بسم الله الرحمن الرحيم


الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه

Tulisan ini bukanlah sumber pemberita, bukan jua sumber pengkritik, tapi hanya sekadar sedikit informasi yang insyaAllah shahih dan bermanfa'at. 'Ala kulli hal, jika terdapat sebarang kesalahan informasi harap dapat maklum kepada saya. Jazakallah. Kepada Allah jua kita kembali


Moga Allah memberkati segala huruf yang ada dalam blog ini.

Amin~

Labels

analogi (5) artikel (9) cerita (12) dakwah (18) IIUM (3) iklan (9) isu (9) majlis ilmu (6) misc (6) muhasabah (14) puisi (1) ulama (7) video (3)

Friday, December 17, 2010

Sejauh mana terhasilnya ilmu kita?

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Aku bersaksi tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah. Selawat ke atas Muhammad ( صلى الله عليه وسلم ).


Amma ba'd

Adalah menjadi kewajipan bagi kita manusia untuk menuntut ilmu, mahupun ilmu fardhu 'ain atau fardhu kifayah. Bahkan ulama juga telah bersepakat bahawa menuntut ilmu itu sendiri adalah fardhu 'ain. Sehinggakan ayat yang pertama diturunkan kepada baginda ( صلى الله عليه وسلم ) adalah tentang ilmu, iaitu "إقرأ". Sesungguhnya Rasulullah ( صلى الله عليه وسلم ) diutuskan oleh Allah untuk menyebarkan risalah, yakni agama Islam, agama mengenal Allah. Bagaimana mungkin baginda ( صلى الله عليه وسلم ) boleh menyebarkan risalahnya tanpa ilmu dan persiapan? Demikian pentingnya ilmu, terutamanya bagi para pendakwah yang ingin meluaskan ajaran islam, mahupun para pewaris perjuangan nabi kita ( صلى الله عليه وسلم ) untuk menegakkan agama islam dimuka bumi ini. Ilmu adalah sebagai asas seseorang untuk memberi kefahaman, namun jikalau asas itu tidak kuat, dibimbangi kefahaman yang diberikan itu terpesong. Seterusnya kefahaman itu terus disebarkan kepada orang lain dan terus disebar-sebarkan. Akibatnya sangat dahsyat jika orang yang jahil atau tidak berilmu menyebarkan kefahaman mereka yang mereka sangkakan betul. Ini adalah satu fitnah yang sangat hebat. Moga Allah melindungi. Namun ini tidaklah bermakna kurangnya ilmu seseorang itu tidak boleh menyebarkan ilmunya, seperti mana sabda Rasulullah

"بلّغوا عنى ولو اية
"Sampaikanlah daripada ku walau satu ayat"

Sunday, November 14, 2010

Berkat Muhammad ( صلى الله عليه وسلم )

(by ~MohamedEissa.deviantart.com )


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Aku bersaksi tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah. Selawat ke atas Muhammad ( صلى الله عليه وسلم ).


Amma ba'd


Moga tulisan ini mendapat barakah Allah. Muhammad ( صلى الله عليه وسلم ) itu semulia-mulia makhluk, lebih mulia daripada Nabi Adam ( عليه السلام ) lebih mulia daripada malaikat, lebih mulia daripada syurga, lebih mulia daripada segala ciptaan Allah yang wujud, bahkan lebih mulia daripada Al Quran sendiri (adapun perkara ini menjadi khilaf ulama sebenarnya). Jadi tidak hairanlah jika seseorang itu dikatakan bakhil kerana tidak ingin berselawat ke atas nabi Muhammad ( صلى الله عليه وسلم ). Allah ( سبحانه وتعالى ) pernah berfirman bahawa :

bÎ) ©!$# ¼çmtGx6Í´¯»n=tBur tbq=|Áムn?tã ÄcÓÉ<¨Z9$# 4 $pkšr'¯»tƒ šúïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#q=|¹ Ïmøn=tã (#qßJÏk=yur $¸JŠÎ=ó¡n@  

“Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat kepada Nabi (Muhammad s.a.w); Wahai orang-orang Yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”

Thursday, September 30, 2010

JADUAL MAJLIS HAUL IMAM HADDAD 2010 DI SELURUH MALAYSIA (semua dijemput hadir)


Pemberitahuan - Majlis-majlis Haul Imam Al-Haddad

Siri Majlis-Majlis Haul Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad sedang di selaraskan di beberapa bandar di sekitar Malaysia selain dari di Lembah Kelang mulai 09 Oktober 2010 hingga 24 Oktober 2010.  Tamu terulung dari golongan ulama' antarabangsa terdiri dari Al-Allaamah Al-Habib Zein bin Ibrahim bin Semait dari Madinah, Al-Allaamah Al-Habib Umar bin Muhammad bin Hafidz dari Yaman dan Al-Habib Abdullah Attas Al-Habshi dari Makkah.  Selain mereka, beberapa lagi ulama' dari Malaysia dan rantau ini akan sampaikan kata-kata hikmah, sebahagiannya dari kalam Imam Al-Haddad berkaitan dengan tajuk tema tahun ini iaitu 'YAKIN' dengan selingan ghasidah dan nasyid masyhur dari ratusan syaír nukilan Al-Imam.







Tarikh
Zon Utara (Kumpulan A)
Zon Timur (Kumpulan B)
09 Oktober 2010
Musalla Imam Asy-Syafie, Taman Jali, Kangar, Perlis

12 Oktober 2010
Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang
Masjid Pasir Mas, Pasir Mas, Kelantan
13 Oktober 2010
Masjid Al-Bukhary, Alor Setar, Kedah
Masjid Besar Geliga, Cukai, Kemaman, Terengganu
14 Oktober 2010
Masjid Saiyidina Abu Bakar Assidiq, Bakar Arang, Sg Petani, Kedah
Masjid At-Taqwa, Pekan, Pahang

Zon Sentral
15 Oktober 2010
Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur
16 Oktober 2010
Masjid Negeri Selangor D.E., Shah Alam, Selangor
17 Oktober 2010
Masjid Al-Falah, USJ 9, Selangor

Zon Selatan/Timur (Kumpulan C)
Zon Selatan/Barat (Kumpulan D)
18 Oktober 2010
Masjid Jame', Bandar Maran, Pahang
Masjid Sultan Iskandar, Batu Pahat, Johor
19 Oktober 2010
Masjid Jame’, Bandar Mersing, Johor
Masjid Al-Adzhim, Bandar Melaka, Melaka
20 Oktober 2010
Masjid Jame’ Kampung Melayu Majidi, Johor Baru, Johor
Yayasan Al-Jenderami, Dengkil, Selangor
21 Oktober 2010
Yayasan Assofa, Rembau, Negeri Sembilan
Masjid Layang-Layang, WP Labuan

Zon Malaysia Timur 1 (Kumpulan E)
Zon Malaysia Timur 2 (Kumpulan F)
22 Oktober 2010
Masjid Wan Alwi, Kuching, Sarawak
Masjid At-Taqwa, Miri, Sarawak 
23 Oktober 2010
Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu, Sabah
Masjid Baitul Aman, Kuala Lumpur
24 Oktober 2010
Masjid Habib Abdulrahman, Tawau, Sabah
Madrasah Darul Faqih, Jalan Gelang Cincin, Segamat, Johor

Nota:     Majlis Utama di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah pada 16 Oktober 2010 akan bermula pada jam 5:00 petang tepat.  Selain itu, semua majlis-majlis di seluruh Malaysia bermula pada 5:30 petang tepat.  Diharap hadirin dan hadirat dapat bersama majlis-majlis ini sebelum waktu mula tersebut.  Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.  Diminta Hadirin dan Hadirat mematuhi halal/haram, sunnah/makruh dan adab semasa didalam majlis-majlis ini.
Majlis di Melaka belum dipastikan lagi.
Sila santau semula jadual diatas kerana kemungkinan adanya apa-apa perubahan yang terpaksa dilakukan.
Sebarang pertanyaan boleh di kemukakan ke hak@alhawi.net

sebar2kan

Thursday, September 9, 2010

Adab dan Perkara Sunat Hari Raya

Sempena menyambut kedatangan hari lebaran yang ditunggu-tunggu oleh para muslimin seluruh dunia setelah sebulan berhempas pulas melawan kehendak nafsu dengan tibanya hari untuk bersyukur dan bergembira dengan segala nikmat Allah iaitu hari raya Eidul Fitri. Di sini dicoretkan beberapa adab dan perkara yang disunatkan untuk kita lakukan pada hari raya ini.
1. Membersihkan diri sebelum keluar untuk solat hari raya
Antara dalilnya ialah sebagaimana berikut :
a. Adalah Ibnu Umar mandi pada hari raya sebelum dia keluar
(riwayat imam Malik dengan sanad yang sohih )
b. Telah sabit bahawa para sahabat bersugi dan memakai bauan pada hari raya.
c. Telah sabit juga bahawa Ibnu Umar mandi dan memakai bauan pada hari raya Eidil Fitri.
d. Sebahagian ulama’ menyatakan sunat mencukur bulu dibadan dan memotong kuku kerana ia adalah penyerpurna dalam berhias.
2. Memakai sebaik-baik pakaian
Adalah bagi Rasulullah S.A.W satu jubah yang dipakai pada kedua hari raya.
3. Makan tamar atau seumpamanya sebelum keluar untuk solat hari raya
a. Daripada Anas adalah Rasulullah S.A.W tidak bersarapan pada hari raya eidul fitri sehingga baginda makan tamar dan memakannya secara ganjil pada bilangan.
(riwayat imam Bukhari dan Ahmad)
b. Daripada baridah telah memberitahu bahawa Rasulullah S.A.W tidak keluar pada hari raya eidil fitri sehingga baginda makan dan tidak makan pada hari raya korban sehingga menyembelih binatang korban. ( riwayat imam Ahmad dalam sohih Al-Jami’ )
4. Keluar solat hari raya dimasjid dan seumpamanya
Ummu ‘Athiyyah memberitahu bahawa Rasulullah S.A.W telah memerintahkan kami supaya keluar pada hari raya eidil fitri dan eidil adha termasuk perempuan yang baru baligh, mereka yang datang haidh dan mereka yang sibuk dengan tugas di rumah. Maka bagi mereka yang datang haidh hendaklah tidak turut sama untuk solat dan mereka menyaksikan kebaikan dan jemputan muslimin. ( Riwayat imam Bukhari dan Muslim)
Setengan ulama’ mewajibkan para muslimin untuk keluar ke temapt solat hari raya.
5. Melaungkan takbir pada hari raya
Daripada Ibnu Umar berkata bahawa Nabi S.A.W bertakbir pada hari raya eidil fitri bermula ketika baginda keluar dari rumah sehinggalah sampai di temapt solat hari raya.
( Riwayat Baihaqi dan al-hakim dalam sohih al-Jami’ )
6. Melalui jalan yang berlainan ketika pergi dan pulang dari tempat solat hari raya
Adalah Rasulullah S.A.W apabila keluar pada hari raya pada satu jalan, baginda pulang pada jalan yang lain. ( Riwayat imam Bukhari dalam sohih al-Jami’ )
7.Mengucapkan tahniah dan ucapan selamat hari raya kepada para muslimin
Adalah para sahabat apabila bertemu pada hari raya, mereka akan mengatakan kepada mereka yang ditemui dengan kalimah yang bermaksud : Semoga Allah menerima segala amalan kami dan kamu.
( Telah berkata telah diriwayat oleh al-Muhamili dan selainnya dengan sanad yang sohih dalam Tamam al-Minnah )
Semoga kita dapat sama-sama menghidupkan amaln sunat yang pernah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W sendiri dan para sahabat. Hidupkan hari raya dengan perkara yang bermanfaat dan jangan kotorkannya dengan pelbagai aktiviti yang berbentuk maksiat. Hari raya kemenangan dalam melawan nafsu dan jangan biarkan nafsu yang mengalahkan kita pula pada hari raya.
sumber : epondok

Thursday, September 2, 2010

Kisah menakjubkan : Ruben (Abu Bakr) memeluk islam






Kisah benar : Bermula di universiti, banyak masalah-masalah keluarga menimpa Ruben. Ruben tiba-tiba memikirkan "What is actually the purpose of living?". Persoalan tersebut bermain-main di fikirannya menyebabkan Ruben pergi bertanya kepada paderi-paderi di hampir semua church yang ada. Tetapi jawapan yang diperolehinya bukanlah jawapan yang dirasakan benar, kerana jawapan-jawapan tersebut adalah hanyalah pendapat mereka. Jawapan masih tidak dapat dicari lagi, termasuk kitab 'Bible' masih tidak dapat memberikan jawapan yang diingini.


Kemudian, timbul keinginan Ruben untuk bertanya kepada kawannya seorang kristian yang membuat kajian tentang agama-agama lain termasuk agama Hindu, Buddha, Yahudi. Ruben menyoal, "What about Islam?
Kawannya menjawab, "Islam? Terrorist! I'm not gonna investigate that religion, they're crazy!"

Saturday, August 21, 2010

Memperingati Abuya Syaikh As Syarif As Sayyid Muhammad Alawi Al Maliki Al Hasani




Ba'alawi Kuala Lumpur dengan penuh ta'zim 
menjemput muslimin & muslimat yang dirahmati Allah SWT ke 
Majlis Haul Ummul Mu-minin Sayyidah Khadijah Kubra 
dan Haul As Sayyid Alawi Al Maliki Al Hasan
yang ke -6 seperti berikut :

Friday, August 6, 2010

Marhaban ya Ramadhan : Lailatul Qadr

Di kalangan mereka yang biasa dengan tradisi pengajian pondok dan pesantren, pasti kenal dengan kitab "Hasyiah Ibnul Amir 'ala Ittihaaf al-Murid syarah Jawharah at-Tawhid". Pengarangnya seorang ulama besar bermazhab Maliki dan pengamal thoriqah asy-Syadziliyyah, nama beliau adalah al-'Allaamah asy-Syaikh Abu 'Abdillah Muhammad bin Muhammad bin Ahmad bin 'Abdul Qadir bin 'Abdul 'Aziz al-Azhari rahimahumUllah yang terkenal dengan gelaran al-Amir al-Kabir.
Beliau menjadi mufti Maliki di Mesir dari tahun 1201 sehingga 1232H. Dilahirkan pada tahun 1154H dan wafat di Kaherah dalam bulan Dzul Qaedah tahun 1232H. Memiliki banyak karya, sama ada yang telah dicetak atau yang masih berbentuk manuskrip. Antara karya beliau adalah:-
  1. المجموع في الفقه المالكي
  2. الإكليل شرح مختصر خليل
  3. حاشية على مغني اللبيب لإبن قاسم
  4. ضوء الشموع على شرح الجموع
  5. النخبة البهية في الأحاديث المكذوبة على خير البرية
Ketokohan beliau dalam ilmu mengkagumkan para ulama sezaman. Dalam usia yang belum menjangkau 21 tahun, beliau telah menghasilkan kitab "al-Majmu'" dalam fiqh Maliki. Mari kita hirup sedikit ilmu yang beliau curahkan dalam satu risalah beliau pada mentafsirkan surah al-Qadr, moga ada manfaatnya. Dalam risalah tersebut beliau menyatakan:-


Dan tersebut dalam "Tafsir al-Khatib" {iaitu tafsir "as-Sirajul Munir" karangan Syaikh Khatib asy-Syarbini rahimahUllah} daripada Syaikh Abul Hasan asy-Syadzili yang menyatakan bahawa jika awal Ramadhan jatuh pada hari Ahad, maka Lailatul Qadr jatuh pada 29 haribulan; 
jika awalnya hari Isnin, maka Lailatul Qadr jatuh pada 21 haribulan; 
jika hari Selasa, Lailatul Qadr jatuh pada 27 haribulan; 
Jika hari Rabu, Lailatul Qadr jatuh pada 29 haribulan; 
jika hari Khamis, Lailatul Qadr jatuh pada 25 haribulan; 
jika hari Jumaat, Lailatul Qadr jatuh pada 27 haribulan; 
dan jika hari Sabtu, Lailatul Qadr jatuh pada 23 haribulan.

Tuesday, June 8, 2010

Millatfacebook


Pada sekitar bulan April 2010, sebuah group dalam facebook iaitu Everybody Draw Mohammed Day telah mencetuskan kemarahan seluruh umat islam. Antara tindakan yang diambil oleh umat islam iaitu para pencinta nabi Muhammad S.A.W, mereka telah menubuhkan group yang lain dalam facebook untuk melawan kembali penghinaan group tersebut terhadap umat islam khususnya pencinta Nabi Muhammad S.A.W. Selain itu, ada yang melaporkan kepada administrator juga pengasas facebook (Mark Zuckerberg) untuk membuang group jahannam tersebut. Ternyata keputusannya adalah mengecewakan. Ada yang mengadakan demonstrasi menunjuk perasaan secara besar-besaran untuk meluahkan rasa kecewa dan marah terhadap Everybody Draw Mohammed Day tersebut. Ada juga yang menggesa umat islam supaya mendaftar keluar (log out) supaya menjatuhkan ekonomi pendapatan facebook yang jelas langsung tidak menguntungkan umat islam pada hakikatnya. Moga usaha-usaha yang kalian lakukan mendapat keberkatan dan balasan syurga di hari akhirat kelak. Amin.

Selain itu, tanggal bulan Mei 2010, sebuah social networking bernama Millatfacebook telah ditubuhkan sebagai alternatif yang baik kepada Facebook, khususnya umat islam. Mungkin ini adalah kemuncak kepada usaha-usaha untuk membaikpulihkan dan menyatukan umat islam. Tahniah. Meskipun Millatfacebook mendapat tentangan yang hebat daripada hacker atau penggondam yang cuba menjatuhkan Millatfacebook. Namun Millatfacebook sehingga kini masih berusaha untuk menyatukan umat islam yang kebanyakannya terjatuh dalam perangkap Facebook yang sebenarnya jelas tidak menguntungkan malah merugikan umat islam. Oleh itu, Dengan sebulat suaranya, saya menyeru semua pembaca blog, blogger, umat islam. Supaya mendaftarkan diri ke Millatfacebook. Dan satu hari nanti, yakinlah, semua umat islam akan sama-sama daftar keluar daripada facebook. Jikalau kalian sayangkan islam, buktikan kalian sayang akan islam. Jom, meramaikan Millatfacebook.

p/s : pada 8/6/2010 facebook saya telah diblock tanpa bersebab, menyebabkan saya tidak boleh posting, dan tidak boleh berbuat apa-apa melainkan hanya melihat profile kawan-kawan yang lain. Musykil...

Sunday, May 23, 2010

Buku - 6 Perkara Asas Memahami Khilafiyyah

(Sila klik pada foto)

Keliru dengan dakwaan sesetengah orang tentang bid'ah?
Keliru adakah tahlil itu sunnah atau bid'ah?
Keliru dengan dakwaan orang bahawa serban itu bukan sunnah?

Dapatkan Buku - 6 Perkara Asas Memahami Khilafiyyah

Friday, April 16, 2010

Rasul Dahri

Ini adalah buku yang ditulis oleh RASUL DAHRI, namanya terkenal di kalangan mereka yang mengakui sebagai salafi (wahhabi) di Malaysia. Dan beliau masih giat menyampaikan ceramahnya samada di dalam radio, kuliah agama dan melalui penulisan. Yang mana ia juga turut disebarluaskan di dalam youtube, facebook dan sebagainya.



Di dalam buku ini ditulis oleh RASUL DAHRI iaitu :



Sekiranya diklik pada scan buku di atas akan tertera perkataan :

Termasuk dalam kategori ini (bid'ah iktikad) sebagaimana yang disepakati oleh ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berpegang dengan manhaj Salaf as Soleh ialah : Syiah, Khawarij, Jahamiyyah, Murjiah, Muktazilah, Asy'ariyyah dan semua cabang-cabang dari firqah-firqah sesat ini. Mereka adalah golongan yang bid'ah akidahnya yang mana di akhirat kelak akan dikekalkan di dalam neraka.


Ulasan penulis :

Lihat betapa beraninya penulis ini memasukkan sejumlah ulamak dan umat Islam yang bukan sahaja berada di Malaysia, Brunei, Indonesia bahkan di seluruh dunia ke neraka dan kekal di dalamnya.

Firman Allah yang bererti :

"Dan orang-orang kafir akan dihalau ke Neraka Jahanam dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Neraka itu dibukakan pintu-pintunya dan berkatalah penjaga-penjaganya kepada mereka: Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Tuhan kamu dan memperingatkan kamu akan pertemuan hari kamu ini? Mereka menjawab: Ya, telah datang! Tetapi telah ditetapkan hukuman azab atas orang-orang yang kafir. (Setelah itu) dikatakan kepada mereka: Masukilah pintu-pintu Neraka Jahanam itu dengan keadaan tinggal kekal kamu di dalamnya; maka seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong takbur ialah Neraka Jahanam."
(surah Az Zumar ayat 71-72)

Jelaslah di dalam firman Allah di atas bahawa yang kekal di dalam neraka adalah Orang Kafir. Lalu bagaimana penulis buku ini boleh menghukum golongan asya'iroh sebagai kekal di dalam neraka sebagaimana orang-orang kafir ?

Dan golongan yang berfahaman seperti Rasul Dahri ini sedikit sebanyak telah menyebarkan fahaman mereka kepada umat Islam yang tidak tahu/kurang pengetahuan mengenai agama. Dan akhirnya berlakulah hukuman sesat, kafir, masuk di dalam neraka ke atas umat Islam tanpa hak!


Siapakah antara ulamak Islam yang mengikut aliran asya'iroh ini ?

Antara Peringkat Para Ulama’ Al-Asya’irah

Peringkat Pertama (Dari Kalangan Murid Imam Abu Al-Hasan Al-Asy’ari)

Abu Abdullah bin Mujahid Al-Bashri
Abu Al-hasan Al-Bahili Al-Bashri
Abu Al-Hasan Bandar bin Al-Husein Al-Syirazi As-Sufi
Abu Muhammad At-Thobari Al-‘Iraqi
Abu Bakr Al-Qaffal As-Syasyi
Abu Sahl As-So’luki An-Naisaburi
Abu Yazid Al-Maruzi
Abu Abdillah bin Khafif As-Syirazi
Abu Bakr Al-Jurjani Al-Isma’ili
Abu Al-Hasan Abdul ‘Aziz At-Thobari
Abu Al-Hasan Ali At-Thobari
Abu Ja’far As-Sulami Al-Baghdadi
Abu Abdillah Al-Asfahani
Abu Muhammad Al-Qursyi Al-Zuhri
Abu Bakr Al-Bukhari Al-Audani
Abu Al-Manshur bin Hamsyad An-Naisaburi
Abu Al-Husein bin Sam’un Al-Baghdadi
Abu Abdul Rahman As-Syaruthi Al-Jurjani
Abu Ali Al-Faqih Al-Sarkhosyi
Peringkat Kedua
Abu Sa’ad bin Abi Bakr Al-Isma’ili Al-Jurjani
Abu Thayyib bin Abi Sahl As-So’luki An-Naisaburi
Abu Al-Hasan bin Daud Al-Muqri Al-Darani Ad-Dimasyqi
Al-Qodhi Abu Bakr bin At-Thoyyib bin Al-Baqillani
Abu ‘Ali Ad-Daqqaq An-Naisaburi (guru Imam Al-Qusyairi)
Al-Hakim Abu Abdillah bin Al-Bai’e An-Naisaburi
Abu Manshur bin Abi Bakr Al-Isma’ili
Al-Ustaz Abu Bakr Furak Al-Isfahani
Abu Sa’ad bin Uthman Al-Kharkusyi
Abu Umar Muhammad bin Al-Husein Al-Basthomi
Abu Al-Qasim bin Abi Amr Al-Bajli Al-Baghdadi
Abu Al-Hasan bin Maysazah Al-Isfahani
Abu Tholib bin Al-Muhtadi Al-Hasyimi
Abu Mu’ammar bin Abi Sa’ad Al-Jurjani
Abu Hazim Al-‘Abdawi An-Naisaburi
Al-Ustaz Abu Ishaq Al-Isfara’ini
Abu ‘Ali bin Syazan Al-Baghdadi
Abu Nu’aim Al-Hafiz Al-Isfahani
Abu Hamid Ahmad bin Muhammad Al-Istawa’ie Ad-Dalwi
Peringkat Ketiga
Abu Al-Hasan As-Sukri Al-Baghdadi
Abu Manshur Al-Ayyubi An-Naisaburi
Abu Muhammad Abdul Wahab Al-Baghdadi
Abu Al-Hasan An-Na’imi Al-Bashri
Abu Thohir bin Khurasah Ad-Dimasyqi
Al-Ustaz Abu Manshur An-Naisaburi
Abu Dzar Al-Haraqi Al-Hafiz
Abu Bakr Ad-Dimsyaqi (Ibn Al-Jurmi)
Abu Muhammad Al-Juwaini (ayahnda Imam Al-Haramain Al-Juwaini)
Abu Al-Qasim bin Abi Uthman Al-Hamdani
Abu Ja’far As-Samnani
Abu Hatim At-Thobari Al-Qozwini
Abu Al-Hasan Rasya bin Nazhif Al-Muqri
Abu Muhammad Al-Isfahani (Ibn Al-Laban)
Abu Al-Fath Salim bin Ayyub Al-Razi
Abu Abdillah Al-Khobazi Al-Muqri
Abu Al-Fadhl bin ‘Amrus Al-Baghdadi Al-Maliki
Al-Ustaz Abu Al-Qasim Al-Isfarayini
Al-Hafiz Abu Bakr Al-Baihaqi (empunya Al-Asma’ wa As-Sifat)
Peringkat Keempat
Abu Bakr Al-Khatib Al-Baghdadi
Al-Ustaz Abu Al-Qasim Al-Qusyairi
Abu ‘Ali bin Abi Harishoh Al-Hamdani Ad-Dimasyqi
Abu Al-Muzhoffar Al-Isfara’ini
Abu Ishaq Ibrahim bin ‘Ali As-Syirazi
Imam Al-Haramain Abu Al-Ma’ali Al-Juwaini
Abu Al-Fath Nasr bin Ibrahim Ad-Dimasyqi
Abu Abdillah At-Thobari
Peringkat Kelima
Abu Al-Muzoffar Al-Khowafi
Al-Imam Abu Al-Hasan At-Thobari (Balika Al-Harrasi)
Hujjatul Islam Al-Imam Abu Hamid Muhammad Al-Ghazali r.a.
Al-Imam Abu Bakr Al-Syasyi
Abu Al-Qashim Al-Anshori An-Naisaburi
Al-Imam Abu Nasr bin Abi Al-Qasim Al-Qusyairi
Al-Imam Abu ‘Ali Al-Hasan bin Sulaiman Al-Isbahani
Abu Sa’id As-ad bin Abi Nashr bin Al-Fadhl Al-‘Umri
Abu Abdillah Muhammad bin Ahmad bin Yahya Al-Uthmani Ad-Dibaji
Al-Qadhi Abu Al-‘Abbas Ahmad bin Salamah (Ibn Al-Ratbi)
Al-Imam Abu Abdillah Al-Farawi
Imam Abu Sa’ad Isma’il bin Ahmad An-Naisaburi Al-Karmani
Imam Abu Al-Hasan Al-Sulami Ad-Dimasyqi
Imam Abu Manshur Mahmud bin Ahmad Masyazah
Abu Al-Fath Muhammad bin Al-Fadhl bin Muhammad Al-Isfara’ini
Abu Al-Fath Nasrullah bin Muhammad Al-Mashishi
Peringkat Keenam
Al-Imam Fakhruddin Al-Razi (empunya At-Tafsir Al-Kabir dan Asas At-Taqdis)
Imam Saifullah Al-Amidi (empunya Abkar Al-Afkar)
Sulton Al-Ulama’ Izzuddin bin Abdil Salam
Sheikh Abu ‘Amr bin Al-Hajib
Sheikhul Islam Izzuddin Al-Hushairi Al-Hanafi (empunya At-Tahsil wal Hashil)
Al-Khasru Syahi
Peringkat Ketujuh
Sheikh Taqiyuddin Ibn Daqiq Al-‘Idd
Sheikh ‘Ala’uddin Al-Baji
Al-Imam Al-Walid Taqiyuddin Al-Subki (murid Sheikh Abdul Ghani An-Nablusi)
Sheikh Shofiyuddin Al-Hindi
Sheikh Shadruddin bin Al-Marhal
Sheikh Zainuddin
Sheikh Shodruddin Sulaiman Abdul Hakam Al-Maliki
Sheikh Syamsuddin Al-Hariri Al-Khatib
Sheikh Jamaluddin Az-Zamlakani
Sheikh Jamaluddin bin Jumlah
Sheikh Jamaluddin bin Jamil
Qodhi Al-Quddho Syamsuddin As-Saruji Al-Hanafi
Al-Qadhi Syamsuffin bin Al-Hariri
Al-Qodhi ‘Addhuddin Al-Iji As-Syirazi (empunya kitab Al-Mawaqif fi Ilm Al-Kalam)

Dan sebagainya… Nafa’anaLlahu bi ulumihim wa barakatihim.. amin…
(antara rujukan: Tabyiin Kizb Al-Muftari oleh Imam Ibn ‘Asakir, Marham Al-Ilal oleh Imam Al-Yafi’e, Tobaqot As-Syafi’iyyah Al-Kubra oleh Imam Tajuddin As-Subki, At-Tobaqot oleh Imam Al-Badr Husein Al-Ahdal dan sebagainya)

Na'uzubillah, sekian ramai ulamak Islam bahkan umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia telah dihukum kafir oleh penulis ini.


Sedangkan sudah jelas di dalam Al Quran, Allah telah berfirman :

"Kemudian Kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran) dan di antaranya ada yang bersikap sederhana dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata). (Balasan mereka ialah) Syurga-syurga "Adn", yang mereka akan masukinya; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan dari emas dan mutiara; dan pakaian mereka di situ adalah dari sutera."
Surah al Fathir ayat 32-33)
Dan dari hadith Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam :

Sahih Bukhari pada hadith no 44, Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda :

"Akan keluar dari dalam neraka orang-orang yang mengucapkan La ilaha illaLLah, sedangkan dalam hatinya terdapat kebaikan seberat satu helai rambut dan akan keluar dari dalam neraka orang-orang yang mengucapkan La ilaha illaLLah sedangkan dalam hatinya terdapat kebaikan seberat biji gandum dan akan keluar dari dalam neraka orang-orang yang mengucapkan La ilaha illaLLah sedangkan dalam hatinya terdapat kebaikan seberat zarrah "

Tersebut dalam Sahih Bukhari juga pada hadith no 7072 :

"Allah subahanahu wa ta'ala berfirman : Demi kemuliaan, ketinggian, kebesaran dan keagunganKu sesungguhnya Aku akan mengeluarkan dari dalam neraka siapa sahaja yang telah mengucapkan La ilaha illaLLah"

Tersebut dalam sahih Ibnu Khuzaimah pada hadith no 1231 bahawa Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda :

"Barangsiapa mengucapkan La ilaha illaLLah maka dia pasti masuk syurga"

Apa yang perlu kita lakukan ?

Di dalam internet terdapat laman web RASULDAHRI.COM dan di sinilah fikrahnya berpusat dan disebarkan oleh pengikut-pengikutnya. Bahkan terdapat juga di dalam 'group Facebook' yang ada menghubungkan 'group'nya dengan RASULDAHRI.COM.

Pihak yang berkenaan silalah ambil tindakan susulan yang sepatutnya memandangkan fahaman ini sedang bergerak cergas di Malaysia. IbuBapa dan Penjaga perlulah mengambil tahu dari mana sumber-sumber artikel agama diambil, kita takut anak-anak kita pada suatu hari nanti akan menghukum pula IbuBapanya sebagai sesat, kafir dan masuk ke dalam neraka.

Jangan lupa apa yang telah diberitahu oleh Dr Yusof al Qardhawi (tokoh Ma'al Hijrah 2009) :

Disebutkan dalam islamonline.net di bawah tajuk:“القرضاوي يدعو ماليزيا للتمسك بشخصيتها الإسلامية” (Maksudnya: Al-Qaradhawi mengajak Malaysia agar Berpegang dengan Jati Diri/Peribadi Keislamannya) antaranya:

Dhoha- Al-Allamah As-Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi menyeru kepada negara Malaysia agar menjaga syakhsiyyah (peribadi, jati diri atau ciri-ciri) keislamannya yang terzahir daripada mazhabnya As-Syafi’e dan aqidahnya (masyarakat Islam Malaysia) yang Al-Asy’ari untuk berdiri menghadapi dan mendepani serangan pemikiran dari luar.

Pada pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia semalam iaitu (Dato’ Seri) Najib Tun Razak, Sheikh Al-Qaradhawi mengajak Perdana Menteri dan para ulama’ agar bersatu padu untuk menjaga jati diri keislaman (Syahksiyyah Islamiyyah) Malaysia yang bersifat “Asy’ari dari sudut aqidah dan Syafi’e dari sudut mazhab” untuk menghadapi segala ancaman pemikiran dan mazhab dari luar yang memecah belahkan kesatuan mereka dan merosakkan aqidah mereka.

Perdana Menteri memberi ulasan terhadap perkataan Sheikh Al-Qaradhawi dengan menegaskan bahawasanya kerajaan akan terus mengekalkan jati diri (syakhsiyyah) keislaman negara Malaysia agar jauh daripada perselisihan mazhab yang memecah-belahkan umat dan tidak menyatukan mereka.

Rujukan: http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=ArticleA_C&cid=1260258249444&pagename=Zone-Arabic-News/NWALayout

p/s : berhati-hati dan perhatikan nama-nama penulis sebelum membeli buku agama takut-takut fikrah suka menyesatkan umat Islam pula yang dibaca.

kredit kepada : Si Musafir ilAllahi dan Blog Ustaz Zamihan

Sahabah