بسم الله الرحمن الرحيم


الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه

Tulisan ini bukanlah sumber pemberita, bukan jua sumber pengkritik, tapi hanya sekadar sedikit informasi yang insyaAllah shahih dan bermanfa'at. 'Ala kulli hal, jika terdapat sebarang kesalahan informasi harap dapat maklum kepada saya. Jazakallah. Kepada Allah jua kita kembali


Moga Allah memberkati segala huruf yang ada dalam blog ini.

Amin~

Labels

analogi (5) artikel (9) cerita (12) dakwah (18) IIUM (3) iklan (9) isu (9) majlis ilmu (6) misc (6) muhasabah (14) puisi (1) ulama (7) video (3)

Thursday, July 2, 2009

Usrah > Keluarga Bahagia

Apa itu usrah?

Bagaimana jawapannya jika soalan ini ditujukan kepada pemuda2 yang telah terbiasa dengan aktiviti usrah pada zaman sekolah,

dapat ana menganggarkan jawapannya adalah sebagai - "satu bulatan atau halaqah ilmu yang membincangkan sesuatu topik atau isu"

dan jika bagi pemuda yang belum pernah menyertai usrah, sudah tentu jawapannya lebih kurang berbunyi - "binaan keluarga secara tak langsung" (berdasarkan apa yang pemuda tu faham tentang perkataan 'usrah' sebagai 'keluarga' lalu ia menafsirkannya sebegitu rupa)

um,... kedua-dua jawapannya betul kerana jawapannya berdasarkan pengalaman dan kefahaman yang ada :)

daripada bicara hati ana tentang 'apa itu usrah?'
ana juga akan menjawab sedimikian rupa. Tetapi ana telah dapat mengkonklusikan disini bahawa kedua2 jawapan tersebut jika digabungkan, akan terhasil satu term "ukhwah islamiyyah". Secara tak langsung bagi ana, ini lah usrah. Dan inilah antara aspek dan juga objektif usrah.
Ukhwah yang terhasil daripada 'Keluarga' dan islamiyyah daripada 'halaqah ilmu'.
Dan usrah bukan nya semata-mata keluarga dan bukan juga semata-mata halaqah ilmu...
Boleh ditafsirkan usrah juga dengan bahasa yang lagi indah, iaitu - "satu ikatan kekeluargaan yang diikat oleh ikatan aqidah untuk mengalami sesuatu pembentukan praktikal" (maksud diambil dan diolah daripada sebuah buku karangan Ya'qub Muhammad Hussin)

Konsep usrah sering disalah erti oleh sesetengah orang dengan menganggap bahawa usrah adalah satu halaqah ilmu, sesi kaunseling, sesi berbincang, satu bulatan dan lain-lain. Pada hakikatnya, usrah adalah salah satu metodi dakwah. Usrah juga merangkumi semua anggapan2 luar... Dimana usrah adalah sesuatu majlis yang tak rasmi, fleksibel dan ianya tak rigid yang hanya perlu dilaksanakan dengan bulatan atau halaqah. Usrah sangat berbeza dengan tazkirah atau ceramah dimana aspek2nya sangat luas dimana tujuan usrah adalah supaya anggota-anggota usrah dapat berbincang sambil diketuai oleh naqib(ah) dan menerapkan ilmu yang dapat kedalam kefahaman. Dalam erti kata lain, supaya ahli-ahli usrah faham dengan ilmu, kemudian mereka dapat mengamalkan apa yang mereka faham. Kemudian sampaikan apa yang mereka faham kepada orang lain secara langsung atau tak langsung.

Tentang perlaksanaan usrah yang dikatakan fleksibel, usrah juga boleh diolah dalam bentuk sebuah permainan, lawatan atau aktiviti2 lain. Dan sudah tentu aktiviti tersebut mempunyai pengisian supaya ianya bermanfaat dan menarik.

Imam Hassan Al Banna pernah berkata dalam risalahnya,

يحرص الإسلام على تكوين الأسر من أهله يوجههم إلى المثل العليا ويقوى روابطهم ويرفع أخوتهم من مستوى الكلام والنظريات إلى مستوى الأفعال والعماليات فاحرص يا أخى أن تكون لبنة صالحة فى هذا البناء ( الإسلام)

Maksud : Islam mementingkan kepada pembentukan usrah membawa kepada contoh yang baik, memperkuatkan keterikatan sesama muslim dan meningkatkan ukhuwah daripada tingkatan teori kepada praktikal. Maka Jagalah dirimu ! Wahai saudaraku agar engkau terdiri daripada salah satu batu binaan yang baik daripada binaan yang didirikan iaitu binaan Islam.


Usrah sangat ditekankan oleh As-Syahid supaya ikatan ukhwah islamiyyah bukan hanya sekadar teori, tetapi ianya perlu dipraktikkan. InsyaAllah dengan aktiviti usrah yang fleksibel akan mengkuatkan lagi ikatan ukhwah yang terbina dengan bertunjangkan binaan islam dalam hati masing-masing.

Berkenaan asal-usul usrah, usrah berasal daripada Rasulullah SAW yang mula menyebarkan dakwahnya di bumi Mekah. Rumah salah seorang sahabat yang bernama Arqam bin Abi Arqam digunakan untuk membuat sebarang pertemuan secara sulit dengan kaum muslimin dengan tujuan memberitahu dan membawa wahyu Allah SWT. Namun, setelah Allah SWT memerintahkan supaya Nabi SAW berdakwah secara terang-terangan, kaedah membuat pertemuan secara sulit sudah tidak lagi digunakan kecuali pada ketika yang tertentu.

Namun, secara khususnya aktiviti usrah seperti yang diamalkan oleh kita sekarang bermula apabila Almarhum Hassan Al-Banna mengasaskan Ikhwanul Muslimin pada tahun 1927 di Mesir beberapa tahun selepas kejatuhan dinasti khilafah Islamiyyah yang terakhir pada di Turki. Beliau mula membina tanzimya yang tersendiri dengan matlamatnya yang begitu jauh untuk mengembalikan semula khilafah Islamiyyah (Sayang.. beliau syahid sebelum melihat cita-citanya tercapai). Asas yang dibina oleh beliau diteruskan oleh pengikut-pengikutnya ke seluruh dunia dan menjadi satu momentum yang menggerakkan arus kebangkita semula Islam di seluruh pelusuk dunia dengan method dan strategi yang berbeza.

Maka, usrah sebenarnya adalah salah satu sunnah baginda SAW :) Wallahua'lam...

No comments:

Sahabah