerana Allah SWT Maha Mengetahui...
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah : 30)

Akan tetapi, ada satu lagi kerosakan yang berlaku...

Berita yang sangat menyedihkan...

Handset berjenama Nokia 7310 kepunyaan ana telah rosak menyebabkan skrin tak keluar :(

Friday, May 22, 2009

Pandangan




Pandangan Mata - Hijjaz

Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Hati kalau selalu bersih
Pandangannya akan menembus hijjab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat karena Allah

Tapi hati jika dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran
Tapi hati jika dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran

_____________________________________________________________________________________

Assalamualaikum wbt,

Apa habaq semua? Ape kabo sume? Guano mu semuo loni?
berikut adalah kata-kata tanya khabar berdasarkan loghat utara, terengganu, kelantan

Baru sahaja beberapa minit telinga ana telah dimasukkan lagu Pandangan Mata yang dinyanyikan oleh Hijjaz
Jadi disebabkan itu lah terdetik dalam jiwa ana nak post kat blog pasal pandangan ni.

Kalau kite lihat dan teliti perkataan 'pandangan', kite boleh tafsirkan pandangan ni dalam bermacam-macam bentuk. Antaranya pandangan hati, pandangan mata, pandangan akal sepertimana yang telah tertera dalam lirik tersebut.
Jadi apa yang penting pasal pandangan ni?
Mula-mula tentang pandangan mata, Allah SWT pernah berfirman dalam Al-Quran Al-Karim,

"katakanlah kepada lelaki Mukmin yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka( daripada memandang yang haram) serta memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka dan sesungguhnya Allah maha mendalam pengatahuannya berkenaan apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita2 yang beriman supaya menyekat pandangan mereka( daripada memandang yang haram) serta memelihara kehormatan mereka. Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir sahaja dan mereka perlu menutup belahan baju mereka di kawasan leher dengan tudung kepala mereka."(an-nur : 30-31)

Allah ta'ala telah perintah dalam Al-Quran bahawa hendaklah setiap mukminun dan mukminat, memelihara salah satu anugerah Allah ta'ala yang sangat bernilai ini, iaitu mata. Dimana mata ni mempunyai fungsi untuk melihat, tetapi adakah Allah ta'ala menciptakan mata untuk memandang semua benda?
Dari segi zahirnya, mata yang Allah kurniakan hanya berfungsi untuk memandang perkara-perkara zahir yang ada dimuka bumi. Tetapi Allah tidak membenarkan mata berfungsi untuk melihat perkara-perkara yang tidak zahir, ataupun dengan kata lain, perkara ghaib seperti dosa, pahala, malaikat, neraka, dan syurga. Tertimbul dalam fikiran, kenapa agaknya Allah Ta'ala tak benarkan kita melihat benda-benda ghaib? Tentu ada sesuatu disebalik perkara ni, dan tentu adanya hikmah.
Antara hikmah Allah ta'ala membataskan pendangan mata kita ni adalah, supaya manusia dapat menggunakan 'pandangan akal' atau dengan kata lain, kita dapat berfikir. Sepertimana ana tengah berfikir sambil menaip sekarang ni :)

Tentang pandangan akal plak. Adakah pandangan akal ni betul-betul akan membawa kita ke jalan yang benar? iaitu mardhatillah dan syurga Allah? Allah mengurniakan akal kita juga kerana untuk membezakan antara hak dengan yang batil.
Dalam sedar tak sedar, kita pernah menggunakan akal kita untuk menuju ke jalan yang salah walaupun pernah kita gunakannya untuk ke jalan yang benar. Jadi muhasabah lah diri, tepuk dada tanya iman, renung dan fikirlah sejenak, samada akal yang kita ada ni digunakan sebaik-baiknya ke jalan yang benar atau salah? Gunakanlah akal yang dikurniakan dengan sebaik-baiknya... Memang kita tak dapat lari daripada godaan syaitan dan nafsu yang selalu menyelewengkan akal kita supaya melakukan dosa.

Sebab pandangan akal juga berkait rapat dengan pandangan hati. Di mana pandangan hati ini lah yang hakiki sebenarnya. maknanya hati kita penting. sangat penting. Jika hati kita kotor, maka kesitulah pandangan akal dan mata kita akan didorong. Manakala jika sebaliknya, insyaAllah pandangan akal dan mata akan digunakan sebaik-baiknya... Rasulullah SAW pernah bersabda,

"Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah)

itulah umpama hati yang kotor dimana hati yang akan mendorong akal dan mata supaya melakukan kejahatan.Rasulullah juga ada bersabda,

"Perumpamaan orang yang berdzikir dengan orang yang tidak berdzikir adalah seperti orang yang hidup dan orang yang mati." (HR. Bukhari dan Muslim).


Terang-terang nabi telah bersabda, dimana hati ini hanya ada dua kondisi, iaitu hati yang mati dan hati yang hidup. Dan perkara yang menyebabkan mati dan hidup ini ialah sejauh mana kita ingat Allah. Penting sangatlah bagi setiap individu supaya membiarkan hatinya hidup. Jadi berusahalah kita supaya selalu ingat Allah, selalulah ingat Allah kerana Allah Ta'ala pernah berfirman,

“ Tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali beribadah (mengesakan ibadahnya) kepada-Ku, Aku tidak mengendaki rizki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak mengendaki supaya mereka memberi makan pada-Ku, Sesungguhnya Allah Dialah Yang Maha Pemberi rizki Yang mempunyai kekuatan Lagi Maha Sangat Kuat” (Adz Dzariat:56-58)

Sedarlah tiap-tiap manusia diciptakan Allah bertujuan, iaitu untuk beribadah kepada-Nya, untuk mengabdikan diri kepada-Nya, untuk selalu ingat Allah, selalu ingat kebesaran-Nya.

Eh, rase macam dah lari topik :P
sebenarnya ana berniat nak bercerita tentang batas pandangan lelaki dan perempuan. asif2...
Ok la, berbalik kepada surah an-Nur tadi... Allah memerintahkan supaya lelaki jaga pandangan lelaki dan begitu juga perempuan. Haram lelaki melihat aurat lelaki, sama juga lelaki haram melihat aurat perempuan. Dan sebaliknya, tetapi perkara ini sudah sekian lama di ambil ringan. Sehinggakan di media-media banyak dipertontonkan aurat-aurat tanpa rasa bersalah, malah yang menonton lagi la tak rasa bersalah!
Bukankah Allah SWT telah melarang supaya hendaklah kamu lelaki dan perempuan yang beriman supaya memelihara pandangan... Berbalik kepada angkara yang menyebabkan media menjadi begini. Tidak lain dan tidak bukan, tidak ada sesiapa yang hendak dipersalahkan lagi. KEPIMPINAN. iaitu Parti Barisan Nasional. Yang konon-kononnya islam hadhari.
Eh, sekali lagi ana lari topik plak... mungkin ni tanda-tanda ana dah mengantuk kot... jadi ana habiskan post ana dengan tasbih kafarah lah =) Wallahua'lam. Segala yang buruk datang dari kelemahan ana, dan segala yang baik datang nya daripada Allah... Wassalam

Tuesday, May 19, 2009

Analogi hidup disebalik 2 permainan


Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan
sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap
murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan
kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu
permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada
kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat
kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat
pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"

Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru
berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri
tangannya, semakin lama semakin cepat.
Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik
sekarang perhatikan.
Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika
saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan
diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi
keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya.
Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi
kekok.
Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya.
"
Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang
haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas
membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita
memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk
menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan
sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita
menerima hal tersebut, tapi kerana terus
disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka,
akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal
itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh
kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai
dan ketika.

"
Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu
yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian
seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex
sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend,
hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang
wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu
gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik.
Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit
menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan
kemaksiatan
.
Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya.
"Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan.

"Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah
karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet.
Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil
Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"

Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternat if
dengan tongkat,dan lain-lain.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya
karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak
memijak karpet ."Murid-murid, begitulah ummat Islam
dan musuh-musuhnya. .. Musuh-musuh Islam tidak akan
memijak-mijak anda dengan terang-terang. ..Kerana
tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang
biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan
mereka. Tapi mereka akan menggulung anda
perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak
sadar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka
dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin
kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.
Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah
kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja
hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi
dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu,
baru rumah dihancurkan. .."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia
tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan
perlahan-lahan meletihkan anda.
Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan
lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda
telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara
yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini
semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang
Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh
musuh kita...
"

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang
memijak-mijak cikgu?" tanya
murid- murid.

"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang,
misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain.
Tapi sekarang tidak lagi."
"Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan,
mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau
diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit
serentak, baru mereka akan sedar".


"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali
ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..."
Matahari bersinar terik takala anak-anak itu keluar
meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran
masing-masing di kepalanya...

Tuesday, May 12, 2009

Muslimat


Dikau bak seekor rama-rama yang cantik.. indah...
Dikau bak sekuntum bunga mawar yang mekar...
Dikau bak cahaya mentari yang bersinar-sinar..
Dikau bak sang rembulan yang terpancar indah
cahayanya menerangi malam yang gelita..
Hadirmu sebagai penyeri dunia...
Senyumanmu pengubat jiwa bagi penduka lara..
Kata-katamu pembakar semangat
juang suami di medan peperangan..
lambaian tanganmu menyuntik kekuatan suami..
diammu membawa seribu pertanyaan
bagi yang ingin mendekatimu..
suara emas dan merdumu hanya milik yang berhak...
wangianmu hanya untuk arjuna yang menjadi milikmu..
pandanganmu membawa sejuta kedamaian
bagi yang memandang wajah sucimu..
pujukanmu bisa memanah hati
jejaka-jejaka yang mudah tewas ditanganmu..
renunganmu bisa mengoncang hati sanubari
pemuda-pemuda yang goyah imannya..
sayang sejuta kali sayang....
dikau tidak tahu menghargai kesemua
kurniaan yang tak terhingga dari Ilahi..
hanya yang celik hatinya dapat merasai
kenikmatan kurniaan Ilahi..
dirimu bukan sekuntum bunga layu yang kering..
dirimu bukan dedaun kering yang akan
jatuh berguguran apabila tiba musim luruh..
TETAPI dirimu lebih daripada itu..
Seumpama hembusan bayu yang bertiup nyaman..
yang bisa mengubah orang disekelilingmu..
menjadi seperti bayi yang sentiasa perlukan
perhatianmu untuk beradu dengan lena..
wanita....
dirimu begitu bermakna seumpama mutiara yang
terletak didalam tiram yang terkunci rapat
hanya pada yang berhak akan dikau bukakan
pintunya untuk menjemput dirimu menjadi
pendamping buat dirinya selama-lamanya
hanya yang tahu menilai dan mempunyai kesabarn
yang tinggi yang bisa mendapatkanmu yang jauh terpelihara didasar lautan
JUSTERU... Wanita..
Mengerti dan fahamilah...
Dirimu teramat berharga dari semua barangan di dunia ini..
Maruahmu tidak dapat ditukar ganti..
PELIHARALAH dirimu sehingga tiba saat dan ketika di mana dikau
akan dibawa pergi oleh pahlawan yang berjaya
menawan hatimu dengan sabar dan tabah
mengharungi mehnah dan tribulasi duniawi dan
membimbingmu ke ukhrawi yang abadi
berdoalah wahai bidadari syurga...
moga tiba detik yang bermakna itu dalam hidupmu
DAN biarlah ketika detik itu tiba...
Dikaulah menjadi insan yang paling bahagia..
Bukan kerana ada yang menyuntingmu..
TETAPI kerana dikau berjaya memberikan
hati dan cintamu kepada yang berhak mendapatkannya..
maka cintailah dirinya seikhlas dan sepenuh hatimu
selagi dia dapat membawamu jalan meniti syurga yang abadi..

(by : Qalam Wardah)

Sunday, May 10, 2009

PROBLEM

sape bley ajar ana edit blog? :( :( :(

Sahabah