Seluruh kepujian kepada Allah ( سبحانه وتعالى ) empunya sekalian alam, Selawat dan salam ke atas penghulu segala al-anbia, sayyidul wujud, Muhammad ( صلى الله عليه وسلم ) serta ke atas para ahlul bait, dan sahabat-sahabat baginda R.A.
Amma Ba’d
Telah kita ketahui bahawa nikmat kurniaan Allah yang dikurniakan secara langsung dan tidak langsung untuk kita adalah sangat banyak, malah adalah sesuatu yang mustahil untuk kita menghitungnya. Demikian kerana nikmat Allah bukan sahaja berada pada pandangan zahir, segala benda yang tersirat juga adalah nikmat Allah termasuklah pandangan yang terzahir pada mata, pendengaran yang boleh digunapakai pada telinga, pemikiran yang boleh berfungsi pada akal, perasaan yang boleh dirasai pada hati, roh kehidupan disebalik jasad kehidupan serta banyak lagi. Bahkan masa, tempat, kekuatan, islam, hidayah, keinginan, kesedapan dan kesusahan juga adalah nikmat daripada Allah ( سبحانه وتعالى ) Sungguh, banyak sekali nikmat yang dikurniakan Allah ini. Benarlah, kita tidak akan dapat menghitungnya kerana terlalu banyak.
Berdasar firman Allah S.W.T :
“Dan jika kamu menghitung ni’mat Allah, niscaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh, Allah benar-benar Maha Pengampun, Maha Penyayang” Surah An-Nahl : 18
Para ulama muhaqqiqin mentafsirkan bahawa “ni’mat” yang dimaksudkan oleh Allah itu adalah Muhammad ( صلى الله عليه وسلم ) Benar, baginda adalah ni’mat yang paling besar, paling agung, tidak ternilai berbanding dengan segala jenis ni’mat di dunia ini. Maka ni’mat mana lagi yang lebih kita syukuri jika bukan ni’mat yang paling agung ini.
Kerana cinta, aku berkorban
Telah ku rela segala tohmahan bermaharajalela
Kerana cinta, aku terpaksa
Kerana cinta jua aku berbicara
Dengan nada insan terluka
Meluah rasa, meluah fakta, mencedera jiwa
Semuanya kerana cinta…
Biarku tanggung rasa derita..
Asalkan agama, selamat akhirnya..
Yang membantah, hanya berfalsafah..
Kerana bimbang suapan harian
Dengan menjual nama Tuhan..
Lalu kebenaran disingkirkan,
Demi hidangan belian pendustaan
Namun aku yang sengsara zahirnya
Redha telah pun penuhi jiwa
Dalam keletihan ini.. aku bahagia
Kerana..
Pada kebenaran itulah terasa nikmat syurga.
*Cinta manusia ini umpama kasturi, baunya sangat harum dan indah dan menusuk kalbu. Tetapi apabila kita makan kasturi, rasanya sangat pahit. Pada luarannya sangat indah cinta kerana hanya satu perkara iaitu kepuasan dunia. Pada dalamannya cinta itu pahit, kerana cinta manusia tidak akan berkekalan dan pasti berpisah jua di akhirat. Melainkan cinta yang diredhai Allah iaitu dengan satu pegangan iaitu taqwa sebagaimana firman tuhan,
Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).” (Al-Zukhruf : 67)
Begitulah hakikat cinta manusia jikalau nak bandingkan dengan cinta Allah. Cintai rabb kita Allah, cintai uswatun kita Muhammad SAW, cintailah agama kita Islam, cintai petunjuk kita Al-Quran al-Karim...