بسم الله الرحمن الرحيم


الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه

Tulisan ini bukanlah sumber pemberita, bukan jua sumber pengkritik, tapi hanya sekadar sedikit informasi yang insyaAllah shahih dan bermanfa'at. 'Ala kulli hal, jika terdapat sebarang kesalahan informasi harap dapat maklum kepada saya. Jazakallah. Kepada Allah jua kita kembali


Moga Allah memberkati segala huruf yang ada dalam blog ini.

Amin~

Labels

analogi (5) artikel (9) cerita (12) dakwah (18) IIUM (3) iklan (9) isu (9) majlis ilmu (6) misc (6) muhasabah (14) puisi (1) ulama (7) video (3)

Saturday, May 30, 2009

Ta'aruf Week (TAWE) 2009 CFSIIUM


Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat ilahi yang maha esa...
setelah satu menjak, dua menjak, tiga menjak, bermenjak-menjak ni...
Ta'aruf Week di Centre For Foundation Studies International Islamic University Malaysia (CFSIIUM) telah diadakan di Kampus Petaling Jaya telah berlangsung dengan 'semi-jaya' nya 23hb Mei, 2009 sehingga 29hb Mei, 2009... Alhamdulillah sekali lagi ke hadrat ilahi yang tidak terhingga...

Tatkala firman Allah SWT,

"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhan kamu memberitahu kepada kamu, sekiranya kita bersyukur Aku akan menambahkan (nikmat-Ku) kepada kamu tetapi sekiranya kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sungguh pedih" (Surah Ibrahim:7)

Walaupun telah banyak rintangan yang telah dihadapi sepanjang tarikh yang telah tertera tadi, akan tetapi rintangan-rintangan tersebut telah berjaya ditembusi. Penembusan ini tidak akan berjaya sekiranya tidak ada pengharapan kepada Allah SWT kerana Allah adalah sebaik-baik perancang dan juga sebaik-baik pelaksana...

Untuk post kali ni ana berasa sedikit malas utk bercerita tentang perjalanan TAWE, tak tahu kenapa. Mungkin sebab ana letih? atau memang malas? atau takde mood? um... Biase lah, lumrah perasaan manusia. Mood manusia memang selalu berubah-ubah. Secara jujurnya ana takde mood nk bercerita tentang ta'aruf week yang baru sahaja hbis berlangsung. Untuk mengetahui perjalanan cerita TAWE... bleh lah bukak blog ikhwah ana (promosi hebat)

So, ape yang nak diceritakan? um, taknak cerita. tapi ana berminat untuk mengkonklusikan sedikit tentang TAWE ni :)

1) Berdasarkan pemerhatian ana spanjang TAWE, new intake students kali ini banyak yang tergolong daripada golongan-golongan yang mempunyai kesedaran tentang kepentingan untuk menegakkan agama islam di muka bumi ini walaupun students DQ tak terlibat untuk 1st intake ni :) hal ini kerana kebiasaannya students DQ yang kelihatan menonjol sedikit berbanding dengan students lain. Mungkin juga disebab kan faktor students DQ yang mempunyai lebih pengalaman setahun hidup kat dunia...

2) Alhamdulillah, Masjid Kolej Islam Malaya di CFSIIUM PJ masih lagi ramai dihuni oleh new intake students walaupun TAWE telah pun berakhir... Pernah sekali titisan air mata keharuan hampir kejatuhan daripada mata kerana kedengaran perkataan 'astaghfirullahal'azim' yang merangkumi beribu-ribu orang students... Memang benarlah hidayah adalah kerja tuhan kita, rabbul 'alamin dan apa yang kita mampu hanya lah usaha, doa, dan tawakkal...

3)Setelah banyak bercerita tentang yang positif, ada jugak beberapa cerita yang sedikit negatifnya... Ana bukan nak memberi komentar atau mengumpat tetapi ana ingin meluahkan rasa tidak yakin terhadap pengurusan CFSIIUM kali ni... Antara sebabnya, Students Male Engineering yang dicatat hanya 500+ orang sahaja telah meningkat menjadi lebih kurang 700+... Hal ini menyebabkan komitee terpaksa berkelam kabut untuk menyelesaikan berbagai-bagai masalah, terutamanya komitee dibawah biro Special Task dan juga biro lain. Sebab yang ke-2 adalah, kami telah diberitahu bahawa program ICT akan digabungkan dengan program Engineering supaya menjadi program 'Engineering and Computer Science'. Akan tetapi, setelah maklumat registration telah diperolehi, terdapat hanya seorang student female ICT yang berdaftar... Kenapakah begini??? Astaghfirullah...
Apa-apa pun, sepertimana yang ana telah bincangkan tadi. Manusia merancang, tetapi Allah lebih merancang dengan sebaik-baiknya... Manusia tidak ada kuasa apa-apa melainkan hanya memohon bantuan Allah Azzawajalla...

4) dan lain-lain :P

sekarang jam telah tepat menunjukkan pukul 1.07 am dan agaknya telah tiba masa untuk ana melelapkan mata... Wallahua'lam

p/s : gambar akan diupload kemudian, insyaAllah...

No comments:

Sahabah