بسم الله الرحمن الرحيم


الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه

Tulisan ini bukanlah sumber pemberita, bukan jua sumber pengkritik, tapi hanya sekadar sedikit informasi yang insyaAllah shahih dan bermanfa'at. 'Ala kulli hal, jika terdapat sebarang kesalahan informasi harap dapat maklum kepada saya. Jazakallah. Kepada Allah jua kita kembali


Moga Allah memberkati segala huruf yang ada dalam blog ini.

Amin~

Labels

analogi (5) artikel (9) cerita (12) dakwah (18) IIUM (3) iklan (9) isu (9) majlis ilmu (6) misc (6) muhasabah (14) puisi (1) ulama (7) video (3)

Friday, December 17, 2010

Sejauh mana terhasilnya ilmu kita?

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Aku bersaksi tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah. Selawat ke atas Muhammad ( صلى الله عليه وسلم ).


Amma ba'd

Adalah menjadi kewajipan bagi kita manusia untuk menuntut ilmu, mahupun ilmu fardhu 'ain atau fardhu kifayah. Bahkan ulama juga telah bersepakat bahawa menuntut ilmu itu sendiri adalah fardhu 'ain. Sehinggakan ayat yang pertama diturunkan kepada baginda ( صلى الله عليه وسلم ) adalah tentang ilmu, iaitu "إقرأ". Sesungguhnya Rasulullah ( صلى الله عليه وسلم ) diutuskan oleh Allah untuk menyebarkan risalah, yakni agama Islam, agama mengenal Allah. Bagaimana mungkin baginda ( صلى الله عليه وسلم ) boleh menyebarkan risalahnya tanpa ilmu dan persiapan? Demikian pentingnya ilmu, terutamanya bagi para pendakwah yang ingin meluaskan ajaran islam, mahupun para pewaris perjuangan nabi kita ( صلى الله عليه وسلم ) untuk menegakkan agama islam dimuka bumi ini. Ilmu adalah sebagai asas seseorang untuk memberi kefahaman, namun jikalau asas itu tidak kuat, dibimbangi kefahaman yang diberikan itu terpesong. Seterusnya kefahaman itu terus disebarkan kepada orang lain dan terus disebar-sebarkan. Akibatnya sangat dahsyat jika orang yang jahil atau tidak berilmu menyebarkan kefahaman mereka yang mereka sangkakan betul. Ini adalah satu fitnah yang sangat hebat. Moga Allah melindungi. Namun ini tidaklah bermakna kurangnya ilmu seseorang itu tidak boleh menyebarkan ilmunya, seperti mana sabda Rasulullah

"بلّغوا عنى ولو اية
"Sampaikanlah daripada ku walau satu ayat"

Sahabah