بسم الله الرحمن الرحيم


الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه

Tulisan ini bukanlah sumber pemberita, bukan jua sumber pengkritik, tapi hanya sekadar sedikit informasi yang insyaAllah shahih dan bermanfa'at. 'Ala kulli hal, jika terdapat sebarang kesalahan informasi harap dapat maklum kepada saya. Jazakallah. Kepada Allah jua kita kembali


Moga Allah memberkati segala huruf yang ada dalam blog ini.

Amin~

Labels

analogi (5) artikel (9) cerita (12) dakwah (18) IIUM (3) iklan (9) isu (9) majlis ilmu (6) misc (6) muhasabah (14) puisi (1) ulama (7) video (3)
Showing posts with label analogi. Show all posts
Showing posts with label analogi. Show all posts

Thursday, December 3, 2009

Rubik's Cube



Terasa jealous melihat seorang roomate bernama Hasnul dengan reaksi pantasnya memutar-mutar sebuah kiub, tak sampai satu minit dah tersusun cantik kiub tersebut. Kiub tersebut mungkin lebih dikenali di dunia luar sebagai Rubik's Cube. Disebabkan saya memang jenis yang suka menceburi bidang permainan yang memerlukan otak sebagai alat utama, maka dengan rela hati saya menawarkan diri untuk memahami, dan mempelajari steps on how to solve Rubik's Cube ni. Alhamdulillah, dalam anggaran masa lebih kurang 1 bulan saya berjaya menyelesaikan benda alah ni. Terima kasih buat Hasnul, dan juga Nazrin yang pernah memberi tunjuk ajar. Credits for them!

Kalau kita nak main benda alah ni, perlu ada ilmu dan kemahiran. Dengan adanya kemahiran, kiub ini dapat diselesaikan dan dikembalikan kepada fitrah bentuk asalnya. Bagi yang expert, tidak sampai beberapa minit, malahan beberapa saat sahaja, kiub ini dapat diselesaikan. Jikalau sebaliknya, orang yang langsung tidak ada ilmu dan kemahiran dalam menyelesaikan kiub ini, cuba nak menyelesaikan kiub ini. Jangan harap. Amat mustahil berlaku kebetulan berjaya menyelesaikan kiub ini. Malah bagaikan tikus membaiki labu. Mahu atau tidak mahu, perlu belajar dan memahami steps bagi menyelesaikan kiub ini. Kalau tak, makin teruk. Ataupun... orang yang hanya ada sedikit ilmu sahaja tentang kiub ini, maka hanya setakat itu sahaja yang mampu diselesaikan :)

Cuba kaitkan benda alah ini dengan diri kita, bayangkan rubik's cube ini adalah manusia, hamba Allah. manusia kalau nak dididik, ditarbiyyah, atau diajar, perlulah daripada orang yang ada ilmu dan kemahiran yang betul. Lagi elok kalau daripada golongan profesional dan expert dalam bidang ilmu tertentu yang mendidik kita (yang diibaratkan kiub). Kalau dididik oleh orang yang amatuer dalam bidang tertentu, khair sahaja, tapi ilmu atau didikan yang diperoleh tidak penuh. Tetapi, kalau dididik oleh orang yang jahil, tidak tahu, atau orang yang ilmunya salah. Maka kita akan menjadi makin hancur. Takut-takut tergolong dalam golongan sesat lagi menyesatkan. Wana'uzubillah. Sama-sama kita ambil manfaat analogi ini. Jadi pentingnya untuk kita berguru dengan guru yang betul, lebih-lebih lagi guru yang mahir dan pakar dalam bidang tertentu...

Wallahua'lam.

Thursday, October 29, 2009

Kembara Cuti Seorang Siswa 1

"Assalamu'alaikum..." 
Demikian perkataan pertama yang diluahkan oleh saya apabila menjejak masuk ke dalam rumah. Sudah menjadi kebiasaan keadaan yang sedikit sunyi selepas subuh, lebih-lebih lagi di hari jumaat (hari cuti bagi terengganu). Tanggal 9hb Ogos 2009, maka bermulalah kembara cuti seorang siswa. Sudah pasti tertanam dalam jiwa saya keinginan supaya memanfaatkan sebaik-baiknya masa cuti ini dengan aktiviti-aktiviti yang insyaAllah dikira sebagai ibadah. Sesungguhnya demi masa manusia itu dalam kerugian bak kalam daripada al-Quran al-Karim.
Berikut tersenarai aktiviti yang saya lalui...


1. Kembara sebagai fasilitator program sebuah ma'ahad di Tok Jiring (9hb Ogos, 2009)

Sebaik hari pertama di rumah, saya hanya sempat meluangkan masa beberapa jam di dalam rumah. Selepas lelap seketika pada waktu syuruk, sarapan tidak dikenakan kerana sudah tertanam niat untuk berpuasa pada hari tersebut. Lalu meminta izin daripada emak untuk keluar menuju ke destinasi tersebut. Jam pada waktu itu sekitar 9 pagi. Alhamdulillah walaupun ada sedikit masalah untuk mencari destinasi, tetapi dengan bantuan sahabat saya, 'Abdul Muntaqim, sampai ke destinasi dengan selamat walaupun sedikit lewat.

Dipendekkan cerita, walaupun program tersebut sebenarnya berlangsung selama 3 hari tetapi disebabkan sedikit masalah rumah tangga (jangan salah faham, status saya masih bujang), jadi masa yang sempat diluangkan hanya sehari. Apa-apa pun satu pengalaman yang saya kira amat berguna insyaAllah. Program tersebut juga sebenarnya bertujuan untuk membersih hati pelajar-pelajar supaya membentuk seorang muslim yang sejati dimana aqidahnya sejahtera, ibadahnya sahih, dan akhlaqnya mantap.

Apa yang hendak di kongsi disini adalah walaupun kehidupan kita di sekolah @ universiti @ mana-mana institusi pengajian diselangi dengan subjek Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah, Tasawwur dan lain-lain. Namun demikian hanyalah teori sebenarnya. Tidak cukup untuk hati ini dididik dengan perkara-perkara teori tanpa menyertai program-program yang dianjurkan bagi mempraktikkan ilmu di otak. Ilmu akan bermanfaat sekiranya ianya diamalkan dan disebarkan kepada orang lain.
Selain itu, bila mana ada peluang, terus manfaatkan peluang tersebut. Bak sebuah analogi, seorang yang sedang memancing terus menarik pancingannya apabila dirasakan ada sesuatu yang tersangkut di mata kail. Walaupun tidak tahu barangkali ikan, atau mungkin sisa-sisa buangan tetapi usaha diperlukan untuk mencuba nasib yakni dengan menarik pancingan tersebut.
Perkara yang sama walaupun untuk mendapat peluang tersebut, saya berasa malas. Tetapi fikirkanlah mana yang lebih baik. Terus memalaskan diri atau korbankan masa untuk menjadi seorang insan yang bermanfaat kepada orang lain insyaAllah sebagaimana hadith,

"Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (HR. Bukhari dan Muslim)
Berikut sedikit gambar yang hendak dikongsi,


(to be continued...)

Sunday, October 11, 2009

Pinggan dan Mangkuk


Pinggan dan Mangkuk kali ini menjadi tajuk kepada post terbaru saya. What is the 1st thing in mind that comes in yours when you see these 'pinggan dan mangkuk'?

Apabila pinggan dan mangkuk ini bersih, lihatlah gambar yang telah dipaparkan tersebut, alangkah cantiknya. Sejuk mata memandang. Terasa nyaman dihati.
Tetapi apabila pinggan dan mangkuk ini kotor dan tidak dibasuh, cuba anda bayangkan bagaimanakah rupanya? Tambahan lagi apabila pinggan dan mangkuk ini sudah hampir sebulan tidak dibasuh dan dibiarkan sampai pelbagai jenis serangga mengerumuninya... [Gambar tidak diupload kerana bimbang mengotorkan blog ini]

Sabda Muhammad S.A.W,

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati. (Riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim)

Pada hakikat, begitulah perumpamaan hati anugerah Allah Ta'ala ini dengan pinggan dan mangkuk. Kalau hati kita dijaga dengan amalan-amalan yang dapat menyucikannya, insyaAllah bersihlah hati kita. Malah kebersihan dan kesucian hati kita akan menyumbang kepada tingkahlaku, akhlak dan perlakuan kita yang sudah semestinya baik.

On the other hand, hati yang kotor dimana ianya diselaputi dengan amalan-amalan yang tidak disukai Allah seumpama dengan pinggan dan mangkuk yang kotor. Mungkin hati kita memang tidak dapat dielakkan dengan kemaksiatan seperti maksiat mata dan telinga lebih-lebih lagi di akhir zaman ini, tetapi kalau boleh janganlah biarkan hati kita dibiarkan begitu sahaja sepertimana diibaratkan pinggan dan mangkuk yang sudah lama tidak dibasuh. Makin lama hati kita tidak dibasuh, makin susah untuk menanggalkan kotoran tersebut. Sebab itu didunia sekarang amalan kebaikan hendaklah istiqamah walaupun sedikit. Dan ianya adalah amalan yang paling disukai oleh Allah.

Akhir kalam dengan satu lagi sabda nabi,


"Siapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah)

Sunday, September 27, 2009

Tetamu bernama Syawal

Ahlan Wasahlan ya Syawal, wailalliqa' Ramadhan.

Alhamdulillah kerana Allah ta'ala telah memberi nikmat kehidupan kepada diri saya sendiri selepas dua nikmat terbesar disisi Allah iaitu iman dan islam. Sesungguhnya tanpa nikmat iman dan islam, diri ini tidak akan mampu berada di hadapan laptop untuk menulis blog yang sudah sekian lama ditinggalkan. Allah ta'ala juga telah memberi saya nikmat untuk menikmati keberkatan ibu segala bulan, Ramadhan AlMubarak sepertimana yang kita tahu terdapat banyak ganjaran yang 'special' buat umat Muhammad S.A.W antaranya,
pahala fardhu digandakan 70x,
pahala sunat menjadi fardhu,
syaitan diikat,
terdapat nuzul Quran,
terdapatnya malam lailatul qadr,
dan lain2...
dan saya memohon ke hadrat ilahi supaya diri ini dapat bertemu lagi dengan Ramadhan.

Sedar tak sedar, sebenarnya kita telah habis fasa Ramadhan, dan kini telah tiba Syawal menjemput kita untuk meneruskan pengabdian kita kepada Allah yang menjadi tujuan hidup manusia dan jin dimuka bumi ini.

Firman Allah “Azza wa jalla’:

“Kecuali puasa, kerana sesungguhnya puasa itu untukKu. Maka Akulah yang akan melimpah-ruahkan ganjarannya, dia rela meninggalkan keinginan syahwatnya dan makan minumnya semata-mata keranaKu. Bagi orang yang berpuasa itu dua kegembiraan:
Kegembiraan di kala berbuka dan berhari raya serta kegembiraan di kala bertemu dengan Tuhannya. Bau mulut orang berpuasa itu adalah lebih harum di sisi ALLAH daripada keharuman bau kasturi.”
(Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)




*************************************************************************************


Ingat kembali lebih sebulan yang lalu, kita telah didatangi oleh dua orang tetamu, di hadapan kita bernama Nur Ramadhan dan di belakangnya bernama Nur Syawal. Nur Ramadhan sangat hampir kepada kita dengan keadaan yang tua dan kurus keringnya manakala di belakang yang masih jauh berbatu2 tetapi masih segar pada penglihatan kita seorang bernama Nur Syawal itu, seorang yang segar dan kuat.
Sedarkah kita wahai saudara/i sekalian, tetamu dihadapan kita iaitu Nur Ramadhan telah diendahkan dan kita hanya memandang seorang lagi tetamu yang jauh. Patutkah kita?
Kalau mengikut adabnya sudah tentu kita perlu memuliakan tetamu yang dekat dengan kita, bukan kerana Nur Ramadhan lebih mulia tetapi kerana dia lebih dekat dengan kita. Tidakkah begitu?
Tetapi pada hakikatnya saudara fikirkanlah sendiri apa yang anda telah buat terhadap tetamu kita yang dihadapan itu. Kalau betul, betullah tindakan kita. Kalau salah, kesal lah...



Sekarang kita telah meninggalkan Nur Ramadhan, dan tiba masa kita melayan dan memuliakan tetamu seterusnya, Nur Syawal. Ingatkah saudara/i sekalian, pada masa kita menyambut tetamu yang tua tadi, kita menyambutnya dengan memperbanyakkan amal-amal ibadat kita bersamanya, termasuklah berlapar bersama, bertadarus bersama, bersolat fardhu bersama, bersolat sunat bersama, dan kita bangun malam... Dan kini bersama tetamu yang muda kita bersuka ria dengannya, kita telah lupa segala amal-amal yang kita buat bersama situa tadi.
Kita menyanyi mendendangkan lagu hampir tiap-tiap masa kita bersamanya tapi kita tidak lagi bertilawah.
Kita makan kuih-muih, dan lain sehingga kenyang yang melampau tapi kita tidak lagi berlapar.
Kita sibuk menziarahi tapi kita tidak lagi menziarahi masjid dan bersolat bersama.
Kita tidur kekenyangan tapi kita tidak lagi bangun malam.
Kita ziarah rumah kekasih dan ajak dating tapi kita tidak lagi dating dengan tuhan kita...

Sedarkah kita wahai saudara/i sekalian, begitukah kita menyambut tetamu bernama Syawal? Sangat jauh layanan kita terhadapnya berbanding tetamu sebelumnya. Seharusnya kita perlu melayan tetamu baru kita dangan layanan yang lebih kurang serupa, jikalau tidak mampu. Beramallah dengan amalan yang sedikit tetapi pastikan berterusan. Daripada Aisyah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda,

"Tingkatkanlah amalanmu dengan baik, atau lebih dekatlah kepada kebaikan, dan bergembiralah, kerana amalan seseorang itu tidak dapat memasukkannya ke dalam syurga. Para sahabat bertanya, "Adakah amalanmu juga begitu, wahai Rasulullah"? Jawab Rasulullah SAW: "Amalanku juga begitu. Tetapi Allah melimpahiku dengan rahmat-Nya. Ketahuilah, sesungguhnya amalan yang paling disukai oleh Allah SWT ialah amalan yang dikerjakan secara berterusan walaupun sedikit". (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Bersama dengan Ramadhan, kita berusaha untuk bangun malam tetapi salahkah kita jika dikala kita bersama dengan Syawal, kita bangun malam. Luangkan masa dengan ikhlas sepertimana hadith. Daripada Abu Umamah r.a Rasulullah SAW bersabda,

"Barang siapa yang melaksanakan qiamullail pada dua malam Eid (Aidil Fitri dan Aidil Adha), dengan penuh keikhlasan kerana Allah SWT, hatinya tidak akan mati pada hari matinya hati-hati manusia." (riwayat Ibn Majah)

Dan ingatlah Rasulullah pernah mengutuk amalan yang tidak istiqamah. Daripada Abdullah bin Amr ibn al-As berkata, Rasulullah SAW bersabda,

"Wahai Abdullah, janganlah engkau seperti si pulan, suatu ketika dahulu dia melakukan solat malam (tetapi sekarang) dia tidak melakukannya lagi." (riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Serta bersama Syawal, marilah kita berpuasa enam hari dimana ianya disunatkan bagi mengembalikan semangat-semangat kita bersama Ramadhan dahulu. Daripada Abu Ayyub Al-Ansari r.a sesungguhnya dia telah dikhabarkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,

"Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringi puasanya dengan enam hari dari bulan Syawal, maka (pahalanya) seolah-olah berpuasa selama setahun." (riwayat Muslim)

Sekarang Syawal sudah beberapa hari bersama kita. Jom kita memuliakan Syawal sepertimana kita menggembirakan Ramadhan. Jadikanlah Ramadhan inspirasi kita untuk bersama-sama dengan Syawal dan juga tetamu-tetamu lain... InsyaAllah.

Akhir kata, maaf kepada semua. zahir dan batin. harap dihalalkan segala yang berpunca daripada diri saya ini. ikhlas ana memohon ampun. selamat menyambut kemenangan 'aidil fitri...

Tuesday, May 19, 2009

Analogi hidup disebalik 2 permainan


Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan
sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap
murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan
kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu
permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada
kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat
kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat
pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"

Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru
berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri
tangannya, semakin lama semakin cepat.
Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik
sekarang perhatikan.
Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika
saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan
diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi
keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya.
Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi
kekok.
Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya.
"
Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang
haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas
membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita
memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk
menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan
sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita
menerima hal tersebut, tapi kerana terus
disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka,
akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal
itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh
kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai
dan ketika.

"
Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu
yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian
seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex
sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend,
hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang
wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu
gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik.
Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit
menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan
kemaksiatan
.
Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya.
"Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan.

"Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah
karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet.
Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil
Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"

Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternat if
dengan tongkat,dan lain-lain.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya
karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak
memijak karpet ."Murid-murid, begitulah ummat Islam
dan musuh-musuhnya. .. Musuh-musuh Islam tidak akan
memijak-mijak anda dengan terang-terang. ..Kerana
tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang
biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan
mereka. Tapi mereka akan menggulung anda
perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak
sadar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka
dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin
kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.
Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah
kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja
hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi
dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu,
baru rumah dihancurkan. .."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia
tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan
perlahan-lahan meletihkan anda.
Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan
lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda
telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara
yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini
semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang
Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh
musuh kita...
"

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang
memijak-mijak cikgu?" tanya
murid- murid.

"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang,
misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain.
Tapi sekarang tidak lagi."
"Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan,
mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau
diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit
serentak, baru mereka akan sedar".


"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali
ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..."
Matahari bersinar terik takala anak-anak itu keluar
meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran
masing-masing di kepalanya...

Sahabah