بسم الله الرحمن الرحيم


الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه

Tulisan ini bukanlah sumber pemberita, bukan jua sumber pengkritik, tapi hanya sekadar sedikit informasi yang insyaAllah shahih dan bermanfa'at. 'Ala kulli hal, jika terdapat sebarang kesalahan informasi harap dapat maklum kepada saya. Jazakallah. Kepada Allah jua kita kembali


Moga Allah memberkati segala huruf yang ada dalam blog ini.

Amin~

Labels

analogi (5) artikel (9) cerita (12) dakwah (18) IIUM (3) iklan (9) isu (9) majlis ilmu (6) misc (6) muhasabah (14) puisi (1) ulama (7) video (3)

Friday, August 6, 2010

Marhaban ya Ramadhan : Lailatul Qadr

Di kalangan mereka yang biasa dengan tradisi pengajian pondok dan pesantren, pasti kenal dengan kitab "Hasyiah Ibnul Amir 'ala Ittihaaf al-Murid syarah Jawharah at-Tawhid". Pengarangnya seorang ulama besar bermazhab Maliki dan pengamal thoriqah asy-Syadziliyyah, nama beliau adalah al-'Allaamah asy-Syaikh Abu 'Abdillah Muhammad bin Muhammad bin Ahmad bin 'Abdul Qadir bin 'Abdul 'Aziz al-Azhari rahimahumUllah yang terkenal dengan gelaran al-Amir al-Kabir.
Beliau menjadi mufti Maliki di Mesir dari tahun 1201 sehingga 1232H. Dilahirkan pada tahun 1154H dan wafat di Kaherah dalam bulan Dzul Qaedah tahun 1232H. Memiliki banyak karya, sama ada yang telah dicetak atau yang masih berbentuk manuskrip. Antara karya beliau adalah:-
  1. المجموع في الفقه المالكي
  2. الإكليل شرح مختصر خليل
  3. حاشية على مغني اللبيب لإبن قاسم
  4. ضوء الشموع على شرح الجموع
  5. النخبة البهية في الأحاديث المكذوبة على خير البرية
Ketokohan beliau dalam ilmu mengkagumkan para ulama sezaman. Dalam usia yang belum menjangkau 21 tahun, beliau telah menghasilkan kitab "al-Majmu'" dalam fiqh Maliki. Mari kita hirup sedikit ilmu yang beliau curahkan dalam satu risalah beliau pada mentafsirkan surah al-Qadr, moga ada manfaatnya. Dalam risalah tersebut beliau menyatakan:-


Dan tersebut dalam "Tafsir al-Khatib" {iaitu tafsir "as-Sirajul Munir" karangan Syaikh Khatib asy-Syarbini rahimahUllah} daripada Syaikh Abul Hasan asy-Syadzili yang menyatakan bahawa jika awal Ramadhan jatuh pada hari Ahad, maka Lailatul Qadr jatuh pada 29 haribulan; 
jika awalnya hari Isnin, maka Lailatul Qadr jatuh pada 21 haribulan; 
jika hari Selasa, Lailatul Qadr jatuh pada 27 haribulan; 
Jika hari Rabu, Lailatul Qadr jatuh pada 29 haribulan; 
jika hari Khamis, Lailatul Qadr jatuh pada 25 haribulan; 
jika hari Jumaat, Lailatul Qadr jatuh pada 27 haribulan; 
dan jika hari Sabtu, Lailatul Qadr jatuh pada 23 haribulan.

Dan telah warid (hadits yang menyatakan): "
Sesiapa yang sholat Maghrib dan Isya` berjemaah, maka dia telah memperolehi bahagian yang besar / banyak daripada Lailatul Qadr". Juga telah warid bahawa: "Sesiapa yang sholat Isya` berjemaah, maka seumpama dia menghidupkan separuh malamnya untuk beribadah (yakni berqiyamullail). Apabila dia sholat Subuh berjemaah, maka seumpama dia telah menyempurnakan keseluruhan malamnya untuk berqiyamullail."

Maka sewajarnya seseorang yang sukar untuk memperbanyakkan qiyamullail, dia memilih beramal dengan bacaan-bacaan yang telah warid ianya menghasilkan pahala besar seperti Ayatul Kursi yang telah warid bahawa ianya ayat al-Quran yang afdhal, membaca 3 atau 2 ayat terakhir surah al-Baqarah yang telah warid bahawa sesiapa yang membacanya nescaya ianya akan mencukupi baginya pada malam tersebut, surah al-Zalzalah yang warid bahawa ianya menyamai separuh al-Quran, surah al-Kafirun yang warid ianya menyamai seperempat al-Quran, surah al-Ikhlash yang menyamai sepertiga al-Quran, surah Yaasin yang warid bahawa ianya hati al-Quran dan ianya dibaca untuk apa yang diniatkan; memperbanyakkan istighfar, tasbih, tahmid, tahlil, berbagai zikir dan bersholawat ke atas Junjungan Nabi SAW; berdoa dengan apa yang disukai bagi dirinya dan orang-orang yang dikasihnya samada yang masih hidup maupun yang telah mati; bersedekah dengan apa yang mudah baginya; dan menjaga segala anggotanya daripada melakukan maksiat. Inilah cara menghidupkan malam Lailatul Qadar yang akan menyebabkan keampunan Allah daripada dosanya dan bukannya dihidupkan malam dengan berhibur - hibur dan bermain-main.


********************************************************
Nazam Syaikh Abul Hasan mengenai Lailatul Qadr

Wahai yang bertanya
Tentang lailatul qadar bila ada ia
10 terakhir Ramadhan tempatnya dia
Pada yang gasal diharap adanya
Diketahui ia dengan hari Ramadhan bermula
Jika Ahad dan Rabu mula ia, malam ke-29 itulah dia
Jumaat dan Selasa, ke-27 jadi ia
Khamis mula, ke-25 pula
Jika Sabtu hari pertama, ke-23 malam utama
Jika Isnin pula, malam ke-21 jangan lupa
Inilah kaedah dinaqal ia
Dari kalangan ahli sufi zuhud tak cinta dunia


sumber : http://bahrusshofa.blogspot.com/

2 comments:

zunnurain said...

assalamu'alaikum..sekadar perkongsian..haritu g pengajian kat msjid al mukarramah, syekh fahmi ade ajar cra nk kire malam alqadar...

cth :
mula puasa rabu...
rabu pertama hungga rabu minggu berikutnya= 8 hari + khamis + jumaat = 10 hari..
kemudian, sabtu ke sabtu minggu seterusnya = 8 hari + ahad + isnin = 10 hari..
jadi, 10 + 10 = 20
21 - hari selasa
22 - hari rabu
23 - " khamis
24 - " jumaat
25 - " sabtu
26 - " ahad
27 - " isnin

kata ustaz, ni berdasarkan pengalaman2 yg dilalui pleh ahli sufi...
dan di antara tanda-tandanya ialah :
1) tak terlalu panas
2) tak terlalu sejuk
3) tak hujan sangat
4) tiada bunyi anjing menyalak
5) hati rasa lain
6) air mata berlinangan

insyaAllah..pesanan ustaz, beramallah bermula dengan malam pertama, dan istiqamah..mudah2an berkat istiqamah dan rahmatNya, kita akan bertemu dengan lailatul qadar...bii izniLlah...

p/s: ini yg ana dapat, if i m not mistaken, klu salah tlg btulkan...waLlahuA'lam..

k u f a i z said...

jazakillah atas pkongsian yg sangat bmanfaat. ana x brksmpatan nk pergi talaqqi syeikh fahmi baru ni sbb ad kat ganu.. ana sbnrnya kurg faham dgn kiraan tu.. tp xmngapa

insyaAllah y pnting kita berusaha mcari lailatul qadr pd 10 mlm terakhir. moga Allah prtmukan kta dgn lailatul qadr. doa2 kn ana ye

Sahabah