بسم الله الرحمن الرحيم


الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه

Tulisan ini bukanlah sumber pemberita, bukan jua sumber pengkritik, tapi hanya sekadar sedikit informasi yang insyaAllah shahih dan bermanfa'at. 'Ala kulli hal, jika terdapat sebarang kesalahan informasi harap dapat maklum kepada saya. Jazakallah. Kepada Allah jua kita kembali


Moga Allah memberkati segala huruf yang ada dalam blog ini.

Amin~

Labels

analogi (5) artikel (9) cerita (12) dakwah (18) IIUM (3) iklan (9) isu (9) majlis ilmu (6) misc (6) muhasabah (14) puisi (1) ulama (7) video (3)

Sunday, November 14, 2010

Berkat Muhammad ( صلى الله عليه وسلم )

(by ~MohamedEissa.deviantart.com )


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Aku bersaksi tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah. Selawat ke atas Muhammad ( صلى الله عليه وسلم ).


Amma ba'd


Moga tulisan ini mendapat barakah Allah. Muhammad ( صلى الله عليه وسلم ) itu semulia-mulia makhluk, lebih mulia daripada Nabi Adam ( عليه السلام ) lebih mulia daripada malaikat, lebih mulia daripada syurga, lebih mulia daripada segala ciptaan Allah yang wujud, bahkan lebih mulia daripada Al Quran sendiri (adapun perkara ini menjadi khilaf ulama sebenarnya). Jadi tidak hairanlah jika seseorang itu dikatakan bakhil kerana tidak ingin berselawat ke atas nabi Muhammad ( صلى الله عليه وسلم ). Allah ( سبحانه وتعالى ) pernah berfirman bahawa :

bÎ) ©!$# ¼çmtGx6Í´¯»n=tBur tbq=|Áムn?tã ÄcÓÉ<¨Z9$# 4 $pkšr'¯»tƒ šúïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#q=|¹ Ïmøn=tã (#qßJÏk=yur $¸JŠÎ=ó¡n@  

“Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat kepada Nabi (Muhammad s.a.w); Wahai orang-orang Yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”



Berselawat ke atas baginda Muhammad ( صلى الله عليه وسلم ) telah menjadi salah satu perintah Allah sebagaimana yang Allah ( سبحانه وتعالى ) nyatakan dalam firmanNya. Kerana berkat kelahiran baginda Muhammad ( صلى الله عليه وسلم ), Allah telah menjadikan Kota Makkah bercahaya. Kerana baginda itu adalah cahaya yang menurunkan rahmat ke atas alam dunia ini. Yakni cahaya yang membimbing umat manusia supaya mengenali Allah ( سبحانه وتعالى ) . Hanya melalui jalan cahaya Baginda yang akan membawa kita kepada keamanan, rahmat dan kasih sayang Allah. Jikalau tidak kerana keberkatan baginda Muhammad ( صلى الله عليه وسلم ) nescaya kita semua umat manusia termasuk yang sebelum kelahiran baginda tidak akan wujud. Dalam kitab Maulid Daiba’I oleh Al-Imam Al-Hafiz Abdur Rahman ibn Al-Daiba’ Al-Syaibani ada menukilkan.


Hadits yang pertama diriwayatkan daripada sahabat yang luas ilmunya; ahli tafsir al-Quran yang handal; satu-satunya ‘ulama yang istimewa dari kalangan sahabat, Sayyiduna ‘Abdullah ibn Sayyiduna ‘Abbas (رضى الله عنه) ; daripada Rasulullah ( صلى الله عليه وسلم ) bersabda : “Sesungguhnya orang Quraisy (Muhammad) adalah Nur yang dicipta oleh Allah 2,000 sebelum dijadikan Nabi Adam ( عليه السلام ). Nur itu telah bertasbih kepada Allah, maka bertasbihlah para malaikat mengikut tasbihnya.


Tatkala Allah menjadikan Nabi Adam ( عليه السلام ), diletakkannya Nur itu di dalam tanah liat yang diciptakan Nabi Adam ( عليه السلام ). Bersabda Nabi Muhammad ( صلى الله عليه وسلم ): “Maka Allah telah menurunkan aku (nur) ke bumi (yang ada pada ketika itu) berada di dalam tulang belakang Nabi Adam ( عليه السلام ). Kemudian, aku dibawa menaiki bahtera semasa berada di dalam sulbi Nabi Nuh ( عليه السلام ).


Kemudian, aku dipindahkan ke dalam sulbi Nabi Ibrahim ( عليه السلام ) semasa dia dilemparkan ke dalam api oleh Raja Namrud. Demikianlah Allah sentiasa memindahkan aku dari sulbi-sulbi yang suci, ke rahim-rahim yang bersih, sehinggalah Allah mengeluarkan aku dengan perantaraan ayahanda dan bondaku dan mereka berdua tidak pernah melakukan hubungan zina sama sekali (melalui pernikahan yang diredhai oleh Allah).”


Demikian telah diceritakan oleh pengarang Maulid Daiba’i yang sangat masyhur dan masih kekal dibacakan oleh orang ramai sehingga sekarang. Ustadzuna Muhadir pernah berbicara tentang keikhlasan, tanda seseorang itu ikhlas dalam menulis kitab adalah kerana dari sudut keberkatan. Kita boleh lihat betapa ikhlasnya pengarang-pengarang-pengarang kitab-kitab terdahulu sehinggakan kitab-kitab mereka masih lagi kekal dan dimanfaatkan sehinggalah sekarang. Contohnya Ihya Ulumuddin karya Imam Al Ghazali, Sahih Al Bukhari karya Imam Bukhari, Al Muwattha karya Imam Malik, Riyadhus Shalihin karya Imam Nawawi. Sehingga diriwayatkan sesetengah daripada ulama terdahulu sanggup menulis tulisannya diatas kertas dan dibiarkan dibasahi dengan hujan. Jikalau terpadam tulisan tersebut nescaya tulisan itu adalah tulisan yang tidak ikhlas, Akan tetapi tulisan itu telah dipelihara oleh Allah sekaligus membuktikan tulisan itu akan kekal bermanfaat kerana keikhlasannya dalam penulisan. Maulid Daiba’I adalah antara yang karangannya diberkati oleh Allah.


Adalah dusta kepada sesiapa yang mengaku dia adalah hamba Allah yang taat jika tiada dia mengikuti jejak langkah baginda Muhammad ( صلى الله عليه وسلم ). Kerana seseorang itu mustahil akan sampai kepada Allah melainkan dia melalui jalan baginda Muhammad ( صلى الله عليه وسلم ). Justeru, wajib hadir dalam diri kita perasaan cintakan baginda selaku kekasih yang mencintai dan dicintai oleh Allah yang Maha Esa. Beliau adalah manusia contoh, idola sepanjang zaman. Kerana apabila hadir perasaan cinta terhadap baginda, tidak akan menjadi masalah bagi kita untuk mentaati Allah dan RasulNya, mengikuti jalannya, dan memperbanyakkan selawat ke atas baginda Muhammad ( صلى الله عليه وسلم ). Baginda adalah pembuka kepada segala yang terkunci, penutup kepada segala yang terdahulu. Baginda adalah penolong kearah kebenaran dengan membawa kebenaran dan petunjuk ke arah jalan yang lurus.


$tBur š»oYù=yör& žwÎ) ZptHôqy šúüÏJn=»yèù=Ïj9  

“Dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”


Sesungguhnya Baginda ( وسلم صلى الله عليه ) diturunkan bukan hanya untuk kaum arab, sepertimana nabi-nabi terdahulu. Baginda ( وسلم صلى الله عليه ) juga bukan hanya diturunkan ketika kehidupan Baginda di atas muka bumi bahkan buat sepanjang zaman sehinggalah sekarang. Demikian Allah mengagungkan kewujudan Muhammad ( وسلم صلى الله عليه ).




اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِنِ الْفَاتِحِ لِمَا اُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الْحَقِّ ‍ بِالْحَقِّ وَالْهَادِى اِلى صِرَاطِك َالْمُسْتَقِيْم وَعَلى الِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيْمِ
(Selawat al fatih yang diterima daripada akhi fillah Sayyid Muhammad Saufi)




Kekadang terasa pelik bagi sesetengah golongan yang mendakwa bahawa menyambut kelahiran Muhammad ( صلى الله عليه وسلم ) itu adalah haram, bahkan bertawasul dengan baginda ( صلى الله عليه وسلم ) jua dikatakan haram. Disamping membid’ahkan orang lain, mereka pula mendakwa dirinya golongan salafi atau mengikuti golongan salafi. Sedangkan amalan-amalan yang dibid’ahkannya adalah amalan-amalan ahli-ahli salafi (salaf as-soleh) dan sahabat-sahabat baginda… (bersambung)

No comments:

Sahabah