بسم الله الرحمن الرحيم


الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه

Tulisan ini bukanlah sumber pemberita, bukan jua sumber pengkritik, tapi hanya sekadar sedikit informasi yang insyaAllah shahih dan bermanfa'at. 'Ala kulli hal, jika terdapat sebarang kesalahan informasi harap dapat maklum kepada saya. Jazakallah. Kepada Allah jua kita kembali


Moga Allah memberkati segala huruf yang ada dalam blog ini.

Amin~

Labels

analogi (5) artikel (9) cerita (12) dakwah (18) IIUM (3) iklan (9) isu (9) majlis ilmu (6) misc (6) muhasabah (14) puisi (1) ulama (7) video (3)

Thursday, October 29, 2009

Kembara Cuti Seorang Siswa 1

"Assalamu'alaikum..." 
Demikian perkataan pertama yang diluahkan oleh saya apabila menjejak masuk ke dalam rumah. Sudah menjadi kebiasaan keadaan yang sedikit sunyi selepas subuh, lebih-lebih lagi di hari jumaat (hari cuti bagi terengganu). Tanggal 9hb Ogos 2009, maka bermulalah kembara cuti seorang siswa. Sudah pasti tertanam dalam jiwa saya keinginan supaya memanfaatkan sebaik-baiknya masa cuti ini dengan aktiviti-aktiviti yang insyaAllah dikira sebagai ibadah. Sesungguhnya demi masa manusia itu dalam kerugian bak kalam daripada al-Quran al-Karim.
Berikut tersenarai aktiviti yang saya lalui...


1. Kembara sebagai fasilitator program sebuah ma'ahad di Tok Jiring (9hb Ogos, 2009)

Sebaik hari pertama di rumah, saya hanya sempat meluangkan masa beberapa jam di dalam rumah. Selepas lelap seketika pada waktu syuruk, sarapan tidak dikenakan kerana sudah tertanam niat untuk berpuasa pada hari tersebut. Lalu meminta izin daripada emak untuk keluar menuju ke destinasi tersebut. Jam pada waktu itu sekitar 9 pagi. Alhamdulillah walaupun ada sedikit masalah untuk mencari destinasi, tetapi dengan bantuan sahabat saya, 'Abdul Muntaqim, sampai ke destinasi dengan selamat walaupun sedikit lewat.

Dipendekkan cerita, walaupun program tersebut sebenarnya berlangsung selama 3 hari tetapi disebabkan sedikit masalah rumah tangga (jangan salah faham, status saya masih bujang), jadi masa yang sempat diluangkan hanya sehari. Apa-apa pun satu pengalaman yang saya kira amat berguna insyaAllah. Program tersebut juga sebenarnya bertujuan untuk membersih hati pelajar-pelajar supaya membentuk seorang muslim yang sejati dimana aqidahnya sejahtera, ibadahnya sahih, dan akhlaqnya mantap.

Apa yang hendak di kongsi disini adalah walaupun kehidupan kita di sekolah @ universiti @ mana-mana institusi pengajian diselangi dengan subjek Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah, Tasawwur dan lain-lain. Namun demikian hanyalah teori sebenarnya. Tidak cukup untuk hati ini dididik dengan perkara-perkara teori tanpa menyertai program-program yang dianjurkan bagi mempraktikkan ilmu di otak. Ilmu akan bermanfaat sekiranya ianya diamalkan dan disebarkan kepada orang lain.
Selain itu, bila mana ada peluang, terus manfaatkan peluang tersebut. Bak sebuah analogi, seorang yang sedang memancing terus menarik pancingannya apabila dirasakan ada sesuatu yang tersangkut di mata kail. Walaupun tidak tahu barangkali ikan, atau mungkin sisa-sisa buangan tetapi usaha diperlukan untuk mencuba nasib yakni dengan menarik pancingan tersebut.
Perkara yang sama walaupun untuk mendapat peluang tersebut, saya berasa malas. Tetapi fikirkanlah mana yang lebih baik. Terus memalaskan diri atau korbankan masa untuk menjadi seorang insan yang bermanfaat kepada orang lain insyaAllah sebagaimana hadith,

"Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (HR. Bukhari dan Muslim)
Berikut sedikit gambar yang hendak dikongsi,


(to be continued...)

No comments:

Sahabah