kali ni ada ade satu cerita komik yang amat bermakna buat kita semua - umum bagi semua umat islam masa kini...

" Aku tahu bila nak solat, tapi aku tak tahu bila aku mati "
macam tu la lebih kurangnya ungkapan dalam komik...
saudara2, kita ingat kembali tujuan kita berada di muka bumi, kenapakah kita dilahirkan? ana yakin saudara2 sudah tahu tujuan hidup manusia sebagai pengabdian kepada Allah SWT.
kenapa kita solat? sudah tentu untuk membuktikan abdi kita terhadap Allah,
kenapa perlu kita solat awal tepat pada waktunya? tahukah saudara jawapannya?
jawapan ana ialah ana tujukan balik soalan berikut "kenapa kita perlu tepati masa untuk ke kelas?"
cuba fikir2kan. kalau kita lewat ke kelas @ kuliah @ lain2... sudah tentu cikgu @ lecturer marah, atau kadang2 cikgu tak bagi masuk kelas... maknenye kehadiran kita tak diterima..
hal ini sama dengan solat lewat. tak mustahil solat yang lewat akan menyebabkan tuhan kita marah, dan mungkin solat kita diangkat dalam keadaan solat yang tidak sempurna...
kita mengaku kita adalah hamba Allah tapi kita sengaja lewatkan solat seolah-olah solat ini kurang penting... sedangkan telah ternyata bahawa solat adalah soalan yang pertama akan diajukan oleh malaikat mungkar dan nangkir. sama jugak dengan peristiwa isra' mi'raj dimana rasulullah menyaksikan bahawa orang yang melewatkan solat dibangkitkan dalam keadaan kepala babi...
wallahua'lam, moga peringatan ini bermanfaat bagi tarbiyyah diri ana dan antum sekalian...
No comments:
Post a Comment