بسم الله الرحمن الرحيم


الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه

Tulisan ini bukanlah sumber pemberita, bukan jua sumber pengkritik, tapi hanya sekadar sedikit informasi yang insyaAllah shahih dan bermanfa'at. 'Ala kulli hal, jika terdapat sebarang kesalahan informasi harap dapat maklum kepada saya. Jazakallah. Kepada Allah jua kita kembali


Moga Allah memberkati segala huruf yang ada dalam blog ini.

Amin~

Labels

analogi (5) artikel (9) cerita (12) dakwah (18) IIUM (3) iklan (9) isu (9) majlis ilmu (6) misc (6) muhasabah (14) puisi (1) ulama (7) video (3)

Monday, March 8, 2010

Ceramah Maulid & Kes Fitnah

Bismillahir Rahmanir Rahim

Pada kebiasaannya setiap hari ahad akan diadakan kuliah maghrib oleh Ustaz Azhar yang mensyarahkan kitab Fardhu 'Ain Lengkap oleh Imam As-Syafi'e bertempat di Surau Ikhwan Flat Gelong Bilal, Kuala Terengganu. Tapi tidak kali ini(7 Mac 2010), kerana dianjurkan satu forum khas bertajuk bujet 2010 kesan kepada rakyat. Forum tersebut dikendalikan oleh 3 orang panel iaitu Ustaz Azhar, YB Dr Syed Azman Syed Ahmad dan YB Saifuddin Nasution.

 Penulis sampai di surau tersebut pada waktu maghrib dengan luasnya yang kini amat berbeza daripada dahulu. Kerana dahulunya luas surau itu amat terhad sehingga memaksa sebahagian makmum menunaikan solat di bahagian luar. Alhamdulillah, pihak surau telah mengambil langkah yang amat baik demi kebaikan penduduk dan tetamu-tetamu Allah untuk meluaskan surau tersebut. Pada setiap hari ahad, bilangan tetamu Allah yang hadir memang ramai kerana hendak mendengar kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Azhar, ustaz yang sangat mahir dalam menjawab ilmu hukum-hakam (fekah) dan ustaz yang terkenal dengan cara penyampaiannya yang disukai oleh semua golongan, tidak kira mat rempit, golongan kaki masjid, muda dan tua.

Maulid

Sambung balik cerita, apa yang nak disampaikan disini sebenarnya adalah perjalanan penulis... Sampai sahaja ke surau tersebut, terdengar ceramah sampingan oleh Ustaz Nafizul yang baru sahaja pulang daripada Mesir sementara menunggu waktu Isya'. Antara pengisian yang disampaikan oleh Ustaz berkenaan sirrah Muhammad S.A.W. bersempenakan maulidur Rasul, bagaimana terkhabarnya berita Nabi Muhammad yang akan lahir pada 12 Rabi'ul Awwal.

Antaranya mimpi oleh Siti Aminah didatangi malaikat, peristiwa Nabi Isa A.S. menyebut kedatangan seorang bernama Ahmad, dan Buhaira, seorang ahli kitab yang bertemu dengan Baginda bersama bapa saudaranya. Diceritakan juga bagaimana mulianya Baginda yang senantiasa dipelihara oleh Allah sehingga diriwayatkan dimana sahaja Baginda berjalan, awan sentiasa mengikutnya. Selain itu, berbagai lagi peristiwa setelah kelahiran Nabi yang memberi banyak ma'na yang bermanfa'at seperti kedatangan Baginda kepada Halimatus Sa'diah yang menyebabkan tanaman dan peliharaannya menjadi subur dan bertambah. Juga kisah Baginda dibedah oleh Malaikat untuk dibersihkan hatinya dengan air zam zam. Dan banyak lagi ceritanya,...

Penyampaiannya menyebabkan saya terfikir, adakah aku ini sayang kepada Muhammad S.A.W sebagaimana sayangnya Baginda kepada semua umatnya (termasuk penulis ini)? Adakah ada bukti cinta aku kepada Nabi?
*Sedih dan insaf...

Dalam penyampaiannya, diselitkan juga beberapa fatwa yang dikeluarkan oleh ulama besar bahawa menyambut maulidur Rasul adalah perkara yang baik (bukan bid'ah buruk)... antaranya Syeikh Ali Jum'ah, Dr Said Ramadhan Al Buti, ulama Al-Azhariyyah, dan lain-lain lagi.

Kes Fitnah

Selepas ceramah tersebut, datang dua orang YB antaranya adalah YB Saifudin Nasution ingin mengulas kes yang selalu diikut dan dikajinya tentang isu 'fitnah' liwat oleh Anwar bin Ibrahim. Beliau banyak berbicarakan tentang fakta, dan memang fakta yang tidak dinyatakan dalam akhbar-akhbar. Antara fakta yang disampaikan, 2 hari sebelum tarikh yang didakwa Saiful Bahri iaitu 26hb, Saiful telah berjumpa dengan Najib (pada 24hb). Dua tujuan yang dinyatakan kenapa Saiful berjumpa dengannya, 1. kerana ingin berbincang berkenaan biasiswa (pada masa itu Saiful telah dibuang universiti kerana CGPAnya dibawah 2.00) dan 2. didakwa Saiful mengadu beliau diliwat (dalam kes disebut beliau diliwat 26hb). 


Kemudian, Saiful Bahri sendiri berjumpa dengan seorang doktor berwarga Myanmar di Hospital Swasta. Dengan tujuan mencari bukti beliau diliwat oleh Anwar. Keputusan yang dikeluarkan oleh doktor berkenaan bahawa tiada bukti beliau diliwat. Oleh kerana keputusan yang dikeluarkan oleh hospital swasta tidak boleh dijadikan bahan bukti, maka beliau sekali lagi dibawa ke hospital kerajaan Kuala Lumpur. Sekali lagi beliau diperiksa oleh 3 orang doktor, dua orang cina dan satu melayu. Keputusan yang dikeluarkan adalah tidak ada bukti klinikal berlaku tembusan(diliwat)... Berikut adalah fakta yang dinyatakan.

Anwar Ibrahim sendiri pernah ditahan oleh polis yang bertopeng hitam, janji yang dibuat adalah pukul 2 petang, tetapi Anwar Ibrahim diserbu oleh sekumpulan polis adalah sebelum zohor. Beliau ditahan kerana hendak diambil DNA, sedangkan bukti DNA beliau telah ada dan telah diperoleh dahulu pada tahun 1986*(tak pasti, lebih kurang tahun tu kot). - fakta

Yang terbaru, Anwar Ibrahim sendiri selepas letih bertarung didalam mahkamah yang secara jelas berberat sebelah kearah Saiful Bahri (disebabkan oleh hakim yang tidak adil) sedangkan kebenaran fakta berpihak kepada Anwar Ibrahim... Beliau sendiri dan beberapa orang pergi meminta nasihat dan pendapat oleh beberapa ulama-ulama besar, seperti Syeikh Ali Jum'ah(Mufti Mesir), Syeikh Yusuf Al-Qardhawi, dan lain-lain. Fatwa terbaru yang dinyatakan sendiri oleh Syeikh Yusuf Al-Qardhawi adalah

"Barangsiapa yang merencana akan fitnah seperti ini, Munafiq" 

ada juga yang penulis dengar

"Barangsiapa yang percaya akan fitnah ini, Fasiq" 

Tidak pasti mana satu antara dua fatwa tersebut, tapi sudah tentu salah satunya adalah benar. Demikian lah lebih kurang fakta yang disampaikan.

Antara yang selalu ditekankan oleh YB tersebut, "Ini bukan lagi kes peribadi Anwar". Memang benar apa yang dinyatakan. Kerana kita sendiri telah maklum akan hadith yang mesti bagi kita mengambil tahu akan isu umat.

Solat hajat

Selesai ceramah dan ucapan, solat isyak diteruskan dan disusuli dengan solat hajat berjema'ah bertujuan untuk diberi kekuatan kepada Anwar Ibrahim sekeluarga menempuhi cabaran fitnah ini... Akhir kalam, harapnya penulis bercerita dengan tidak menyebelahi sebelah pihak, akan tetapi penulis cuba bercakap dengan kebenaran ilmu yang ada dan bukannya emosi. Moga kebenaran terserlah, amin. [p/s : Gambar ada dalam handset, xdapat nak upload...]

forum tersebut boleh dengar sini




wAllahua'lam

2 comments:

Nur Mohamad Adli Bin Rosli said...

ustaz azhar jadi panel tuh...x pernah tgk lg ni....mesti gempaq..

kuFAIZ said...

cuba r dgr kt bwh ade mp3. besh~ ust azhar mmg trbaik. hehe

Sahabah