بسم الله الرحمن الرحيم


الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه

Tulisan ini bukanlah sumber pemberita, bukan jua sumber pengkritik, tapi hanya sekadar sedikit informasi yang insyaAllah shahih dan bermanfa'at. 'Ala kulli hal, jika terdapat sebarang kesalahan informasi harap dapat maklum kepada saya. Jazakallah. Kepada Allah jua kita kembali


Moga Allah memberkati segala huruf yang ada dalam blog ini.

Amin~

Labels

analogi (5) artikel (9) cerita (12) dakwah (18) IIUM (3) iklan (9) isu (9) majlis ilmu (6) misc (6) muhasabah (14) puisi (1) ulama (7) video (3)
Showing posts with label misc. Show all posts
Showing posts with label misc. Show all posts

Tuesday, July 14, 2009

11 - 1 = 10 [Tribute]

Assalamualaikum, salam sejahtera... sekarang jam menunjukkan pukul 3.37 am dan pada kebiasaannya ana telah melelapkan mata pada waktu ini. Tetapi tidak pada malam ini kerana ade kerja yang baru sahaja dibereskan tadi, alhamdulillah... fuh..

11-1=10. ape mksudnya ini? huhu...

11 : bilangan asal ahli bilik ana
1 : seorang hamba Allah
10 : bilangan terkini ahli bilik ana

pada post kali ni ana ingin sekali memperkenalkan kt ntum semua tentang sahabat ana yang bernama Nur Mohamad Adli (inilah yang dimaksudkan hamba Allah tadi), dimana beliau dahulunya sebilik dengan ana sejak mula2 belajar kat CFS IIUM neh. tetapi sekarang beliau telah memilih jalan istikharahnya untuk melanjutkan pelajaran di institut perguruan... ana terpaksa akur dengan istikharahnya, walaupun emosi hati tidak akur akan pemergian seorang shbat ana ni.

(Wahai Adli, izinkan ana bercerita sedikit tentang nta kat dalam blog ni yep)

First impression ana tentang seorang hamba Allah ni memang ana dah agak yang dia ni seorang yang bercakap banyak jugak la... Impression ana betul, namun cakap2nya bukan lah cakap yang kosong. malah tiap2 perkataan yang dikeluarkannya wajar diambil sebagai manfaat dan pengajaran.. Dia memang fasih bercakap tanpa segan silunya ber'dakwah fardhiyah' secara tak langsung. Setiap kata-katanya memang berhikmah dimana dia cuba untuk tidak menyinggung perasaan seseorang. Dia jugak antara orang yang terawal yang bangun subuh pagi.

Dalam bilik kami, Adli jugak adalah salah seorang penceramah atau pemberi tazkirah yang paling mantap. Memang tidak dapat dinafikan lagi, dia ni memang seorang yang berjiwa alim, serta abid. Dia ni jugak selalu memesan kat kami semua termasuk dirinya sendiri supaya bermuhasabah... Tentang pengabdiannya memang hebat dan rasanya ana tak perlu nak diceritakan, sebab ana khuatir penceritaan ana ni lebih membawa kepada keburukan daripada kebaikan.. Ana tidak berniat hendak memuji sebenarnya, tetapi sekadar tulisan daripada hati yang terkenang dekat seorang insan ni..
Itulah sedikit tentang sahabat ana yang telah seminggu meninggalkan kami sebilik...
Jikalau hendak diceritakan memang agak memerlukan masa yang lama, ana rasa cukup setakat ini sahaja penceritaan tentang sahabt ana ni..

Memang kami sedih dan memang pemergian Adli ni memberi kehilangan besar kepada kami sebilik... Namun apa pun sudah tentu ana doakan yang terbaik buat Adli, moga istiqamah dalam perjuangan... Akhir kata, maaf kerana penulisan hati ana ni tidak mantap dan maaf andai tidak dapat memberi 'feeling'... huhu

Mari kita melihat kepada mafhum hadis – suatu ketika Rasulullah sedang duduk bersama sahabatnya lalu rasulullah bersabda “Aku rindukan saudaraku” maka sahabat pun pelik dan bertanya bukankah kami saudaramu? Rasulullah menjawab “Tidak. Kamu adalah sahabatku,saudaraku adalah mereka yang datang selepasku, mereka beriman kepadaku tetapi mereka tidak pernah melihat aku sebelum ini.”

p/s : sedikit santapan mata :-


shahrul, helmi, adli, kufaiz, hafiiz. ada apa dengan budak baju ungu tu?


apai memakan garfu pada annual grand dinner ABC110 (majlis perpisahan)

Hafiiz, luqman, izwan dan adli nak bersantai jap...

helmi, masih ok?

bukan senang nak bergambar camni dengan timer tawhurm~

Saturday, May 30, 2009

Ta'aruf Week (TAWE) 2009 CFSIIUM


Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat ilahi yang maha esa...
setelah satu menjak, dua menjak, tiga menjak, bermenjak-menjak ni...
Ta'aruf Week di Centre For Foundation Studies International Islamic University Malaysia (CFSIIUM) telah diadakan di Kampus Petaling Jaya telah berlangsung dengan 'semi-jaya' nya 23hb Mei, 2009 sehingga 29hb Mei, 2009... Alhamdulillah sekali lagi ke hadrat ilahi yang tidak terhingga...

Tatkala firman Allah SWT,

"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhan kamu memberitahu kepada kamu, sekiranya kita bersyukur Aku akan menambahkan (nikmat-Ku) kepada kamu tetapi sekiranya kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sungguh pedih" (Surah Ibrahim:7)

Walaupun telah banyak rintangan yang telah dihadapi sepanjang tarikh yang telah tertera tadi, akan tetapi rintangan-rintangan tersebut telah berjaya ditembusi. Penembusan ini tidak akan berjaya sekiranya tidak ada pengharapan kepada Allah SWT kerana Allah adalah sebaik-baik perancang dan juga sebaik-baik pelaksana...

Untuk post kali ni ana berasa sedikit malas utk bercerita tentang perjalanan TAWE, tak tahu kenapa. Mungkin sebab ana letih? atau memang malas? atau takde mood? um... Biase lah, lumrah perasaan manusia. Mood manusia memang selalu berubah-ubah. Secara jujurnya ana takde mood nk bercerita tentang ta'aruf week yang baru sahaja hbis berlangsung. Untuk mengetahui perjalanan cerita TAWE... bleh lah bukak blog ikhwah ana (promosi hebat)

So, ape yang nak diceritakan? um, taknak cerita. tapi ana berminat untuk mengkonklusikan sedikit tentang TAWE ni :)

1) Berdasarkan pemerhatian ana spanjang TAWE, new intake students kali ini banyak yang tergolong daripada golongan-golongan yang mempunyai kesedaran tentang kepentingan untuk menegakkan agama islam di muka bumi ini walaupun students DQ tak terlibat untuk 1st intake ni :) hal ini kerana kebiasaannya students DQ yang kelihatan menonjol sedikit berbanding dengan students lain. Mungkin juga disebab kan faktor students DQ yang mempunyai lebih pengalaman setahun hidup kat dunia...

2) Alhamdulillah, Masjid Kolej Islam Malaya di CFSIIUM PJ masih lagi ramai dihuni oleh new intake students walaupun TAWE telah pun berakhir... Pernah sekali titisan air mata keharuan hampir kejatuhan daripada mata kerana kedengaran perkataan 'astaghfirullahal'azim' yang merangkumi beribu-ribu orang students... Memang benarlah hidayah adalah kerja tuhan kita, rabbul 'alamin dan apa yang kita mampu hanya lah usaha, doa, dan tawakkal...

3)Setelah banyak bercerita tentang yang positif, ada jugak beberapa cerita yang sedikit negatifnya... Ana bukan nak memberi komentar atau mengumpat tetapi ana ingin meluahkan rasa tidak yakin terhadap pengurusan CFSIIUM kali ni... Antara sebabnya, Students Male Engineering yang dicatat hanya 500+ orang sahaja telah meningkat menjadi lebih kurang 700+... Hal ini menyebabkan komitee terpaksa berkelam kabut untuk menyelesaikan berbagai-bagai masalah, terutamanya komitee dibawah biro Special Task dan juga biro lain. Sebab yang ke-2 adalah, kami telah diberitahu bahawa program ICT akan digabungkan dengan program Engineering supaya menjadi program 'Engineering and Computer Science'. Akan tetapi, setelah maklumat registration telah diperolehi, terdapat hanya seorang student female ICT yang berdaftar... Kenapakah begini??? Astaghfirullah...
Apa-apa pun, sepertimana yang ana telah bincangkan tadi. Manusia merancang, tetapi Allah lebih merancang dengan sebaik-baiknya... Manusia tidak ada kuasa apa-apa melainkan hanya memohon bantuan Allah Azzawajalla...

4) dan lain-lain :P

sekarang jam telah tepat menunjukkan pukul 1.07 am dan agaknya telah tiba masa untuk ana melelapkan mata... Wallahua'lam

p/s : gambar akan diupload kemudian, insyaAllah...

Thursday, May 28, 2009

Al-Fasad


Salam,

Al-Fasad, ataupun dalam bahasa malaysia iaitu kerosakan

Apakah kerosakan yang dimaksud kan itu?

Perkataan kerosakan ni boleh ditafsirkan macam-macam rupa,
contoh : kerosakan aqidah, kerosakan umat, kerosakan dunia sekarang, kerosakan prestasi pelajaran, sifat manusia yang perosak, dan lain-lain.

Sebagaimana malaikat pernah mengatakan bahawa manusia ni bersifat perosak, tetapi Allah SWT tetap menjadikan manusia sebagai khalifah dimuka bumi. Kerana Allah SWT Maha Mengetahui...
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah : 30)

Akan tetapi, ada satu lagi kerosakan yang berlaku...

Berita yang sangat menyedihkan...

Handset berjenama Nokia 7310 kepunyaan ana telah rosak menyebabkan skrin tak keluar :(

Sunday, May 10, 2009

PROBLEM

sape bley ajar ana edit blog? :( :( :(

Wednesday, April 22, 2009

hidup aku di UIA PJ selama setahun

salam,

um. pejam celik... rupa2nya dh selama hampir2 setahun ana telah tinggalkn rumah kediaman ana kt terengganu, demi nk smbung belajar di UIA Petaling Jaya.
Mmg benarlah kate orang,
setahun dianggap seperti sebulan,
sebulan dianggap seperti seminggu,
seminggu dianggap seperti sehari..
ni la tanda2 dunia mmg semakin menghampiri kiamat :)

dan selama setahun di sini..
terdetik plak dlm qalbu ini..
ape y telah ana buat ye?
skarang ana ni mahasiswa bukan lagi pelajar..
ape beza mahasiswa dgn pelajar?

um~

berdasarkan wikipedia,

____________________________________________________________________

*Mahasiswa atau Mahasiswi adalah panggilan untuk orang yang sedang menjalani pendidikan tinggi di sebuah universitas atau perguruan tinggi.

Sepanjang sejarah, mahasiswa di berbagai bagian dunia telah mengambil peran penting dalam sejarah suatu negara. Miasalnya, di Indonesia pada Mei 1998, ribuan mahasiswa berhasil memaksa Presiden Soeharto untuk mundur dari jabatannya.


*Peserta didik adalah anggota masyarakat yang berusaha mengembangkan potensi diri melalui proses pembelajaran pada jalur pendidikan baik pendidikan formal maupun pendidikan nonformal, pada jenjang pendidikan dan jenis pendidikan tertentu.

____________________________________________________________________


itulah maksud bagi mahasiswa dan pelajar menurut wikipedia.com
sekarang ana adalah mahasiswa kan?
ape plak yang membezakan hidup ana sekarang dengan hidup ana sebagai pelajar dulu?


Ana perlu sedar sekarang bahawa ana bukan lagi budak hingusan y hanya mengerti utk 3K (Kelas, Kafe, Katil).
amalan 3K bukanlah amalan sebenar seorang mahasiswa..
tp malang sekali, ramai mahasiswa kini mengamalkan 3K secara tidak sedar.

Kalau orang tanya, selain 3K tu ape lg???
mudah2, byk lagi. solat. zikir. quran. n laen2... btul x? =D

jd sebenarnya xguna kita hidup di universiti digelar seorang mahasiswa/wi jika kita lupa akan tanggungjawab kita sebagai umat islam,
lebih2 lagi umat akhir zaman, umat nabi Muhammad S.A.W....


sebagaimana firman Allah dalam al-Quran al-Karim,

"Kamu (wahai umat Muhammad), adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji), serta kamu beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)." (Surah Ali-Imran, ayat 110)

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya." (Surah Ali-Imran, ayat 104)


Rasullullah S.A.W. pernah bersabda juga,
Ertinya: "Sesiapa saja yang melihat kemungkaran hendaklah ia bertindak mengubahnya denga lisannya (kata-kata) dan jika masih tidak berdaya, hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya, dan itu merupakan iman yang paling lemah." ( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )




baiklahh, demikian ialah serba sedikit dalil2 tentang tanggungjawab kita.
x laen dan x bukan. amar ma'ruf nahi mungkar
,
tapi ape yang kite buat.
kite x ambil berat langsung dengan kejadian mungkar yang berleluasa di sekeliling kite, terutama kampus kite...
Ingatlah antara soalan yang akan ditanya malaikat ialah apakah yang antum buat ketika zaman remaja antum?

sekarang kite telah disediakan soalan bocor,
tetapi adakah kite telah bersiap sedia menghadapi soalah bocor itu??


wahai saudara/saudari, antum semua sekarang remaja dan hampir meninggalkan zaman remaja...
antum semua tahu bukan mulut kita yang akan menjawab soalan itu tetapi amalan2 kita yang akan menjadi saksi dan akan menjawab soalan tersebut.
Adakah cukup amalan2 yang kite buat sekarang untuk menjawab soalan bocor itu??
fikir2kanlah, tepuk dada tanya iman...

Kite ni dah la diberi soalan bocor, bukannye seperti soalan UPSR, PMR, SPM... y sememangnya susah hndak dibocorkan.
Tapi.. jikalau kite dapat soalan bocor exam, kite cepat2 dengan bersemangat kentall nk studi n jawab supaya time exam kite bleh jawab senang lenang..
Macamane pulak dengan exam yang bakal kite hadapi dekat akhirat nanti?
Sedarlah. hidup dunia ini seumpama waktu kelas, manakala hidup akhirat seumpama examination.

Dah habis tu lepas exam??
Mestilah kite nak pilih laluan kite plak.
Maka hal ini x beza dengan hidup akhirat.
Lepas exam, kite akan dtentukan oleh Allah SWT samada kite akan ke syurga atau neraka yakni hidup yang kekal abadi yang tiada penghujung


firman Allah SWT,

"Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya). Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?. Dan puak pihak kiri; alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?. Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak). Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah). (Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat. " (surah Al-Waqi'ah, ayat 8-12)

back to the topic,
hiduplah kite sebagai mahasiswa cakne, bukannya mahasiswa 3K, iaitu mahasiswa yang selfish!

Wallahua'lam

Sunday, March 8, 2009

Ta'aruf

Salam muqaddimah,

Utk pngtahuan korg sume. ini la 1st post aku. biarlah aku prknalkan diri ku ini.

nama y diberi, Ku Mohd Faiz bin Ku Ahmad (KuFaiz)

asal daripada Jln Panji Alam, Kuala Terengganu (Terengganu)

sekarang menuntut di CFS IIUM PJ (Engineering)

sekolah lama plak SRK Sultan Sulaiman 1, SMK Bandar

antara hobi aku ialah berfotografi, joging, men komputer, etc…

ok la. sbb ape kite prlu ta’aruf neh? atau brknal2? ni sbnarnya satu soalan y x ptut diungkitkan. atau dgn bhs kasarnye soalan y bodoh la… tp bukan nye nk bgtaw soalan tuh bodoh sbnrnye, act. soalan tuh dh bleh kate sluruh insan kt dunia ni dh ade jwpan bg soalan tuh =) cume kdg2 kite amek remeh ttg ta’aruf neh dsbb kan bnde neh remeh jep.. sbb tuh insan2 digalakkan utk peringat mmperingati sesama insan, wlupun ssorang tuh dh taw tp cube pringat sbb insan ni mmg dikarakterkan oleh Allah sbg pelupa. :) Rasulullah SAW prnah brsbda,

“Sampaikanlah Pesananku Kepada Umatku Yang Lain Walaupun Dengan Sepotong Ayat”

dan Allah SWT pernah berfirman dalam ayat yang popular di kalangan student UIA,

Maksudnya: “Sesungguhnya Kami Tuhan menjadikan kamu daripada seorang lelaki dan perempuan iaitu Nabi Adam dan Hawa, maka lahirlah berbagai-bagai bangsa, dengan tujuan supaya kamu berkenal-kenalan di antara satu sama lain. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Tuhan adalah mereka yang paling bertaqwa.” (Al Hujurat: 13)

jd dgn firman Allah diatas neh. berkenal2an adalah satu prkara fardhu. perkara wajib. bg aku. inilah jwpan kpd persoalan y aku bgtaw td. knpe kite prlu brknalan - kerana ianya adalah salah satu suruhan Allah. dan utk mnjadi orang y bertaqwa adalah dengan menurut segala perintah Allah dan meninggal segala larangannya, jd kalu kite xnak berkenalan sesama kite. secara automatiknya kite telah meninggalkan lrgan-Nya… pendek kata, kite msih blum dlm golongan org y bertaqwa.

sbnrnye ade lgik nk bgtaw psl ayat al-quran neh.. ayat neh bgtaw kite, insan kt atas muka bumi neh.. adalah drp kturunan adam n hawa.. bukannya daripada beruk, sebagaimana y diteorikan oleh Derwin.. isk3. ade ke Derwin neh kate manusia tuh asal beruk.. mknenye die mengaku y die tuh BERUK??? teori y sgt salah n sgt menghina diri sbnrnye.. hehe

in conclusion, insyaAllah aku akn mnggunakan blog neh sbgai medium utk knal2, pringat n diperingati, luah diari diri sndiri skdr boleh n lain2 lg. so jgn lupa tinggal komen skit n xyah nk segan silu… salam ukhuwah.

wallahua’lam

Sahabah