بسم الله الرحمن الرحيم


الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه

Tulisan ini bukanlah sumber pemberita, bukan jua sumber pengkritik, tapi hanya sekadar sedikit informasi yang insyaAllah shahih dan bermanfa'at. 'Ala kulli hal, jika terdapat sebarang kesalahan informasi harap dapat maklum kepada saya. Jazakallah. Kepada Allah jua kita kembali


Moga Allah memberkati segala huruf yang ada dalam blog ini.

Amin~

Labels

analogi (5) artikel (9) cerita (12) dakwah (18) IIUM (3) iklan (9) isu (9) majlis ilmu (6) misc (6) muhasabah (14) puisi (1) ulama (7) video (3)

Sunday, October 11, 2009

Pinggan dan Mangkuk


Pinggan dan Mangkuk kali ini menjadi tajuk kepada post terbaru saya. What is the 1st thing in mind that comes in yours when you see these 'pinggan dan mangkuk'?

Apabila pinggan dan mangkuk ini bersih, lihatlah gambar yang telah dipaparkan tersebut, alangkah cantiknya. Sejuk mata memandang. Terasa nyaman dihati.
Tetapi apabila pinggan dan mangkuk ini kotor dan tidak dibasuh, cuba anda bayangkan bagaimanakah rupanya? Tambahan lagi apabila pinggan dan mangkuk ini sudah hampir sebulan tidak dibasuh dan dibiarkan sampai pelbagai jenis serangga mengerumuninya... [Gambar tidak diupload kerana bimbang mengotorkan blog ini]

Sabda Muhammad S.A.W,

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati. (Riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim)

Pada hakikat, begitulah perumpamaan hati anugerah Allah Ta'ala ini dengan pinggan dan mangkuk. Kalau hati kita dijaga dengan amalan-amalan yang dapat menyucikannya, insyaAllah bersihlah hati kita. Malah kebersihan dan kesucian hati kita akan menyumbang kepada tingkahlaku, akhlak dan perlakuan kita yang sudah semestinya baik.

On the other hand, hati yang kotor dimana ianya diselaputi dengan amalan-amalan yang tidak disukai Allah seumpama dengan pinggan dan mangkuk yang kotor. Mungkin hati kita memang tidak dapat dielakkan dengan kemaksiatan seperti maksiat mata dan telinga lebih-lebih lagi di akhir zaman ini, tetapi kalau boleh janganlah biarkan hati kita dibiarkan begitu sahaja sepertimana diibaratkan pinggan dan mangkuk yang sudah lama tidak dibasuh. Makin lama hati kita tidak dibasuh, makin susah untuk menanggalkan kotoran tersebut. Sebab itu didunia sekarang amalan kebaikan hendaklah istiqamah walaupun sedikit. Dan ianya adalah amalan yang paling disukai oleh Allah.

Akhir kalam dengan satu lagi sabda nabi,


"Siapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah)

No comments:

Sahabah