بسم الله الرحمن الرحيم


الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه

Tulisan ini bukanlah sumber pemberita, bukan jua sumber pengkritik, tapi hanya sekadar sedikit informasi yang insyaAllah shahih dan bermanfa'at. 'Ala kulli hal, jika terdapat sebarang kesalahan informasi harap dapat maklum kepada saya. Jazakallah. Kepada Allah jua kita kembali


Moga Allah memberkati segala huruf yang ada dalam blog ini.

Amin~

Labels

analogi (5) artikel (9) cerita (12) dakwah (18) IIUM (3) iklan (9) isu (9) majlis ilmu (6) misc (6) muhasabah (14) puisi (1) ulama (7) video (3)
Showing posts with label cerita. Show all posts
Showing posts with label cerita. Show all posts

Thursday, September 2, 2010

Kisah menakjubkan : Ruben (Abu Bakr) memeluk islam






Kisah benar : Bermula di universiti, banyak masalah-masalah keluarga menimpa Ruben. Ruben tiba-tiba memikirkan "What is actually the purpose of living?". Persoalan tersebut bermain-main di fikirannya menyebabkan Ruben pergi bertanya kepada paderi-paderi di hampir semua church yang ada. Tetapi jawapan yang diperolehinya bukanlah jawapan yang dirasakan benar, kerana jawapan-jawapan tersebut adalah hanyalah pendapat mereka. Jawapan masih tidak dapat dicari lagi, termasuk kitab 'Bible' masih tidak dapat memberikan jawapan yang diingini.


Kemudian, timbul keinginan Ruben untuk bertanya kepada kawannya seorang kristian yang membuat kajian tentang agama-agama lain termasuk agama Hindu, Buddha, Yahudi. Ruben menyoal, "What about Islam?
Kawannya menjawab, "Islam? Terrorist! I'm not gonna investigate that religion, they're crazy!"

Thursday, April 1, 2010

Jihad Ahli Sufi

Bismillahir Rahmanir Rahim



Penglibatan Golongan Sufi dalam Jihad Melawan Musuh-musuh Islam
Dimasukkan oleh IbnuNafis
Label: Tasawwuf dan Tarikat
Oleh : Ustaz Mukhlis

Penglibatan Golongan Sufi dalam Jihad Melawan Musuh-musuh Islam

* Ahmad bin ‘Ashim Al-Antoki [Shofwah As-Shofwah oleh Imam Ibn Al-Jauzi]

* Ibu Yusuf Al-Shaghuli: Terlibat dalam peperangan dengan Rom [Shofwah As-Shofwah oleh Imam Ibn Al-Jauzi]

* Abu Ishaq bin Al-Fazari [ibid]

* Isa bin Abi Ishaq As-Sabi’ie [ibid]

* Yusuf bin Isbath [ibid]

* Abu Mu’awiyyah Al-Aswad (199 H)

* Abdullah bin Al-Mubarak (181 H). Beliau terlibat dalam peperangan menentang tentera Rom [Tarikh Baghdad oleh Al-Khatib Al-Baghdadi 10/157]

* Ibrahim bin Adham (162 H). Beliau terlibat dalam peperangan melawan tentera Byzantine malah meninggal dunia ketika menjaga di perbatasan perang [Al-Bidayah wa An-Nihayah 10/44]

* Hatim Al-Ashom. Beliau seorang tokoh sufi yang terlibat dalam peperangan dan meninggal dunia di tempat perbatasan perang di atas bukit Sarwad. [Siyar A’laam An-Nubala’ 11/484]

* Abu Al-Qashim Al-Qahthi: Beliau juga terlibat dalam peperangan melawan Byzantine bersama-sama dengan sebahagian ulama’ sufi yang lain [Ghayyah Al-Tholab fi Tarikh Halab 10/4591]

* Imam Raslan (Arsalan) Ad-Dimaysqi (m: 541 H): Beliau terlibat dalam peperangan di Syam khususnya dalam melawan tentera salib. Antara karya beliau adalah Risalah At-Tauhid.

* Imam Abu Al-Hasan As-Syazili (m: 656H): Beliau serta murid-muridnya terlibat dalam Ma’rakah Al-Manshurah (perang di Manshurah) pada tahun 647 H dalam melawan tentera Salib. [Abu Al-Hasan As-Syazili As-Shufi Al-Mujahid Al-‘Arif biLlah oleh Dr. Abdul Halim Mahmud: 60]

* Imam Abu Al-‘Abbas Al-Mursi r.a. (salah seorang murid Abu Al-Hasan As-Syazili). Beliau juga turut terlibat dalam peperangan melawan musuh-musuh Islam seperti gurunya. Beliau adalah guru kepada Imam Ibn ‘Atho’illah As-Sakandari [Wizarah As-Thaqofah Al-Mishriyyah 7/371]

* Sultan Muhammad Al-Fateh As-Sufi Al-Hanafi Al-Maturidi. Banyak riwayat yang menceritakan sudut kesufian beliau. Beliau terlibat dalam membuka kota Konstantinopel daripada jajahan tentera Salib.

* Imam Al-Izz bin Abdil Salam (660 H): Beliau seorang ulama’ sufi yang mashyur ytang hidup sezaman dengan Imam Abu Al-Abbas Al-Mursi dan sebagainya. Beliau terlibat dalam peperangan ‘Ain Jalut pada tahun 658 H. Sudut kesufian Imam Izzuddin jelas kerana beliau mengambil khirqah sufi daripada Imam Syihabuddin As-Sahrwardi (632 H). [Husn Al-Muhadarah 1/315]

* Sultan Nuruddin Mahmud Zinki (m 569 H). Beliau seorang pemimpin Islam yang terlibat dalam melawan tentera Salib dalam usaha untuk membebaskan Palestin daripada cengkaman mereka. Beliau sendiri seorang yang sangat rapat dengan golongan sufi dan menghormati golongan sufi. [Al-Kawakib Ad-Durriyyah 1/38] Beliau memuji golongan sufi dengan berkata: “Mereka (golongan sufi) adalah tentera Allah dan dengan doa merekalah kita berjaya menewaskan para musuh” [Al-Bidayah wa An-Nihayah 12/281]

* Sultan Solahuddin Al-Ayubi: Beliau terkenal sebagai seorang pahlawan dan pemimpin Islam yang membebaskan Al-Aqsa daripada cengkaman tentera Salib. Adapun dari sudut kesufian beliau, maka memang tidak dapat dinafikan. Malah, beliau bermesyuarat dengan para ulama’ sufi ketika berperang dengan tentera-tentera Salib.

* Imam Ali bin Maimun (917 H): Beliau seorang ulama’ sufi yang terlibat dalam banyak peperangan melawan musuh Islam [Syazrat Az-Zahab 8/81]

* Al-Amir Abdul Qadir Al-Jaza’iri As-Sufi: Beliau terlibat dalam peperangan di Algeria dalam melawan penjajahan. Sudut kesufian beliau sememangnya tidak dapat dinafikan lagi bagi mereka yang membaca riwayat sejarah hidupnya.

* Al-Mujahid Muhammad Ahmad Mahdi (m:1885 M) Beliau mempelajari ilmu sufi sejak keci lagi lalu menjadi seorang murobbi sufi. Beliau terlibat dalam melawan tentera Inggeris ketika mereka menjajah Sudan. [Hilyah Al-Basyr 2/801]

* Al-Mujahid Umar Al-Mukhtar (m: 1931 M): Beliau seorang murobbi sufi bertariqat As-Sanusiyyyah. Beliau terlibat dalam peperangan melawan tentera penjajah khususnya di Libya lalu menemui syahid.

* As-Sayyid Muhammad Abdullah Hassan (m: 1920 H): Beliau seorang murobbi sufi tarikat As-Salihiyyah As-Syaziliyyah. Beliau terlibat dalam peperangan menentang penjajah yang cuba menjajah Somalia. [Silsilah Alam Al-Ma’rifah Al-Kuwaitiyya 223 oleh Dr. Abdullah Abdul Razak]

* Ahmad Arabi As-Sufi (1911M): Beliau terlibat dalam kebangkitan umat Islam dalam melawan penjajah. [Kitab Al-Islam wa Harakaat At-Taharrur Al-‘Arabiyyah m/s 42 oleh Dr. Syauqi Abu Khalil]

* Sheikh Farhan As-Sa’di”: Beliau terlibat dalam peperangan di Palestin menentang penjajah Inggeris. Beliau dari keluarga As-Sa’diyyah Al-Jibawiyyah, suatu keluarga sufi di Palestin [Majalah Syu’un Falastin no 124 m/s 22]

* Sheikh Izzuddin Al-Qassam (m: 1935 M): Beliau seorang sufi yang terlibat dalam jihad di Palestin. Beliau seorang sheikh bagi tarikat Syaziliyyah. Ayahnya juga seorang sufi yang sangat beriltizam dengan tarbiah sufi. [Kitab Al-I’lam As-Syarqiyyah oleh Zaki Muhammad Mujahid 2/139]

* Sheikh Muhammad Badruddin Al-Hasani: Beliau berketurunan Imam Al-Jazuli. Beliau merupakan seorang murobbi sufi tarikat Qadiriyyah. Beliau terlibat dengan kebangkitan umat Islam melawan musuh-musuh Islam khususnya di Syria. [Tarikh Ulama’ Dimasyq 1/472]

* Sheikh Muhammad Sa’id Al-Burhani (m: 1967 M) Beliau merupakan seorang murobbi tarikat Syaziliyyah di Damsyiq. Beliau terlibat dalam peperangan melawan musuh-musuh Islam dan penjajah di Syria [Al-‘Alaam 6/145]

* Sheikh Abu Al-Yasar ‘Abidin An-Naqsyabandi: Beliau terlibat dalam perperangan melawan musuh Islam di Syria [Tarikh Ulama’ Dimasyq 2/969]

* Sheikh Sufi Ali Ad-Daqar (m: 1943 M): Beliau seorang ulama’ sufi yang terlibat dalam pegerakan kebangkitan masyarakat Arab [Al-Islam wa Harakat At-Taharrur Al-‘Arabiyyah m/s147]

* Sheikh Izzuddin Al-Jaza’iri (cucu Sheikh Abdul Qadir Al-Jaza’iri): Beliau seorang ulama’ sufi yang terlibat dalam jihad melawan musuh Islam [Tarikh At-Thaurah As-Suriyyah m/s 619]

* Sheikh Muhammad Al-Hamid An-Naqsyabandi (m: 1969 M): Beliau juga seorang ulama’ sufi yang terlibat dalam jihad melawan penjajah dan musuh Islam [Silsilah A’laam Al-Muslimin Dimasyq m/s 37]

* Muhammad Abdul Karim Al-Khattobi: Beliau juga seorang ulama’ sufi yang terlibat melawan penjajah Perancis [Al-Maushu’ah Al-‘Askariyyah]

* Sheikh Manshur Asyramah An-Naqsyabandi: Seorang tokoh sufi yang terlibat dalam peperangan di Chehnya dengan melawan tentera Rusia pada tahun 1971 M.

* Sheikh Khos Muhammad Afendi An-Naqsyabandi: Beliau juga terlibat dalam peperangan di Chehnya.

* Sheikh Fadhl Umar Mujaddidi An-Naqsyabandi: Beliau terlibat dalam jihad melawan British pada tahun 1921 M.

* Sheikh Arsyad Thawil Al-Bantani (m: 1935 M): Beliau seorang ulama’ yang terlibat dalam jihad di Banten [rujuk tulisan Al-Marhum Ustaz Wan Muhammad Shaghir Abdullah]

* Sheikh Abdul Shamad Al-Falambani: Beliau seorang ulama’ sufi yang turut terlibat dengan jihad melawan musuh-musuh Islam [rujuk tulisan Al-Marhum Ustaz Wan Muhammad Shaghir Abdullah]

* Sheikh Raja Haji: Beliau antara tokoh sufi di tanah Melayu yang terlibat melawan penjajah di Nusantara

Dan sebagainya….

Sumber : Http://Mukhlis101.Multiply.Com

Tuesday, March 23, 2010

Sahabat Ukhrawi

Bismillahir Rahmanir Rahim


"Faiz, aku lemah, jahat... Langsung tak beramal dengan ilmu yang ada..."
Aduan sahabatku kepada aku setelah menceritakan masalahnya. Sedangkan sahabatku yang aku kenal ini adalah seorang yang hebat, berjiwa besar, dan 'abid yang tekun. Dia melihat diri dia ini lemah, tetapi sebenarnya bukan, dia tidak lemah. Malah dia lagi mulia daripada aku pada pandangan Allah. Aku cuba menenangkan hatiya walaupun aku bukanlah orang yang selayaknya untuk menasihatinya...

"Aku takut la Faiz, takut... takut aku akan disoal atas perbuatanku ini"
Aduan sahabatku yang lain. Walaupun perbuatan yang sedang dilakukannya itu bukanlah perkara jahat. Malah perbuatan yang disukai oleh Allah.

"Aku tak yakin la, takut aku tak dapat buat..."
Seorang lagi sahabatku yang meluahkan rasa tidak yakinnya terhadapku. Sedangkan orang ini pemikir yang hebat, dan apabila datang tugas, dia melaksanakannya dengan ikhlas dan bersungguh...

Aku seorang hamba yang kosong...

Ya Allah, kurniakanlah kepada ku teman-teman akhiratku di dunia ini,
Adapun teman-teman duniaku ini, jadikan mereka ini temanku di akhirat.
Jadikanllah hidup akhirat kami adalah hidup di syurga.
Wahai yang Maha Pengampun, ampunilah daku, ampuni kedua ibu bapa ku, ampuni guru-guru ku, ampuni sahabat-sahabat ku...

Amin~

Wednesday, March 10, 2010

Kalimah Allah

Isu Kalimah Allah

Beberapa bulan yang lalu, hangat didebat tentang isu kalimah Allah yang digunakan oleh pihak gereja. Tapi harap-harapnya, sepanjang berlakunya perselisihan pendapat dan pandangan, tidak berlaku sesuatu yang boleh memecah belahkan umat islam sendiri. Supaya sejarah buruk kejatuhan umat islam tidak akan berulang. Kerana saya percaya, isu ini sengaja ditimbulkan oleh pihak yang ingin melihat kehancuran islam, melihat umat islam berbalah sedangkan mereka hanya melihat dan mencari peluang... Wana'uzubillah~

Lambang kebesaran Allah

Walaupun topik kali ini berbaur isu yang hangat dikatakan beberapa bulan lau, tetapi sebenarnya saya tidak ingin membincangkan isu tersebut. Cuma saya teringat kisah-kisah ajaib yang terpaparnya kalimah Allah di tempat yang di luar jangkaan kita, seperti badan kucing, lembu, awan, laut, pokok, dahi orang, dan lain-lain lagi.

Ketika semester pertama dan tahun pertama di Pusat Asasi UIA PJ, terdengar kisah daripada seorang sahabat tentang kalimah Allah tertera di awan, dia melihatnya dengan matanya sendiri. MasyaAllah Tabarakallah, saya amat kagum sekali mendengarnya. Dia adalah orang yang dipilih oleh Allah. Sama juga dengan kisah yang sangat popular di mata dunia dahulu kala, tertera kalimah Allah pada ombak ketika tsunami melanda di Acheh, Indonesia. Sungguh, Allah Maha Besar... Baru sahaja tadi, mak saudaraku menceritakan kepadaku bahawa dia telah melihat seekor kucing yang terdapat kalimah Allah pada badannya yang sedang berada di atas kubur. Ketika dia menziarahi kubur kakaknya yang baru sahaja kembali tahun lepas. Sangat beruntung melihat kebesaran-Nya.

Saya juga pernah melihat video seorang yang sedang menyampaikan kuliah@tazkirah di masjid. Secara tiba-tiba sahaja penceramah tersebut kelihatan lemah, sesak nafas, dan kemudian jatuh. Apabila di ulang tayang video tersebut, tidak sangka, dahinya yang bertanda hitam semakin hampir dengan saat kematiannya, semakin jelas kalimah Allah di dahi beliau... Agak-agaknya itulah yang dikatakan husnul khatimah. Subhanallah.

Harapan
Kejadian-kejadian sebegini mungkin kebetulan bagi sesetengah orang. Walaupun ianya kebetulan, ianya tetap dirancang oleh Allah. Cuma terpulang kepada kita untuk sekadar melihatnya atau renung dan fikir, kerana Allah Maha Mengetahu, Maha Kekal.
Saya kadang-kadang merenung. Bila aku akan dipilih oleh Allah untuk melihat kalimah-Nya dengan mataku sendiri secara live. Hatiku ingin sangat melihat kebesaran-Nya, tetapi aku masih belum dipilih oleh Allah untuk melihat kebesaran-Nya itu. Mungkin disebabkan dosa-dosa ku yang menyebabkan aku tidak terpilih untuk menatap kebesaran-Nya.

Ya Allah,
Ampunilah dosa-dosa ku, pilihlah aku supaya dapat melihat kebesaran Mu.
Ya Allah, makbulkanlah doa ku... Allahumma Amiin...

Monday, March 8, 2010

Ceramah Maulid & Kes Fitnah

Bismillahir Rahmanir Rahim

Pada kebiasaannya setiap hari ahad akan diadakan kuliah maghrib oleh Ustaz Azhar yang mensyarahkan kitab Fardhu 'Ain Lengkap oleh Imam As-Syafi'e bertempat di Surau Ikhwan Flat Gelong Bilal, Kuala Terengganu. Tapi tidak kali ini(7 Mac 2010), kerana dianjurkan satu forum khas bertajuk bujet 2010 kesan kepada rakyat. Forum tersebut dikendalikan oleh 3 orang panel iaitu Ustaz Azhar, YB Dr Syed Azman Syed Ahmad dan YB Saifuddin Nasution.

 Penulis sampai di surau tersebut pada waktu maghrib dengan luasnya yang kini amat berbeza daripada dahulu. Kerana dahulunya luas surau itu amat terhad sehingga memaksa sebahagian makmum menunaikan solat di bahagian luar. Alhamdulillah, pihak surau telah mengambil langkah yang amat baik demi kebaikan penduduk dan tetamu-tetamu Allah untuk meluaskan surau tersebut. Pada setiap hari ahad, bilangan tetamu Allah yang hadir memang ramai kerana hendak mendengar kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Azhar, ustaz yang sangat mahir dalam menjawab ilmu hukum-hakam (fekah) dan ustaz yang terkenal dengan cara penyampaiannya yang disukai oleh semua golongan, tidak kira mat rempit, golongan kaki masjid, muda dan tua.

Maulid

Sambung balik cerita, apa yang nak disampaikan disini sebenarnya adalah perjalanan penulis... Sampai sahaja ke surau tersebut, terdengar ceramah sampingan oleh Ustaz Nafizul yang baru sahaja pulang daripada Mesir sementara menunggu waktu Isya'. Antara pengisian yang disampaikan oleh Ustaz berkenaan sirrah Muhammad S.A.W. bersempenakan maulidur Rasul, bagaimana terkhabarnya berita Nabi Muhammad yang akan lahir pada 12 Rabi'ul Awwal.

Antaranya mimpi oleh Siti Aminah didatangi malaikat, peristiwa Nabi Isa A.S. menyebut kedatangan seorang bernama Ahmad, dan Buhaira, seorang ahli kitab yang bertemu dengan Baginda bersama bapa saudaranya. Diceritakan juga bagaimana mulianya Baginda yang senantiasa dipelihara oleh Allah sehingga diriwayatkan dimana sahaja Baginda berjalan, awan sentiasa mengikutnya. Selain itu, berbagai lagi peristiwa setelah kelahiran Nabi yang memberi banyak ma'na yang bermanfa'at seperti kedatangan Baginda kepada Halimatus Sa'diah yang menyebabkan tanaman dan peliharaannya menjadi subur dan bertambah. Juga kisah Baginda dibedah oleh Malaikat untuk dibersihkan hatinya dengan air zam zam. Dan banyak lagi ceritanya,...

Penyampaiannya menyebabkan saya terfikir, adakah aku ini sayang kepada Muhammad S.A.W sebagaimana sayangnya Baginda kepada semua umatnya (termasuk penulis ini)? Adakah ada bukti cinta aku kepada Nabi?
*Sedih dan insaf...

Dalam penyampaiannya, diselitkan juga beberapa fatwa yang dikeluarkan oleh ulama besar bahawa menyambut maulidur Rasul adalah perkara yang baik (bukan bid'ah buruk)... antaranya Syeikh Ali Jum'ah, Dr Said Ramadhan Al Buti, ulama Al-Azhariyyah, dan lain-lain lagi.

Kes Fitnah

Selepas ceramah tersebut, datang dua orang YB antaranya adalah YB Saifudin Nasution ingin mengulas kes yang selalu diikut dan dikajinya tentang isu 'fitnah' liwat oleh Anwar bin Ibrahim. Beliau banyak berbicarakan tentang fakta, dan memang fakta yang tidak dinyatakan dalam akhbar-akhbar. Antara fakta yang disampaikan, 2 hari sebelum tarikh yang didakwa Saiful Bahri iaitu 26hb, Saiful telah berjumpa dengan Najib (pada 24hb). Dua tujuan yang dinyatakan kenapa Saiful berjumpa dengannya, 1. kerana ingin berbincang berkenaan biasiswa (pada masa itu Saiful telah dibuang universiti kerana CGPAnya dibawah 2.00) dan 2. didakwa Saiful mengadu beliau diliwat (dalam kes disebut beliau diliwat 26hb). 


Kemudian, Saiful Bahri sendiri berjumpa dengan seorang doktor berwarga Myanmar di Hospital Swasta. Dengan tujuan mencari bukti beliau diliwat oleh Anwar. Keputusan yang dikeluarkan oleh doktor berkenaan bahawa tiada bukti beliau diliwat. Oleh kerana keputusan yang dikeluarkan oleh hospital swasta tidak boleh dijadikan bahan bukti, maka beliau sekali lagi dibawa ke hospital kerajaan Kuala Lumpur. Sekali lagi beliau diperiksa oleh 3 orang doktor, dua orang cina dan satu melayu. Keputusan yang dikeluarkan adalah tidak ada bukti klinikal berlaku tembusan(diliwat)... Berikut adalah fakta yang dinyatakan.

Anwar Ibrahim sendiri pernah ditahan oleh polis yang bertopeng hitam, janji yang dibuat adalah pukul 2 petang, tetapi Anwar Ibrahim diserbu oleh sekumpulan polis adalah sebelum zohor. Beliau ditahan kerana hendak diambil DNA, sedangkan bukti DNA beliau telah ada dan telah diperoleh dahulu pada tahun 1986*(tak pasti, lebih kurang tahun tu kot). - fakta

Yang terbaru, Anwar Ibrahim sendiri selepas letih bertarung didalam mahkamah yang secara jelas berberat sebelah kearah Saiful Bahri (disebabkan oleh hakim yang tidak adil) sedangkan kebenaran fakta berpihak kepada Anwar Ibrahim... Beliau sendiri dan beberapa orang pergi meminta nasihat dan pendapat oleh beberapa ulama-ulama besar, seperti Syeikh Ali Jum'ah(Mufti Mesir), Syeikh Yusuf Al-Qardhawi, dan lain-lain. Fatwa terbaru yang dinyatakan sendiri oleh Syeikh Yusuf Al-Qardhawi adalah

"Barangsiapa yang merencana akan fitnah seperti ini, Munafiq" 

ada juga yang penulis dengar

"Barangsiapa yang percaya akan fitnah ini, Fasiq" 

Tidak pasti mana satu antara dua fatwa tersebut, tapi sudah tentu salah satunya adalah benar. Demikian lah lebih kurang fakta yang disampaikan.

Antara yang selalu ditekankan oleh YB tersebut, "Ini bukan lagi kes peribadi Anwar". Memang benar apa yang dinyatakan. Kerana kita sendiri telah maklum akan hadith yang mesti bagi kita mengambil tahu akan isu umat.

Solat hajat

Selesai ceramah dan ucapan, solat isyak diteruskan dan disusuli dengan solat hajat berjema'ah bertujuan untuk diberi kekuatan kepada Anwar Ibrahim sekeluarga menempuhi cabaran fitnah ini... Akhir kalam, harapnya penulis bercerita dengan tidak menyebelahi sebelah pihak, akan tetapi penulis cuba bercakap dengan kebenaran ilmu yang ada dan bukannya emosi. Moga kebenaran terserlah, amin. [p/s : Gambar ada dalam handset, xdapat nak upload...]

forum tersebut boleh dengar sini




wAllahua'lam

Friday, February 12, 2010

Minda Haraki Jiwa Sufi

 Siapakah Sultan Muhammad Al Fateh? Apakah kehebatan beliau dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut. Jawapannya, adalah faktor keseimbangan dan ketinggian Spiritual Quotient(SQ) dan Intellectual Quotient(IQ) menjadi hujjah kebanyakan penganalisis sekarang. Atau dengan kata lain, minda haraki jiwa sufi. Benar sekali. Adapun begitu, sejauh manakah kita mengambil iktibar?

Mengenang kembali bagaimana Sultan Muhammad Al-Fateh, (nama yang tidak asing lagi di kalangan pemuda-pemuda, terutamanya golongan-golongan mahasiswa) telah menawan Kota Constantinople, sehinggakan nama Sultan Muhammad Al-Fateh sangat tersohor bukan sahaja dalam kalangan muslimin malahan di seluruh mata dunia yang celik. Memang shahih apa yang disabdakan oleh Muhammad S.A.W :
“..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”

Peristiwa pertama :
Beliau adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda beliau, Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik beliau yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini beliau telah matang menangani tipu helah musuh. Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan. Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.

Peristiwa kedua :
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan setelah tertawan Kota Constantinople, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali.

Kesimpulan :
Sesiapa sahaja perlu mengambil peranan dalam membina kerohanian diri, dan juga kesungguhan mengharakikan diri kita dalam membuat kajian, dan mempelajari ilmu-ilmu kepimpinan. Tapi malang sekali sesetengah golongan hanya menumpukan dalam pembinaan kerohanian diri dan meninggalkan ilmu lain, adapun golongan yang hanya menumpukan ilmu-ilmu haraki, tetapi ilmu kerohanian sangat lemah. Berikut adalah perkara sebenar yang berlaku dan menjadi punca dalaman ataupun konflik dalaman dalam sesebuah organisasi. Betapa hebatnya syaitan, apabila kita dalam keadaan bersemangat juang yang berkobar-kobar, turun berdemonstrasi menyatakan kebenaran, tidur lewat kerana hendak bermesyuarat tentang perihal gerak kerja, dan lain-lain, pada masa yang sama syaitan telah pengaruh dan menipu kita supaya solat 'subuh gajah' dengan tidak sengaja malah yang lebih teruk sampai perlu qadha' solat subuh. Belum menyentuh lagi perihal amalan-amalan sunat seperti solat berjema'ah dan lain-lain. Termasuklah, tuntutan ilmu fardhu 'ain yang diabaikan semata-mata perjuangan haraki, ilmu kerohanian(tasawwuf) tidak mahu dipelajari, hanya mendengar pengisian haraki daripada golongan kita tetapi tidak tergerak hati ingin menghadiri majlis yang menguatkan rohani kita, kita banyak memperjuangkan kesyumulan islam tapi mana hakikat kita mempelajari syumulnya islam melalui ilmu termasuk ilmu fekah, tasawwuf, haraki dan lain2,
"Syaitan telah menguasai mereka, lalu menjadikan mereka lupa mengingati Allah, mereka itu penyokong syaitan. Ketahuilah, bahawa penyokong syaitan itulah golongan yang rugi". (al-Mujadilah: 19)
Akhir kalan, marilah renungkan kata hikmah daripada salah seorang ulama' berpengaruh, Syeikh Imam Syahid Hassan Al-Banna:
“Sebelum kau ingin membina Negara Islam pada bumi ini, binalah Negara Islam dalam dirimu dahulu.”
 Wallahua'lam

Monday, January 11, 2010

Majlis 'Ulama bersama Habib 'Umar bin Hafiz

Tanggal 10/01/2010 telah berlangsung satu majlis akbar bersama 'ulama... bersempena program lawatan dakwah dan ilmiah oleh ad-da'ie al-musnid al-haafiz al-murabbi Al-Habib 'Umar bin Hafiz bin As-Syeikh Abi Bakar bin Salim...
Hujan turun pada waktu itu telah menandakan rahmat dan barakat yang diturunkan Allah, masyaAllahu tabarakallahu ta'ala~

Sampai sahaja ke masjid al-falah, alunan wiridul latif dan hizbul bahr bergema. Ketika itu lebih kurang jam 6.30 petang. Tenang terasa di hati, dicampur dengan hadirin dan hadirat yang berpakaian bersih, suci dan mengharumkan dan suasana masjid yang indah... Berikut sedikit perkongsian gambar, moga mendapat ketenangan dengan hanya melihat wajah-wajah mereka yang penuh dengan nur keimanan






 Terima kasih kepada semua pihak masjid termasuk Ustadzuna Muhadir bin Joll yang bertungkus lumus demi menjayakan majlis yang sangat barakah ini, jazakumullahu khairan kathiran...

Tidak lupa juga kepada penyampaian kuliah subuh oleh Habib 'Umar bin Hafiz juga pada subuh tadi di masjid UIA Gombak, yakni pagi sebelum majlis di masjid al-falah. Ketika itu sempat beliau dan saya menghulurkan tangan. MasyaAllah, alhamdulillah kerana diberi kesempatan oleh Allah untuk bersalaman dengan salah seorang keturunan salasilah Rasulullah SAW yang sangat kita cintai...


Thursday, October 29, 2009

Kembara Cuti Seorang Siswa 1

"Assalamu'alaikum..." 
Demikian perkataan pertama yang diluahkan oleh saya apabila menjejak masuk ke dalam rumah. Sudah menjadi kebiasaan keadaan yang sedikit sunyi selepas subuh, lebih-lebih lagi di hari jumaat (hari cuti bagi terengganu). Tanggal 9hb Ogos 2009, maka bermulalah kembara cuti seorang siswa. Sudah pasti tertanam dalam jiwa saya keinginan supaya memanfaatkan sebaik-baiknya masa cuti ini dengan aktiviti-aktiviti yang insyaAllah dikira sebagai ibadah. Sesungguhnya demi masa manusia itu dalam kerugian bak kalam daripada al-Quran al-Karim.
Berikut tersenarai aktiviti yang saya lalui...


1. Kembara sebagai fasilitator program sebuah ma'ahad di Tok Jiring (9hb Ogos, 2009)

Sebaik hari pertama di rumah, saya hanya sempat meluangkan masa beberapa jam di dalam rumah. Selepas lelap seketika pada waktu syuruk, sarapan tidak dikenakan kerana sudah tertanam niat untuk berpuasa pada hari tersebut. Lalu meminta izin daripada emak untuk keluar menuju ke destinasi tersebut. Jam pada waktu itu sekitar 9 pagi. Alhamdulillah walaupun ada sedikit masalah untuk mencari destinasi, tetapi dengan bantuan sahabat saya, 'Abdul Muntaqim, sampai ke destinasi dengan selamat walaupun sedikit lewat.

Dipendekkan cerita, walaupun program tersebut sebenarnya berlangsung selama 3 hari tetapi disebabkan sedikit masalah rumah tangga (jangan salah faham, status saya masih bujang), jadi masa yang sempat diluangkan hanya sehari. Apa-apa pun satu pengalaman yang saya kira amat berguna insyaAllah. Program tersebut juga sebenarnya bertujuan untuk membersih hati pelajar-pelajar supaya membentuk seorang muslim yang sejati dimana aqidahnya sejahtera, ibadahnya sahih, dan akhlaqnya mantap.

Apa yang hendak di kongsi disini adalah walaupun kehidupan kita di sekolah @ universiti @ mana-mana institusi pengajian diselangi dengan subjek Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah, Tasawwur dan lain-lain. Namun demikian hanyalah teori sebenarnya. Tidak cukup untuk hati ini dididik dengan perkara-perkara teori tanpa menyertai program-program yang dianjurkan bagi mempraktikkan ilmu di otak. Ilmu akan bermanfaat sekiranya ianya diamalkan dan disebarkan kepada orang lain.
Selain itu, bila mana ada peluang, terus manfaatkan peluang tersebut. Bak sebuah analogi, seorang yang sedang memancing terus menarik pancingannya apabila dirasakan ada sesuatu yang tersangkut di mata kail. Walaupun tidak tahu barangkali ikan, atau mungkin sisa-sisa buangan tetapi usaha diperlukan untuk mencuba nasib yakni dengan menarik pancingan tersebut.
Perkara yang sama walaupun untuk mendapat peluang tersebut, saya berasa malas. Tetapi fikirkanlah mana yang lebih baik. Terus memalaskan diri atau korbankan masa untuk menjadi seorang insan yang bermanfaat kepada orang lain insyaAllah sebagaimana hadith,

"Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (HR. Bukhari dan Muslim)
Berikut sedikit gambar yang hendak dikongsi,


(to be continued...)

Sunday, September 27, 2009

Tetamu bernama Syawal

Ahlan Wasahlan ya Syawal, wailalliqa' Ramadhan.

Alhamdulillah kerana Allah ta'ala telah memberi nikmat kehidupan kepada diri saya sendiri selepas dua nikmat terbesar disisi Allah iaitu iman dan islam. Sesungguhnya tanpa nikmat iman dan islam, diri ini tidak akan mampu berada di hadapan laptop untuk menulis blog yang sudah sekian lama ditinggalkan. Allah ta'ala juga telah memberi saya nikmat untuk menikmati keberkatan ibu segala bulan, Ramadhan AlMubarak sepertimana yang kita tahu terdapat banyak ganjaran yang 'special' buat umat Muhammad S.A.W antaranya,
pahala fardhu digandakan 70x,
pahala sunat menjadi fardhu,
syaitan diikat,
terdapat nuzul Quran,
terdapatnya malam lailatul qadr,
dan lain2...
dan saya memohon ke hadrat ilahi supaya diri ini dapat bertemu lagi dengan Ramadhan.

Sedar tak sedar, sebenarnya kita telah habis fasa Ramadhan, dan kini telah tiba Syawal menjemput kita untuk meneruskan pengabdian kita kepada Allah yang menjadi tujuan hidup manusia dan jin dimuka bumi ini.

Firman Allah “Azza wa jalla’:

“Kecuali puasa, kerana sesungguhnya puasa itu untukKu. Maka Akulah yang akan melimpah-ruahkan ganjarannya, dia rela meninggalkan keinginan syahwatnya dan makan minumnya semata-mata keranaKu. Bagi orang yang berpuasa itu dua kegembiraan:
Kegembiraan di kala berbuka dan berhari raya serta kegembiraan di kala bertemu dengan Tuhannya. Bau mulut orang berpuasa itu adalah lebih harum di sisi ALLAH daripada keharuman bau kasturi.”
(Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)




*************************************************************************************


Ingat kembali lebih sebulan yang lalu, kita telah didatangi oleh dua orang tetamu, di hadapan kita bernama Nur Ramadhan dan di belakangnya bernama Nur Syawal. Nur Ramadhan sangat hampir kepada kita dengan keadaan yang tua dan kurus keringnya manakala di belakang yang masih jauh berbatu2 tetapi masih segar pada penglihatan kita seorang bernama Nur Syawal itu, seorang yang segar dan kuat.
Sedarkah kita wahai saudara/i sekalian, tetamu dihadapan kita iaitu Nur Ramadhan telah diendahkan dan kita hanya memandang seorang lagi tetamu yang jauh. Patutkah kita?
Kalau mengikut adabnya sudah tentu kita perlu memuliakan tetamu yang dekat dengan kita, bukan kerana Nur Ramadhan lebih mulia tetapi kerana dia lebih dekat dengan kita. Tidakkah begitu?
Tetapi pada hakikatnya saudara fikirkanlah sendiri apa yang anda telah buat terhadap tetamu kita yang dihadapan itu. Kalau betul, betullah tindakan kita. Kalau salah, kesal lah...



Sekarang kita telah meninggalkan Nur Ramadhan, dan tiba masa kita melayan dan memuliakan tetamu seterusnya, Nur Syawal. Ingatkah saudara/i sekalian, pada masa kita menyambut tetamu yang tua tadi, kita menyambutnya dengan memperbanyakkan amal-amal ibadat kita bersamanya, termasuklah berlapar bersama, bertadarus bersama, bersolat fardhu bersama, bersolat sunat bersama, dan kita bangun malam... Dan kini bersama tetamu yang muda kita bersuka ria dengannya, kita telah lupa segala amal-amal yang kita buat bersama situa tadi.
Kita menyanyi mendendangkan lagu hampir tiap-tiap masa kita bersamanya tapi kita tidak lagi bertilawah.
Kita makan kuih-muih, dan lain sehingga kenyang yang melampau tapi kita tidak lagi berlapar.
Kita sibuk menziarahi tapi kita tidak lagi menziarahi masjid dan bersolat bersama.
Kita tidur kekenyangan tapi kita tidak lagi bangun malam.
Kita ziarah rumah kekasih dan ajak dating tapi kita tidak lagi dating dengan tuhan kita...

Sedarkah kita wahai saudara/i sekalian, begitukah kita menyambut tetamu bernama Syawal? Sangat jauh layanan kita terhadapnya berbanding tetamu sebelumnya. Seharusnya kita perlu melayan tetamu baru kita dangan layanan yang lebih kurang serupa, jikalau tidak mampu. Beramallah dengan amalan yang sedikit tetapi pastikan berterusan. Daripada Aisyah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda,

"Tingkatkanlah amalanmu dengan baik, atau lebih dekatlah kepada kebaikan, dan bergembiralah, kerana amalan seseorang itu tidak dapat memasukkannya ke dalam syurga. Para sahabat bertanya, "Adakah amalanmu juga begitu, wahai Rasulullah"? Jawab Rasulullah SAW: "Amalanku juga begitu. Tetapi Allah melimpahiku dengan rahmat-Nya. Ketahuilah, sesungguhnya amalan yang paling disukai oleh Allah SWT ialah amalan yang dikerjakan secara berterusan walaupun sedikit". (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Bersama dengan Ramadhan, kita berusaha untuk bangun malam tetapi salahkah kita jika dikala kita bersama dengan Syawal, kita bangun malam. Luangkan masa dengan ikhlas sepertimana hadith. Daripada Abu Umamah r.a Rasulullah SAW bersabda,

"Barang siapa yang melaksanakan qiamullail pada dua malam Eid (Aidil Fitri dan Aidil Adha), dengan penuh keikhlasan kerana Allah SWT, hatinya tidak akan mati pada hari matinya hati-hati manusia." (riwayat Ibn Majah)

Dan ingatlah Rasulullah pernah mengutuk amalan yang tidak istiqamah. Daripada Abdullah bin Amr ibn al-As berkata, Rasulullah SAW bersabda,

"Wahai Abdullah, janganlah engkau seperti si pulan, suatu ketika dahulu dia melakukan solat malam (tetapi sekarang) dia tidak melakukannya lagi." (riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Serta bersama Syawal, marilah kita berpuasa enam hari dimana ianya disunatkan bagi mengembalikan semangat-semangat kita bersama Ramadhan dahulu. Daripada Abu Ayyub Al-Ansari r.a sesungguhnya dia telah dikhabarkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,

"Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringi puasanya dengan enam hari dari bulan Syawal, maka (pahalanya) seolah-olah berpuasa selama setahun." (riwayat Muslim)

Sekarang Syawal sudah beberapa hari bersama kita. Jom kita memuliakan Syawal sepertimana kita menggembirakan Ramadhan. Jadikanlah Ramadhan inspirasi kita untuk bersama-sama dengan Syawal dan juga tetamu-tetamu lain... InsyaAllah.

Akhir kata, maaf kepada semua. zahir dan batin. harap dihalalkan segala yang berpunca daripada diri saya ini. ikhlas ana memohon ampun. selamat menyambut kemenangan 'aidil fitri...

Friday, August 21, 2009

Fitrah manusia

Salam, tanggal jam 12pm tadi seperti biasa ana menghadirkan diri ke majlis talaqqi ust muhaddir joll. Majlis talaqqi tersebut insyaAllah diadakan tiap2 hari jumaat sblm solat jumaat.
Tajuk kali ni adalah berkenaan ramadhan, raja segala bulan, bulan yang penuh berkatnya. MasyaAllah indahnya ramadhan seperti yang diceritakan oleh ust.
Kemudian, setelah masuk sesi soal jawab terdapat satu kertas yang bertanyakan tentang hadith yang mengatakan perempuan menutup aurat sepenuhnya tetapi bertelanjang, mungkin ini adalah hadith yang dimaksudkan,

"Dua golongan termasuk penghuni neraka yang belum pernah aku lihat seperti mereka; iaitu sekumpulan orang-orang yang pada diri mereka terdapat cemeti seperti ekor sapi. Mereka memukul manusia dengan cemeti itu, dan para wanita yang berpakaian tapi seperti telanjang, membuka kain penutup dan berjalan melenggang-lenggok, di atas kepalanya seperti mahkota penyanyi yang melenggang lenggok. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mendapat baunya. Sesungguhnya bau syurga dapat diperolehi dengan cara begini dan begitu."
(Riwayat Muslim)

kemudian dia menyambung dengan tulisan yang lebih kurang -
macamana dengan saya pula ustaz yang memakai tudung tutup aurat tapi kainnya jarang sehingga menampakkan leher, adakah ini yang dimaksudkan dengan telanjang? jikalau benar, minta ust doakan supaya saya diberi hidayah kekuatan untuk menutup aurat sepenuhnya...

MasyaAllah, ustaz menjawab bahawa jawapannya telah dijawab oleh pengemuka soalan tadi. kemudian semua hadirin yang hadir mengucap Allahumma Amin...
Moga Allah mengkabulkan doa seorang hamba ni...

Memang tak dapat nak nafi bahawa fitrah manusia yang inginkan sesuatu yang baik. Ana yakin bahawa semua muslimin hatta fasiqin pun ingin kan ke arah syurga. Cuma yang menjadi penghalangnya adalah nafsu dan syaitan. Nafsu dan syaitan ni la yang kadang2 melupakan kita arah tujuan kita... Jadi penting bagi kita supaya berpesan pesanan...

"Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." (Al-'Asr 3)

Wallahua'lam

Wednesday, July 22, 2009

Tuesday, July 14, 2009

11 - 1 = 10 [Tribute]

Assalamualaikum, salam sejahtera... sekarang jam menunjukkan pukul 3.37 am dan pada kebiasaannya ana telah melelapkan mata pada waktu ini. Tetapi tidak pada malam ini kerana ade kerja yang baru sahaja dibereskan tadi, alhamdulillah... fuh..

11-1=10. ape mksudnya ini? huhu...

11 : bilangan asal ahli bilik ana
1 : seorang hamba Allah
10 : bilangan terkini ahli bilik ana

pada post kali ni ana ingin sekali memperkenalkan kt ntum semua tentang sahabat ana yang bernama Nur Mohamad Adli (inilah yang dimaksudkan hamba Allah tadi), dimana beliau dahulunya sebilik dengan ana sejak mula2 belajar kat CFS IIUM neh. tetapi sekarang beliau telah memilih jalan istikharahnya untuk melanjutkan pelajaran di institut perguruan... ana terpaksa akur dengan istikharahnya, walaupun emosi hati tidak akur akan pemergian seorang shbat ana ni.

(Wahai Adli, izinkan ana bercerita sedikit tentang nta kat dalam blog ni yep)

First impression ana tentang seorang hamba Allah ni memang ana dah agak yang dia ni seorang yang bercakap banyak jugak la... Impression ana betul, namun cakap2nya bukan lah cakap yang kosong. malah tiap2 perkataan yang dikeluarkannya wajar diambil sebagai manfaat dan pengajaran.. Dia memang fasih bercakap tanpa segan silunya ber'dakwah fardhiyah' secara tak langsung. Setiap kata-katanya memang berhikmah dimana dia cuba untuk tidak menyinggung perasaan seseorang. Dia jugak antara orang yang terawal yang bangun subuh pagi.

Dalam bilik kami, Adli jugak adalah salah seorang penceramah atau pemberi tazkirah yang paling mantap. Memang tidak dapat dinafikan lagi, dia ni memang seorang yang berjiwa alim, serta abid. Dia ni jugak selalu memesan kat kami semua termasuk dirinya sendiri supaya bermuhasabah... Tentang pengabdiannya memang hebat dan rasanya ana tak perlu nak diceritakan, sebab ana khuatir penceritaan ana ni lebih membawa kepada keburukan daripada kebaikan.. Ana tidak berniat hendak memuji sebenarnya, tetapi sekadar tulisan daripada hati yang terkenang dekat seorang insan ni..
Itulah sedikit tentang sahabat ana yang telah seminggu meninggalkan kami sebilik...
Jikalau hendak diceritakan memang agak memerlukan masa yang lama, ana rasa cukup setakat ini sahaja penceritaan tentang sahabt ana ni..

Memang kami sedih dan memang pemergian Adli ni memberi kehilangan besar kepada kami sebilik... Namun apa pun sudah tentu ana doakan yang terbaik buat Adli, moga istiqamah dalam perjuangan... Akhir kata, maaf kerana penulisan hati ana ni tidak mantap dan maaf andai tidak dapat memberi 'feeling'... huhu

Mari kita melihat kepada mafhum hadis – suatu ketika Rasulullah sedang duduk bersama sahabatnya lalu rasulullah bersabda “Aku rindukan saudaraku” maka sahabat pun pelik dan bertanya bukankah kami saudaramu? Rasulullah menjawab “Tidak. Kamu adalah sahabatku,saudaraku adalah mereka yang datang selepasku, mereka beriman kepadaku tetapi mereka tidak pernah melihat aku sebelum ini.”

p/s : sedikit santapan mata :-


shahrul, helmi, adli, kufaiz, hafiiz. ada apa dengan budak baju ungu tu?


apai memakan garfu pada annual grand dinner ABC110 (majlis perpisahan)

Hafiiz, luqman, izwan dan adli nak bersantai jap...

helmi, masih ok?

bukan senang nak bergambar camni dengan timer tawhurm~

Sahabah