بسم الله الرحمن الرحيم


الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه

Tulisan ini bukanlah sumber pemberita, bukan jua sumber pengkritik, tapi hanya sekadar sedikit informasi yang insyaAllah shahih dan bermanfa'at. 'Ala kulli hal, jika terdapat sebarang kesalahan informasi harap dapat maklum kepada saya. Jazakallah. Kepada Allah jua kita kembali


Moga Allah memberkati segala huruf yang ada dalam blog ini.

Amin~

Labels

analogi (5) artikel (9) cerita (12) dakwah (18) IIUM (3) iklan (9) isu (9) majlis ilmu (6) misc (6) muhasabah (14) puisi (1) ulama (7) video (3)

Thursday, October 29, 2009

Kembara Cuti Seorang Siswa 1

"Assalamu'alaikum..." 
Demikian perkataan pertama yang diluahkan oleh saya apabila menjejak masuk ke dalam rumah. Sudah menjadi kebiasaan keadaan yang sedikit sunyi selepas subuh, lebih-lebih lagi di hari jumaat (hari cuti bagi terengganu). Tanggal 9hb Ogos 2009, maka bermulalah kembara cuti seorang siswa. Sudah pasti tertanam dalam jiwa saya keinginan supaya memanfaatkan sebaik-baiknya masa cuti ini dengan aktiviti-aktiviti yang insyaAllah dikira sebagai ibadah. Sesungguhnya demi masa manusia itu dalam kerugian bak kalam daripada al-Quran al-Karim.
Berikut tersenarai aktiviti yang saya lalui...


1. Kembara sebagai fasilitator program sebuah ma'ahad di Tok Jiring (9hb Ogos, 2009)

Sebaik hari pertama di rumah, saya hanya sempat meluangkan masa beberapa jam di dalam rumah. Selepas lelap seketika pada waktu syuruk, sarapan tidak dikenakan kerana sudah tertanam niat untuk berpuasa pada hari tersebut. Lalu meminta izin daripada emak untuk keluar menuju ke destinasi tersebut. Jam pada waktu itu sekitar 9 pagi. Alhamdulillah walaupun ada sedikit masalah untuk mencari destinasi, tetapi dengan bantuan sahabat saya, 'Abdul Muntaqim, sampai ke destinasi dengan selamat walaupun sedikit lewat.

Dipendekkan cerita, walaupun program tersebut sebenarnya berlangsung selama 3 hari tetapi disebabkan sedikit masalah rumah tangga (jangan salah faham, status saya masih bujang), jadi masa yang sempat diluangkan hanya sehari. Apa-apa pun satu pengalaman yang saya kira amat berguna insyaAllah. Program tersebut juga sebenarnya bertujuan untuk membersih hati pelajar-pelajar supaya membentuk seorang muslim yang sejati dimana aqidahnya sejahtera, ibadahnya sahih, dan akhlaqnya mantap.

Apa yang hendak di kongsi disini adalah walaupun kehidupan kita di sekolah @ universiti @ mana-mana institusi pengajian diselangi dengan subjek Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah, Tasawwur dan lain-lain. Namun demikian hanyalah teori sebenarnya. Tidak cukup untuk hati ini dididik dengan perkara-perkara teori tanpa menyertai program-program yang dianjurkan bagi mempraktikkan ilmu di otak. Ilmu akan bermanfaat sekiranya ianya diamalkan dan disebarkan kepada orang lain.
Selain itu, bila mana ada peluang, terus manfaatkan peluang tersebut. Bak sebuah analogi, seorang yang sedang memancing terus menarik pancingannya apabila dirasakan ada sesuatu yang tersangkut di mata kail. Walaupun tidak tahu barangkali ikan, atau mungkin sisa-sisa buangan tetapi usaha diperlukan untuk mencuba nasib yakni dengan menarik pancingan tersebut.
Perkara yang sama walaupun untuk mendapat peluang tersebut, saya berasa malas. Tetapi fikirkanlah mana yang lebih baik. Terus memalaskan diri atau korbankan masa untuk menjadi seorang insan yang bermanfaat kepada orang lain insyaAllah sebagaimana hadith,

"Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (HR. Bukhari dan Muslim)
Berikut sedikit gambar yang hendak dikongsi,


(to be continued...)

Wednesday, October 21, 2009

Perdebatan Hangat : Sebat Kerana Arak?


Sebat kerana arak. Adil ke???

Hari : Khamis
Masa : 8.30 malam
Tarikh : 22 Oktober 2009

Tempat : Auditorium KOM
UIA Kuantan Pahang .

Panel :

Dato' Safri Abdul Aziz [ Exco Agama Negeri Pahang ]
En. Najid Husin [ Peguam Syarie Negeri Pahang ]
Dato' Hamidah Marican [ Sister In Islam ]
Nasrudin Hassan at Tantawi [ Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat ]

Masuk adalah percuma .

Kepada semua pembaca, anda dijemput untuk hadir ke talk tersebut. Dijamin hangat. Wallahua'lam

Tuesday, October 20, 2009

‘UIAM wajar diiktiraf IPT Islam terkemuka’


GOMBAK: Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, bertitah sudah tiba masanya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dilihat sebagai antara institusi pengajian tinggi paling terkemuka di dunia khususnya di kalangan negara Islam berdasarkan kejayaan cemerlang penuntut tempatan dan juga antarabangsanya.

Baginda yang juga Ketua Perlembagaan UIAM bertitah, pengiktirafan itu penting bagi menghargai usaha keras warga kerja dan pelajar terhadap pembangunan negara dan sebagai bakal pemimpin ummah ke arah kemajuan dan kemakmuran.

“Ia juga mencerminkan keinginan masyarakat Malaysia dan Islam antarabangsa untuk menumpukan perhatian serius, bukan saja kepada agama Islam tetapi juga segala bidang ilmu dan tamadun yang dibangunkan.

“Bersesuaian usia UIAM yang sudah wujud sejak 26 tahun lalu, bukan saja kurikulumnya unik dan bersifat integrasi diperkenalkan, malah pihak universiti secara konsisten cuba memberi penekanan kepada peranan Islam dalam pendidikan yang mana agama harus dipersembahkan dalam bentuk relevan dan intelektual, bersesuaian dengan keperluan masyarakat kontemporari.

“Ketika UIAM merentas jalan ke arah dunia tanpa sempadan, kampus UIAM sering dijadikan rujukan dengan kebanjiran pelajar lebih 100 negara di serata dunia. Jumlah pelajar antarabangsa kini mencecah angka 4,300 orang, iaitu mewakili 22 peratus daripada keseluruhan populasi universiti,” titah baginda ketika menyempurnakan majlis Konvokesyen Ke-25 UIAM di Gombak, di sini, semalam.

Sultan Ahmad Shah berkenan menyampaikan ijazah dan sarjana kepada lebih 500 graduan.

Titah baginda, beliau berasakan sudah sampai masa masyarakat menghargai usaha warga kerja dan pelajar serta mengiktiraf sumbangan mereka ke arah pembangunan negara dan sebagai bakal pemimpin ummah.

“Beta berbangga peranan UIAM mempromosi dan menyokong agenda transformasi membabitkan Ummah Muslim, di mana akademik dan program pembangunan di UIAM menyediakan platform bagi menyemai pelajar ke arah menjadi pekerja yang sedia menabur bakti, membalas jasa dan berjiwa pemimpin demi agama, bangsa dan negara,” titah baginda.

Sumber: Berita Harian Online

 Salam, syukur kehadrat Allah kerana diberi peluang untuk berada dalam medan pembelajaran UIAM. Moga mahasiswa-mahasiswa terus istiqamah dalam mengendalikan program atau aktiviti yang membabitkan ummah termasuk isu-isu dalaman dan luaran. Akan tetapi, walaupun 'UIAM wajar diiktiraf'... tidak bermakna UIAM sudah mencapai puncak visi kita sebagai ummah akhir zaman ini, dimana bi'ah didalam UIAM masih belum terjaga apatah lagi di luar UIAM... Oleh itu, harap semua mengambil peranan dalam mengatasi gejala-gejala sosial dan seterusnya membina sebuah negara islam yang diiktiraf oleh Allah SWT, insyaAllah

Sunday, October 11, 2009

Pinggan dan Mangkuk


Pinggan dan Mangkuk kali ini menjadi tajuk kepada post terbaru saya. What is the 1st thing in mind that comes in yours when you see these 'pinggan dan mangkuk'?

Apabila pinggan dan mangkuk ini bersih, lihatlah gambar yang telah dipaparkan tersebut, alangkah cantiknya. Sejuk mata memandang. Terasa nyaman dihati.
Tetapi apabila pinggan dan mangkuk ini kotor dan tidak dibasuh, cuba anda bayangkan bagaimanakah rupanya? Tambahan lagi apabila pinggan dan mangkuk ini sudah hampir sebulan tidak dibasuh dan dibiarkan sampai pelbagai jenis serangga mengerumuninya... [Gambar tidak diupload kerana bimbang mengotorkan blog ini]

Sabda Muhammad S.A.W,

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati. (Riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim)

Pada hakikat, begitulah perumpamaan hati anugerah Allah Ta'ala ini dengan pinggan dan mangkuk. Kalau hati kita dijaga dengan amalan-amalan yang dapat menyucikannya, insyaAllah bersihlah hati kita. Malah kebersihan dan kesucian hati kita akan menyumbang kepada tingkahlaku, akhlak dan perlakuan kita yang sudah semestinya baik.

On the other hand, hati yang kotor dimana ianya diselaputi dengan amalan-amalan yang tidak disukai Allah seumpama dengan pinggan dan mangkuk yang kotor. Mungkin hati kita memang tidak dapat dielakkan dengan kemaksiatan seperti maksiat mata dan telinga lebih-lebih lagi di akhir zaman ini, tetapi kalau boleh janganlah biarkan hati kita dibiarkan begitu sahaja sepertimana diibaratkan pinggan dan mangkuk yang sudah lama tidak dibasuh. Makin lama hati kita tidak dibasuh, makin susah untuk menanggalkan kotoran tersebut. Sebab itu didunia sekarang amalan kebaikan hendaklah istiqamah walaupun sedikit. Dan ianya adalah amalan yang paling disukai oleh Allah.

Akhir kalam dengan satu lagi sabda nabi,


"Siapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah)

Tuesday, October 6, 2009

Aku rela kerana cinta


Aku Rela
Album : Yang Benar Tetap Benar
Munsyid : Algebra
http://liriknasyid.com


Telah ku rela nama dan diri menjadi sasaran
Kerana cinta, aku berkorban
Telah ku rela segala tohmahan bermaharajalela
Kerana cinta, aku terpaksa

Kerana cinta jua aku berbicara
Dengan nada insan terluka
Meluah rasa, meluah fakta, mencedera jiwa
Semuanya kerana cinta…

Biarku tanggung rasa derita..
Asalkan agama, selamat akhirnya..
Yang membantah, hanya berfalsafah..
Kerana bimbang suapan harian

Dengan menjual nama Tuhan..
Lalu kebenaran disingkirkan,
Demi hidangan belian pendustaan
Namun aku yang sengsara zahirnya

Redha telah pun penuhi jiwa
Dalam keletihan ini.. aku bahagia

Kerana..
Pada kebenaran itulah terasa nikmat syurga.


*Cinta manusia ini umpama kasturi, baunya sangat harum dan indah dan menusuk kalbu. Tetapi apabila kita makan kasturi, rasanya sangat pahit. Pada luarannya sangat indah cinta kerana hanya satu perkara iaitu kepuasan dunia. Pada dalamannya cinta itu pahit, kerana cinta manusia tidak akan berkekalan dan pasti berpisah jua di akhirat. Melainkan cinta yang diredhai Allah iaitu dengan satu pegangan iaitu taqwa sebagaimana firman tuhan,

Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).” (Al-Zukhruf : 67)


Begitulah hakikat cinta manusia jikalau nak bandingkan dengan cinta Allah. Cintai rabb kita Allah, cintai uswatun kita Muhammad SAW, cintailah agama kita Islam, cintai petunjuk kita Al-Quran al-Karim...

Sahabah