بسم الله الرحمن الرحيم


الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه

Tulisan ini bukanlah sumber pemberita, bukan jua sumber pengkritik, tapi hanya sekadar sedikit informasi yang insyaAllah shahih dan bermanfa'at. 'Ala kulli hal, jika terdapat sebarang kesalahan informasi harap dapat maklum kepada saya. Jazakallah. Kepada Allah jua kita kembali


Moga Allah memberkati segala huruf yang ada dalam blog ini.

Amin~

Labels

analogi (5) artikel (9) cerita (12) dakwah (18) IIUM (3) iklan (9) isu (9) majlis ilmu (6) misc (6) muhasabah (14) puisi (1) ulama (7) video (3)

Friday, May 22, 2009

Pandangan




Pandangan Mata - Hijjaz

Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Hati kalau selalu bersih
Pandangannya akan menembus hijjab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat karena Allah

Tapi hati jika dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran
Tapi hati jika dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran

_____________________________________________________________________________________

Assalamualaikum wbt,

Apa habaq semua? Ape kabo sume? Guano mu semuo loni?
berikut adalah kata-kata tanya khabar berdasarkan loghat utara, terengganu, kelantan

Baru sahaja beberapa minit telinga ana telah dimasukkan lagu Pandangan Mata yang dinyanyikan oleh Hijjaz
Jadi disebabkan itu lah terdetik dalam jiwa ana nak post kat blog pasal pandangan ni.

Kalau kite lihat dan teliti perkataan 'pandangan', kite boleh tafsirkan pandangan ni dalam bermacam-macam bentuk. Antaranya pandangan hati, pandangan mata, pandangan akal sepertimana yang telah tertera dalam lirik tersebut.
Jadi apa yang penting pasal pandangan ni?
Mula-mula tentang pandangan mata, Allah SWT pernah berfirman dalam Al-Quran Al-Karim,

"katakanlah kepada lelaki Mukmin yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka( daripada memandang yang haram) serta memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka dan sesungguhnya Allah maha mendalam pengatahuannya berkenaan apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita2 yang beriman supaya menyekat pandangan mereka( daripada memandang yang haram) serta memelihara kehormatan mereka. Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir sahaja dan mereka perlu menutup belahan baju mereka di kawasan leher dengan tudung kepala mereka."(an-nur : 30-31)

Allah ta'ala telah perintah dalam Al-Quran bahawa hendaklah setiap mukminun dan mukminat, memelihara salah satu anugerah Allah ta'ala yang sangat bernilai ini, iaitu mata. Dimana mata ni mempunyai fungsi untuk melihat, tetapi adakah Allah ta'ala menciptakan mata untuk memandang semua benda?
Dari segi zahirnya, mata yang Allah kurniakan hanya berfungsi untuk memandang perkara-perkara zahir yang ada dimuka bumi. Tetapi Allah tidak membenarkan mata berfungsi untuk melihat perkara-perkara yang tidak zahir, ataupun dengan kata lain, perkara ghaib seperti dosa, pahala, malaikat, neraka, dan syurga. Tertimbul dalam fikiran, kenapa agaknya Allah Ta'ala tak benarkan kita melihat benda-benda ghaib? Tentu ada sesuatu disebalik perkara ni, dan tentu adanya hikmah.
Antara hikmah Allah ta'ala membataskan pendangan mata kita ni adalah, supaya manusia dapat menggunakan 'pandangan akal' atau dengan kata lain, kita dapat berfikir. Sepertimana ana tengah berfikir sambil menaip sekarang ni :)

Tentang pandangan akal plak. Adakah pandangan akal ni betul-betul akan membawa kita ke jalan yang benar? iaitu mardhatillah dan syurga Allah? Allah mengurniakan akal kita juga kerana untuk membezakan antara hak dengan yang batil.
Dalam sedar tak sedar, kita pernah menggunakan akal kita untuk menuju ke jalan yang salah walaupun pernah kita gunakannya untuk ke jalan yang benar. Jadi muhasabah lah diri, tepuk dada tanya iman, renung dan fikirlah sejenak, samada akal yang kita ada ni digunakan sebaik-baiknya ke jalan yang benar atau salah? Gunakanlah akal yang dikurniakan dengan sebaik-baiknya... Memang kita tak dapat lari daripada godaan syaitan dan nafsu yang selalu menyelewengkan akal kita supaya melakukan dosa.

Sebab pandangan akal juga berkait rapat dengan pandangan hati. Di mana pandangan hati ini lah yang hakiki sebenarnya. maknanya hati kita penting. sangat penting. Jika hati kita kotor, maka kesitulah pandangan akal dan mata kita akan didorong. Manakala jika sebaliknya, insyaAllah pandangan akal dan mata akan digunakan sebaik-baiknya... Rasulullah SAW pernah bersabda,

"Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah)

itulah umpama hati yang kotor dimana hati yang akan mendorong akal dan mata supaya melakukan kejahatan.Rasulullah juga ada bersabda,

"Perumpamaan orang yang berdzikir dengan orang yang tidak berdzikir adalah seperti orang yang hidup dan orang yang mati." (HR. Bukhari dan Muslim).


Terang-terang nabi telah bersabda, dimana hati ini hanya ada dua kondisi, iaitu hati yang mati dan hati yang hidup. Dan perkara yang menyebabkan mati dan hidup ini ialah sejauh mana kita ingat Allah. Penting sangatlah bagi setiap individu supaya membiarkan hatinya hidup. Jadi berusahalah kita supaya selalu ingat Allah, selalulah ingat Allah kerana Allah Ta'ala pernah berfirman,

“ Tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali beribadah (mengesakan ibadahnya) kepada-Ku, Aku tidak mengendaki rizki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak mengendaki supaya mereka memberi makan pada-Ku, Sesungguhnya Allah Dialah Yang Maha Pemberi rizki Yang mempunyai kekuatan Lagi Maha Sangat Kuat” (Adz Dzariat:56-58)

Sedarlah tiap-tiap manusia diciptakan Allah bertujuan, iaitu untuk beribadah kepada-Nya, untuk mengabdikan diri kepada-Nya, untuk selalu ingat Allah, selalu ingat kebesaran-Nya.

Eh, rase macam dah lari topik :P
sebenarnya ana berniat nak bercerita tentang batas pandangan lelaki dan perempuan. asif2...
Ok la, berbalik kepada surah an-Nur tadi... Allah memerintahkan supaya lelaki jaga pandangan lelaki dan begitu juga perempuan. Haram lelaki melihat aurat lelaki, sama juga lelaki haram melihat aurat perempuan. Dan sebaliknya, tetapi perkara ini sudah sekian lama di ambil ringan. Sehinggakan di media-media banyak dipertontonkan aurat-aurat tanpa rasa bersalah, malah yang menonton lagi la tak rasa bersalah!
Bukankah Allah SWT telah melarang supaya hendaklah kamu lelaki dan perempuan yang beriman supaya memelihara pandangan... Berbalik kepada angkara yang menyebabkan media menjadi begini. Tidak lain dan tidak bukan, tidak ada sesiapa yang hendak dipersalahkan lagi. KEPIMPINAN. iaitu Parti Barisan Nasional. Yang konon-kononnya islam hadhari.
Eh, sekali lagi ana lari topik plak... mungkin ni tanda-tanda ana dah mengantuk kot... jadi ana habiskan post ana dengan tasbih kafarah lah =) Wallahua'lam. Segala yang buruk datang dari kelemahan ana, dan segala yang baik datang nya daripada Allah... Wassalam

No comments:

Sahabah