بسم الله الرحمن الرحيم


الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه

Tulisan ini bukanlah sumber pemberita, bukan jua sumber pengkritik, tapi hanya sekadar sedikit informasi yang insyaAllah shahih dan bermanfa'at. 'Ala kulli hal, jika terdapat sebarang kesalahan informasi harap dapat maklum kepada saya. Jazakallah. Kepada Allah jua kita kembali


Moga Allah memberkati segala huruf yang ada dalam blog ini.

Amin~

Labels

analogi (5) artikel (9) cerita (12) dakwah (18) IIUM (3) iklan (9) isu (9) majlis ilmu (6) misc (6) muhasabah (14) puisi (1) ulama (7) video (3)

Thursday, March 3, 2011

Rahmat Sekalian Alam

Seluruh kepujian kepada Allah ( سبحانه وتعالى ) empunya sekalian alam, Selawat dan salam ke atas penghulu segala al-anbia, sayyidul wujud, Muhammad ( صلى الله عليه وسلم ) serta ke atas para ahlul bait, dan sahabat-sahabat baginda R.A.


Amma Ba’d


Telah kita ketahui bahawa nikmat kurniaan Allah yang dikurniakan secara langsung dan tidak langsung untuk kita adalah sangat banyak, malah adalah sesuatu yang mustahil untuk kita menghitungnya. Demikian kerana nikmat Allah bukan sahaja berada pada pandangan zahir, segala benda yang tersirat juga adalah nikmat Allah termasuklah pandangan yang terzahir pada mata, pendengaran yang boleh digunapakai pada telinga, pemikiran yang boleh berfungsi pada akal, perasaan yang boleh dirasai pada hati, roh kehidupan disebalik jasad kehidupan serta banyak lagi. Bahkan masa, tempat, kekuatan, islam, hidayah, keinginan, kesedapan dan kesusahan juga adalah nikmat daripada Allah ( سبحانه وتعالى ) Sungguh, banyak sekali nikmat yang dikurniakan Allah ini. Benarlah, kita tidak akan dapat menghitungnya kerana terlalu banyak.


Berdasar firman Allah S.W.T :


“Dan jika kamu menghitung ni’mat Allah, niscaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh, Allah benar-benar Maha Pengampun, Maha Penyayang” Surah An-Nahl : 18


Para ulama muhaqqiqin mentafsirkan bahawa “ni’mat” yang dimaksudkan oleh Allah itu adalah Muhammad ( صلى الله عليه وسلم ) Benar, baginda adalah ni’mat yang paling besar, paling agung, tidak ternilai berbanding dengan segala jenis ni’mat di dunia ini. Maka ni’mat mana lagi yang lebih kita syukuri jika bukan ni’mat yang paling agung ini.



Kenapa dikatakan Muhammad ( صلى الله عليه وسلم ) itu adalah ni’mat yang paling agung?


Baginda adalah sebaik-baik makhluk berbanding dengan seluruh makhluk-makhluk Allah, semulia-mulia manusia yang terpilih termasuk para anbia’, dan penutup para nabi-nabi. Walaupun baginda adalah nabi yang terakhir, akan tetapi Nur baginda adalah makhluk yang terawal diciptakan oleh Allah ( صلى الله عليه وسلم ) (khilaf ulama : makhluk yang paling awal diciptakan : Air & Nur Muhammad) Nur Sayyiduna Muhammad ( صلى الله عليه وسلم ) telah diciptakan Allah sebelum kelahiran Nabi Adam A.S. Malah, Nur Muhammad ( صلى الله عليه وسلم ) terlebih dahulu diciptakan berbanding dengan para malaikat. Kewujudan baginda ( صلى الله عليه وسلم ) telah menjadi penyebabnya diturunkan mukjizat agung Al-Quran Al-Karim ya’ni perkataan-perkataan Allah ( سبحانه وتعالى ). Baginda adalah dikatakan sebagai pembawa rahmat. Rahmat yang dimaksudkan adalah rahmat yang sangat luas, bukan sahaja merangkumi rahmat selepas kelahiran jasad baginda, bahkan rahmat pengampunan Allah ke atas kaum-kaum tertentu, rahmat Allah ke atas para penyampai risalah sebelumnya, rahmat diciptakan bumi ini.


Semua makhluk, malaikat, jin, manusia, binatang dan lain-lain tidak memperolehi rahmat daripada Allah ( سبحانه وتعالى ) kerana rahmat itu terkunci. Akan tetapi, Sayyiduna Muhammad ( صلى الله عليه وسلم ) adalah pengutus kepada rahmat, pembuka pintu-pintu rahmat yang terkunci. Inilah yang dikatakan dalam firman Allah S.W.T. :


“Dan tidak Kami utuskan kamu (Sayyiduna Muhammad) melainkan sebagai rahmat sekalian alam” Surah Al-Anbia : 107


Demikian, Muhammad ( صلى الله عليه وسلم ) adalah ni’mat yang paling agung. Kerana semua keni’matan yang ada tidak akan dikurniakan oleh Allah melainkan kerana Muhammad ( صلى الله عليه وسلم ) telah membuka pintu segala keni’matan. Justeru, layaklah baginda S.A.W. adalah ni’mat yang paling agung.


Bagindalah makhluk yang paling layak dicintai, dirindui, dan dihargai. Kisah penghidupan baginda ( صلى الله عليه وسلم ) sejak mula-mula baginda lahir ke atas muka bumi ini dimulai dengan cahaya yang telah menerangi dunia. Cahaya tersebut telah memadamkan segala kegelapan yang ada. Dan cahaya itu berterusan walaupun jasad Muhammad ( صلى الله عليه وسلم ) telah meninggalkan muka bumi ini dengan adanya ummah baginda ( صلى الله عليه وسلم ) yang mengikutinya, mencintainya, dan menyambung perjuangan baginda ( صلى الله عليه وسلم ) untuk membawa sinaran cahaya yang boleh memadamkan kegelapan.


Adakah kita rindu kepada Sayyiduna Muhammad sebagaimana Sayyiduna Muhammad yang sentiasa merindui kita? Dalam hadis ada menceritakan, Sayyiduna Muhammad ( صلى الله عليه وسلم ) pernah satu ketika meluahkan rasa rindu kepada saudara-saudaranya. Maka sahabat berasa pelik lantas bertanya kepada baginda bukankah mereka itu adalah saudara-saudara yang baginda maksudkan. Baginda ( صلى الله عليه وسلم ) memberitahu bahawa mereka adalah ‘sahabat’ baginda, dan ‘saudara’ yang dimaksudkan oleh Baginda adalah orang yang mencintai Baginda ( صلى الله عليه وسلم ) akan tetapi tidak pernah melihat wajah suci yang bercahaya Sayyiduna Muhammad ( صلى الله عليه وسلم ) Tatkala nyawa baginda berada pada penghujung hayat, baginda ( صلى الله عليه وسلم ) yang sangat mengasihi kita, dan masih lagi mampu menyebut “Ummatii, Ummatii, Ummatii…” walaupun jasad baginda sedang kesakitan. Adakah kita layak menggelarkan diri kita sebagai ummat Nabi Muhammad ( صلى الله عليه وسلم ) jika kita seringkali melupakan baginda ( صلى الله عليه وسلم ) dan tidak ada rasa cinta dan rindu kepada Baginda? Adakah layak kita digelar sebagai “saudara” yang disabdakan oleh baginda itu? Tidakkah kita malu kepada para sahabat yang mengorbankan jiwa raga mereka semata-mata kerana kecintaan mereka kepada Sayyiduna Muhammad ( صلى الله عليه وسلم )
Sepertimana diceritakan dalam riwayat yang sahih, terdapat dalam Sahih Al-Bukhari. Pohon kurma yang pada asalnya selalu digunapakai oleh baginda untuk berkhutbah telah digantikan dengan mimbar yang baru dibina oleh para sahabat. Kemudian, ketika baginda berkhutbah, kedengaran suara kesakitan@kesedihan daripada pohon kurma tersebut kerana pohon kurma itu tidak dapat lagi berkhidmat sebagai tempat untuk Sayyiduna Muhammad ( صلى الله عليه وسلم ) berkhutbah. Kejadian ini telah disaksikan oleh semua para sahabat. Kemudian, baginda memujuk pohon kurma tersebut dengan memberitahu ganjaran-ganjaran dan kelebihan di syurga yang mana buah-buah kurmanya akan dimakan oleh baginda, para anbia, dan para salihin di syurga kelak. Lantas pohon kurma itu tidak lagi bersedih. Bayangkan, pohon kurma yang hanya sekejap sahaja berpisah dengan baginda sangat bersedih maka bagaimana pula kita yang berpisah jasad kita sejak kita lahir ke muka bumi ini melupakan Baginda. Baginda ( صلى الله عليه وسلم ) memberitahu jikalau tidak baginda memujuknya supaya berhenti menangis, nescaya hingga ke hari kiamat pohon kurma itu akan menangis kerinduan. Sayyiduna Hassan R.A., cucu kesayangan Baginda mengatakan bahkan kita sepatutnya lebih merindui baginda lebih daripada pohon kurma itu. Tidakkah kita malu?


Tidakkah kita malu dengan orang-orang yang dekat dengan Allah ( سبحانه وتعالى )? Para salihin, sepertimana para salihin apabila bercerita tentang Nabi Muhammad S.A.W. lantas menitiskan air mata kerinduan kepada Baginda S.A.W. Jelas mereka adalah golongan yang mencintai Baginda ( صلى الله عليه وسلم ) yang harus kita ikuti.
Hudzaifah R.A. meriwayatkan, “Saya berjumpa dengan Nabi ( صلى الله عليه وسلم ) di salah satu jalan di Madinah. Beliau bersabda, ‘Aku adalah Muhammad. Aku adalah Nabi pembawa rahmat. Aku adalah Nabi (pembuka pintu) taubat. Aku adalah al-Muqaffa (yang dimuliakan). Dan Aku adalah Nabi (yang terlibat dalam) perang-perang besar’.”


Sempena dengan bulan kelahiran Nabi Muhammad ( صلى الله عليه وسلم ) ya’ni bulan yang bercahaya, ayuh perbanyakkan selawat kepada Sayyidul Wujud, Muhammad ( صلى الله عليه وسلم ). Dan hadirkanlah diri ke majlis-majlis yang memperingati kita kepada Nabi Muhammad ( صلى الله عليه وسلم ) supaya menjadi titik pencetus kepada kita untuk terus mengingati, merindui, mencintai, dan mengikuti Baginda Muhammad ( صلى الله عليه وسلم ) Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang mendapat syafaat Baginda ( صلى الله عليه وسلم ) di akhirat kelak. Amin. Salam Maulidur Rasul

8 comments:

zulkarnain said...

Alhamdulillah...rupenye ad blog gk sahabat ana ni..

Apa pun teruskn menulis, selagi mana ia memberikn manfaat pd ummah..

k u f a i z said...

maaf blog ni mmg kurang terkenal, tmbahan slalu menyepi... hehe, insyaAllah. doa2kan ana

Abu Abdullah said...

CInta kat Nabi Muhammad SAW.... Tetapi perlakuan ini selalu bercanggah dengan sunnah Nabi saw... Maksiat selalu dilakukan walaupun lidah ini selalu menyatakan rasa cinta kepada baginda saw...

... said...

Assalam akhi,

Shukran kongsi coretan ini. Panjangnya pun ideal. X terlalu pendek/pjg. Mesejnya sgt2 bagus. Peringatan yg baik bg kebanyakan Muslims yg mudah lalai n lupa memanjatkan Rasa syukur bg nikmat2 yg diberiNya. Keep writing! Hope anta will write more often. It's also a way of learning n indirectly spending yr time for His sake=)

WAllahua'lam

k u f a i z said...

masyaAllah :) tabarakAllah...

jazakumallahu kheir~ trima kasih krna mmberi ana smgt untuk mnruskan mnulis blog. al maklum lah, ana seorang insan yang biasa, yang kadang2 lalai, kadang2 hidup dgn zikrullah serta mahabbah nabi. lebih2 lagi di universiti kdg2 tidak ada masa sgt untuk mnulis blog. insyaAllah doa2kan ana, may Allah bless u

... said...

Assalam, ana faham sbb ana sendiri pun sdg menuntut di uni lg2 elect eng. Tp ana merasakan kewajipan to meluangkan masa utkNya dgn konsisten sbg menunjukkan komitmen kami terhdpNya. Bg ana, blogging salah satu cara ana bljr ttg Islam dan kongsi dgn yg lain=) sbb time blogging ana Baca AQ byk dan buat kajian pasal topik agm. Alhamdulillah=)

Wslm

... said...

Btw, ana enjoy reading anta's writing=)

k u f a i z said...

insyaAllah :) terima kasih, ana akan berusaha istiqamah

Sahabah