بسم الله الرحمن الرحيم


الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه

Tulisan ini bukanlah sumber pemberita, bukan jua sumber pengkritik, tapi hanya sekadar sedikit informasi yang insyaAllah shahih dan bermanfa'at. 'Ala kulli hal, jika terdapat sebarang kesalahan informasi harap dapat maklum kepada saya. Jazakallah. Kepada Allah jua kita kembali


Moga Allah memberkati segala huruf yang ada dalam blog ini.

Amin~

Labels

analogi (5) artikel (9) cerita (12) dakwah (18) IIUM (3) iklan (9) isu (9) majlis ilmu (6) misc (6) muhasabah (14) puisi (1) ulama (7) video (3)

Wednesday, March 31, 2010

'cakap tak serupa bikin'

Bismillahir Rahmanir Rahim~

Couple

Sungguh, banyak sekali dalam kalangan blogger-blogger terutamanya kalangan siswa yang membicarakan tentang 'haramnya bercouple', 'cinta yang satu', dan lain2 lagi. Kebanyakannya sehingga ada yang sanggup copy dan paste artikel-artikel yang berkenaan couple, kerana pentingnya ingin menyedarkan kepada pembaca-pembaca supaya menghindari gejala coupling.

Disini sebenarnya tidak sesekali ingin membicarakan lanjut tentang hukum seseorang bercouple, ataupun apakah yang dinamakan cinta ataupun lain-lain istilah. Kerana saya bukanlah orang yang selayaknya untuk membicarakan tentang tajuk sebegini, apatah lagi jika sampai ada yang menanyakan apakah hukum bercinta sebelum kahwin? Minta maaf, saya tidak dapat menjawab persoalan itu kerana saya bukan daripada ahli yang layak. Tetapi jikalau sekadar memberi pandangan peribadi mungkin saya mampu.

Saya Tidak Tahu

Teringat akan kisah di mana Imam Malik iaitu pengasas Mazhab Maliki, tentang penduduk kampung yang bertanyakan tentang hukum sesuatu perkara. Tapi apa yang dijawab oleh Imam Malik ialah "Saya tidak tahu. Masalah ini belum pernah berlaku di negeri kami. Guru-guru kami tidak pernah berbicara tentang masalah ini."
Pada keesokannya sekali lagi penduduk itu bertanya, namun jawapan Imam Malik "Saya masih belum tahu" dan demikianlah hari-hari seterusnya. Apa yang dapat dijadikan iktibar disini ialah Imam Malik sangat berhati-hati dalam menjawab persoalan hukum. Ingin dikatakan bahawa Imam Malik bukanlah seorang yang tidak layak dalam persoalan-persoalan hukum, malah Imam Malik dikatakan orang yang paling berilmu dalam kalangan penduduk disitu serta kehebatan, kewarakan Imam Malik memang tidak dapat dinafikan lagi sebenarnya. Bagaimana dengan orang awam yang kononnya telah mendapat ijazah pengajian ilmu hadith tetapi sudah memandai dalam bab-bab hukum. Belum lagi termasuk orang-orang awam. Sedangkan masih banyak lagi ilmu yang perlu didalami, seperti Usul Fiqh, Sirrah, Balaghah, dan lain-lain. Firman Allah dalam Surah An-Nahl: 116

"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidah, ini halal dan ini haram, untuk mengadakan pembohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang yang mengada-adakan pembohongan terhadap Allah tiadalah beruntung."
Cakap Tak Serupa Bikin

Satu lagi isu yang hendak ditegur adalah, ramai dikalangan kita yang mengatakan haram bercinta, sedangkan ikhtilat orang yang mengatakan demikian sendiri tidak dijaga, walaupun mereka tidak bercinta, tetapi tidakkah itu juga perbuatan yang mendekati zina?

Surah As-Saf

"Sangat benci disisi Allah orang yang mengatakan sesuatu tetapi tidak melaksanakannya"



p/s : Harap tidak disalah faham. Saya tidak bermaksudkan couple itu halal atau haram. Cuma sekad

Tuesday, March 23, 2010

Sahabat Ukhrawi

Bismillahir Rahmanir Rahim


"Faiz, aku lemah, jahat... Langsung tak beramal dengan ilmu yang ada..."
Aduan sahabatku kepada aku setelah menceritakan masalahnya. Sedangkan sahabatku yang aku kenal ini adalah seorang yang hebat, berjiwa besar, dan 'abid yang tekun. Dia melihat diri dia ini lemah, tetapi sebenarnya bukan, dia tidak lemah. Malah dia lagi mulia daripada aku pada pandangan Allah. Aku cuba menenangkan hatiya walaupun aku bukanlah orang yang selayaknya untuk menasihatinya...

"Aku takut la Faiz, takut... takut aku akan disoal atas perbuatanku ini"
Aduan sahabatku yang lain. Walaupun perbuatan yang sedang dilakukannya itu bukanlah perkara jahat. Malah perbuatan yang disukai oleh Allah.

"Aku tak yakin la, takut aku tak dapat buat..."
Seorang lagi sahabatku yang meluahkan rasa tidak yakinnya terhadapku. Sedangkan orang ini pemikir yang hebat, dan apabila datang tugas, dia melaksanakannya dengan ikhlas dan bersungguh...

Aku seorang hamba yang kosong...

Ya Allah, kurniakanlah kepada ku teman-teman akhiratku di dunia ini,
Adapun teman-teman duniaku ini, jadikan mereka ini temanku di akhirat.
Jadikanllah hidup akhirat kami adalah hidup di syurga.
Wahai yang Maha Pengampun, ampunilah daku, ampuni kedua ibu bapa ku, ampuni guru-guru ku, ampuni sahabat-sahabat ku...

Amin~

Friday, March 19, 2010

Pertemuan dengan Rasulullah S.A.W. dalam mimpi



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...



Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.



Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku', jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.



Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.



Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.



Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.



Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri.."



Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun 'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.



Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.." Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!


Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.." Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!". Ya Rasulullah... Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.


Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati..." dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.." tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam...



Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah..." Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.



Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.



Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w.."



Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.." Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.



Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.." Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:

"Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.."



Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.." Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.



Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.." Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan.."



Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..."

p/s: kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..

Wednesday, March 10, 2010

Kalimah Allah

Isu Kalimah Allah

Beberapa bulan yang lalu, hangat didebat tentang isu kalimah Allah yang digunakan oleh pihak gereja. Tapi harap-harapnya, sepanjang berlakunya perselisihan pendapat dan pandangan, tidak berlaku sesuatu yang boleh memecah belahkan umat islam sendiri. Supaya sejarah buruk kejatuhan umat islam tidak akan berulang. Kerana saya percaya, isu ini sengaja ditimbulkan oleh pihak yang ingin melihat kehancuran islam, melihat umat islam berbalah sedangkan mereka hanya melihat dan mencari peluang... Wana'uzubillah~

Lambang kebesaran Allah

Walaupun topik kali ini berbaur isu yang hangat dikatakan beberapa bulan lau, tetapi sebenarnya saya tidak ingin membincangkan isu tersebut. Cuma saya teringat kisah-kisah ajaib yang terpaparnya kalimah Allah di tempat yang di luar jangkaan kita, seperti badan kucing, lembu, awan, laut, pokok, dahi orang, dan lain-lain lagi.

Ketika semester pertama dan tahun pertama di Pusat Asasi UIA PJ, terdengar kisah daripada seorang sahabat tentang kalimah Allah tertera di awan, dia melihatnya dengan matanya sendiri. MasyaAllah Tabarakallah, saya amat kagum sekali mendengarnya. Dia adalah orang yang dipilih oleh Allah. Sama juga dengan kisah yang sangat popular di mata dunia dahulu kala, tertera kalimah Allah pada ombak ketika tsunami melanda di Acheh, Indonesia. Sungguh, Allah Maha Besar... Baru sahaja tadi, mak saudaraku menceritakan kepadaku bahawa dia telah melihat seekor kucing yang terdapat kalimah Allah pada badannya yang sedang berada di atas kubur. Ketika dia menziarahi kubur kakaknya yang baru sahaja kembali tahun lepas. Sangat beruntung melihat kebesaran-Nya.

Saya juga pernah melihat video seorang yang sedang menyampaikan kuliah@tazkirah di masjid. Secara tiba-tiba sahaja penceramah tersebut kelihatan lemah, sesak nafas, dan kemudian jatuh. Apabila di ulang tayang video tersebut, tidak sangka, dahinya yang bertanda hitam semakin hampir dengan saat kematiannya, semakin jelas kalimah Allah di dahi beliau... Agak-agaknya itulah yang dikatakan husnul khatimah. Subhanallah.

Harapan
Kejadian-kejadian sebegini mungkin kebetulan bagi sesetengah orang. Walaupun ianya kebetulan, ianya tetap dirancang oleh Allah. Cuma terpulang kepada kita untuk sekadar melihatnya atau renung dan fikir, kerana Allah Maha Mengetahu, Maha Kekal.
Saya kadang-kadang merenung. Bila aku akan dipilih oleh Allah untuk melihat kalimah-Nya dengan mataku sendiri secara live. Hatiku ingin sangat melihat kebesaran-Nya, tetapi aku masih belum dipilih oleh Allah untuk melihat kebesaran-Nya itu. Mungkin disebabkan dosa-dosa ku yang menyebabkan aku tidak terpilih untuk menatap kebesaran-Nya.

Ya Allah,
Ampunilah dosa-dosa ku, pilihlah aku supaya dapat melihat kebesaran Mu.
Ya Allah, makbulkanlah doa ku... Allahumma Amiin...

Monday, March 8, 2010

Ceramah Maulid & Kes Fitnah

Bismillahir Rahmanir Rahim

Pada kebiasaannya setiap hari ahad akan diadakan kuliah maghrib oleh Ustaz Azhar yang mensyarahkan kitab Fardhu 'Ain Lengkap oleh Imam As-Syafi'e bertempat di Surau Ikhwan Flat Gelong Bilal, Kuala Terengganu. Tapi tidak kali ini(7 Mac 2010), kerana dianjurkan satu forum khas bertajuk bujet 2010 kesan kepada rakyat. Forum tersebut dikendalikan oleh 3 orang panel iaitu Ustaz Azhar, YB Dr Syed Azman Syed Ahmad dan YB Saifuddin Nasution.

 Penulis sampai di surau tersebut pada waktu maghrib dengan luasnya yang kini amat berbeza daripada dahulu. Kerana dahulunya luas surau itu amat terhad sehingga memaksa sebahagian makmum menunaikan solat di bahagian luar. Alhamdulillah, pihak surau telah mengambil langkah yang amat baik demi kebaikan penduduk dan tetamu-tetamu Allah untuk meluaskan surau tersebut. Pada setiap hari ahad, bilangan tetamu Allah yang hadir memang ramai kerana hendak mendengar kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Azhar, ustaz yang sangat mahir dalam menjawab ilmu hukum-hakam (fekah) dan ustaz yang terkenal dengan cara penyampaiannya yang disukai oleh semua golongan, tidak kira mat rempit, golongan kaki masjid, muda dan tua.

Maulid

Sambung balik cerita, apa yang nak disampaikan disini sebenarnya adalah perjalanan penulis... Sampai sahaja ke surau tersebut, terdengar ceramah sampingan oleh Ustaz Nafizul yang baru sahaja pulang daripada Mesir sementara menunggu waktu Isya'. Antara pengisian yang disampaikan oleh Ustaz berkenaan sirrah Muhammad S.A.W. bersempenakan maulidur Rasul, bagaimana terkhabarnya berita Nabi Muhammad yang akan lahir pada 12 Rabi'ul Awwal.

Antaranya mimpi oleh Siti Aminah didatangi malaikat, peristiwa Nabi Isa A.S. menyebut kedatangan seorang bernama Ahmad, dan Buhaira, seorang ahli kitab yang bertemu dengan Baginda bersama bapa saudaranya. Diceritakan juga bagaimana mulianya Baginda yang senantiasa dipelihara oleh Allah sehingga diriwayatkan dimana sahaja Baginda berjalan, awan sentiasa mengikutnya. Selain itu, berbagai lagi peristiwa setelah kelahiran Nabi yang memberi banyak ma'na yang bermanfa'at seperti kedatangan Baginda kepada Halimatus Sa'diah yang menyebabkan tanaman dan peliharaannya menjadi subur dan bertambah. Juga kisah Baginda dibedah oleh Malaikat untuk dibersihkan hatinya dengan air zam zam. Dan banyak lagi ceritanya,...

Penyampaiannya menyebabkan saya terfikir, adakah aku ini sayang kepada Muhammad S.A.W sebagaimana sayangnya Baginda kepada semua umatnya (termasuk penulis ini)? Adakah ada bukti cinta aku kepada Nabi?
*Sedih dan insaf...

Dalam penyampaiannya, diselitkan juga beberapa fatwa yang dikeluarkan oleh ulama besar bahawa menyambut maulidur Rasul adalah perkara yang baik (bukan bid'ah buruk)... antaranya Syeikh Ali Jum'ah, Dr Said Ramadhan Al Buti, ulama Al-Azhariyyah, dan lain-lain lagi.

Kes Fitnah

Selepas ceramah tersebut, datang dua orang YB antaranya adalah YB Saifudin Nasution ingin mengulas kes yang selalu diikut dan dikajinya tentang isu 'fitnah' liwat oleh Anwar bin Ibrahim. Beliau banyak berbicarakan tentang fakta, dan memang fakta yang tidak dinyatakan dalam akhbar-akhbar. Antara fakta yang disampaikan, 2 hari sebelum tarikh yang didakwa Saiful Bahri iaitu 26hb, Saiful telah berjumpa dengan Najib (pada 24hb). Dua tujuan yang dinyatakan kenapa Saiful berjumpa dengannya, 1. kerana ingin berbincang berkenaan biasiswa (pada masa itu Saiful telah dibuang universiti kerana CGPAnya dibawah 2.00) dan 2. didakwa Saiful mengadu beliau diliwat (dalam kes disebut beliau diliwat 26hb). 


Kemudian, Saiful Bahri sendiri berjumpa dengan seorang doktor berwarga Myanmar di Hospital Swasta. Dengan tujuan mencari bukti beliau diliwat oleh Anwar. Keputusan yang dikeluarkan oleh doktor berkenaan bahawa tiada bukti beliau diliwat. Oleh kerana keputusan yang dikeluarkan oleh hospital swasta tidak boleh dijadikan bahan bukti, maka beliau sekali lagi dibawa ke hospital kerajaan Kuala Lumpur. Sekali lagi beliau diperiksa oleh 3 orang doktor, dua orang cina dan satu melayu. Keputusan yang dikeluarkan adalah tidak ada bukti klinikal berlaku tembusan(diliwat)... Berikut adalah fakta yang dinyatakan.

Anwar Ibrahim sendiri pernah ditahan oleh polis yang bertopeng hitam, janji yang dibuat adalah pukul 2 petang, tetapi Anwar Ibrahim diserbu oleh sekumpulan polis adalah sebelum zohor. Beliau ditahan kerana hendak diambil DNA, sedangkan bukti DNA beliau telah ada dan telah diperoleh dahulu pada tahun 1986*(tak pasti, lebih kurang tahun tu kot). - fakta

Yang terbaru, Anwar Ibrahim sendiri selepas letih bertarung didalam mahkamah yang secara jelas berberat sebelah kearah Saiful Bahri (disebabkan oleh hakim yang tidak adil) sedangkan kebenaran fakta berpihak kepada Anwar Ibrahim... Beliau sendiri dan beberapa orang pergi meminta nasihat dan pendapat oleh beberapa ulama-ulama besar, seperti Syeikh Ali Jum'ah(Mufti Mesir), Syeikh Yusuf Al-Qardhawi, dan lain-lain. Fatwa terbaru yang dinyatakan sendiri oleh Syeikh Yusuf Al-Qardhawi adalah

"Barangsiapa yang merencana akan fitnah seperti ini, Munafiq" 

ada juga yang penulis dengar

"Barangsiapa yang percaya akan fitnah ini, Fasiq" 

Tidak pasti mana satu antara dua fatwa tersebut, tapi sudah tentu salah satunya adalah benar. Demikian lah lebih kurang fakta yang disampaikan.

Antara yang selalu ditekankan oleh YB tersebut, "Ini bukan lagi kes peribadi Anwar". Memang benar apa yang dinyatakan. Kerana kita sendiri telah maklum akan hadith yang mesti bagi kita mengambil tahu akan isu umat.

Solat hajat

Selesai ceramah dan ucapan, solat isyak diteruskan dan disusuli dengan solat hajat berjema'ah bertujuan untuk diberi kekuatan kepada Anwar Ibrahim sekeluarga menempuhi cabaran fitnah ini... Akhir kalam, harapnya penulis bercerita dengan tidak menyebelahi sebelah pihak, akan tetapi penulis cuba bercakap dengan kebenaran ilmu yang ada dan bukannya emosi. Moga kebenaran terserlah, amin. [p/s : Gambar ada dalam handset, xdapat nak upload...]

forum tersebut boleh dengar sini




wAllahua'lam

Sahabah