بسم الله الرحمن الرحيم


الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه

Tulisan ini bukanlah sumber pemberita, bukan jua sumber pengkritik, tapi hanya sekadar sedikit informasi yang insyaAllah shahih dan bermanfa'at. 'Ala kulli hal, jika terdapat sebarang kesalahan informasi harap dapat maklum kepada saya. Jazakallah. Kepada Allah jua kita kembali


Moga Allah memberkati segala huruf yang ada dalam blog ini.

Amin~

Labels

analogi (5) artikel (9) cerita (12) dakwah (18) IIUM (3) iklan (9) isu (9) majlis ilmu (6) misc (6) muhasabah (14) puisi (1) ulama (7) video (3)

Wednesday, March 10, 2010

Kalimah Allah

Isu Kalimah Allah

Beberapa bulan yang lalu, hangat didebat tentang isu kalimah Allah yang digunakan oleh pihak gereja. Tapi harap-harapnya, sepanjang berlakunya perselisihan pendapat dan pandangan, tidak berlaku sesuatu yang boleh memecah belahkan umat islam sendiri. Supaya sejarah buruk kejatuhan umat islam tidak akan berulang. Kerana saya percaya, isu ini sengaja ditimbulkan oleh pihak yang ingin melihat kehancuran islam, melihat umat islam berbalah sedangkan mereka hanya melihat dan mencari peluang... Wana'uzubillah~

Lambang kebesaran Allah

Walaupun topik kali ini berbaur isu yang hangat dikatakan beberapa bulan lau, tetapi sebenarnya saya tidak ingin membincangkan isu tersebut. Cuma saya teringat kisah-kisah ajaib yang terpaparnya kalimah Allah di tempat yang di luar jangkaan kita, seperti badan kucing, lembu, awan, laut, pokok, dahi orang, dan lain-lain lagi.

Ketika semester pertama dan tahun pertama di Pusat Asasi UIA PJ, terdengar kisah daripada seorang sahabat tentang kalimah Allah tertera di awan, dia melihatnya dengan matanya sendiri. MasyaAllah Tabarakallah, saya amat kagum sekali mendengarnya. Dia adalah orang yang dipilih oleh Allah. Sama juga dengan kisah yang sangat popular di mata dunia dahulu kala, tertera kalimah Allah pada ombak ketika tsunami melanda di Acheh, Indonesia. Sungguh, Allah Maha Besar... Baru sahaja tadi, mak saudaraku menceritakan kepadaku bahawa dia telah melihat seekor kucing yang terdapat kalimah Allah pada badannya yang sedang berada di atas kubur. Ketika dia menziarahi kubur kakaknya yang baru sahaja kembali tahun lepas. Sangat beruntung melihat kebesaran-Nya.

Saya juga pernah melihat video seorang yang sedang menyampaikan kuliah@tazkirah di masjid. Secara tiba-tiba sahaja penceramah tersebut kelihatan lemah, sesak nafas, dan kemudian jatuh. Apabila di ulang tayang video tersebut, tidak sangka, dahinya yang bertanda hitam semakin hampir dengan saat kematiannya, semakin jelas kalimah Allah di dahi beliau... Agak-agaknya itulah yang dikatakan husnul khatimah. Subhanallah.

Harapan
Kejadian-kejadian sebegini mungkin kebetulan bagi sesetengah orang. Walaupun ianya kebetulan, ianya tetap dirancang oleh Allah. Cuma terpulang kepada kita untuk sekadar melihatnya atau renung dan fikir, kerana Allah Maha Mengetahu, Maha Kekal.
Saya kadang-kadang merenung. Bila aku akan dipilih oleh Allah untuk melihat kalimah-Nya dengan mataku sendiri secara live. Hatiku ingin sangat melihat kebesaran-Nya, tetapi aku masih belum dipilih oleh Allah untuk melihat kebesaran-Nya itu. Mungkin disebabkan dosa-dosa ku yang menyebabkan aku tidak terpilih untuk menatap kebesaran-Nya.

Ya Allah,
Ampunilah dosa-dosa ku, pilihlah aku supaya dapat melihat kebesaran Mu.
Ya Allah, makbulkanlah doa ku... Allahumma Amiin...

3 comments:

Nur Mohamad Adli Bin Rosli said...

barakallahfik....
berkenaan isu kalimah Allah,sesungguhnya isu memperjuangkan kalimah itu penting..namun ada yang lebih penting dari itu yakni perjuangan kita menegakkan hukum Allah di muka bumiNya ini...kerana kalimah itu walau mcm mne ia tetap sebegitu,tiada byk kesan kpd kita jika dibandingkan kesan meninggalkan hukum Allah,maka kita jua yg terjejas...

Ayuhlah saudara2ku,bersatu dalam satu jemaah..dgn satu matlamat..mengembalikan sistem khilafah..bermula dgn menegakkan daulah islamiyyah di NEGARA KITA YANG TERCINTA...TAKBIR...!!!

Anonymous said...

As salam.... nak tmpng tnya bleh?
klau de trtlis khalimah Allah pde tngan sesorng ... pe ekh klbhnnya....

Anonymous said...

As Salam, rasa2nya kalimah Allah yg sebenar pd dahi tu bukn hitam warnanya tetapi kuning kemerah2an @ sama warna kulit sesorg, tulisannya timbul dn bercahaya, bila dpegang tak rasa apa2, wallahhualam...

Sahabah